click it

Saturday, December 25, 2010

Semangat Final Piala Suzuki AFF!

Boleh boleh!
Malaysia Boleh!
Boleh Boleh!
Malaysia Boleh!

Haa..
Semangat tak!
Malaysia masuk final ouh Piala Suzuki pukul 8 karang!
Biarpun aku bukan hardfan bola bola nih,
Tapi disebabkan Malaysia masuk final tetibe jeh aku jadi penasaran!
Semangat gila tahu tak!



Bukan senang oh Malaysia nak masuk final.
Before nih Piala Suzuki Swift eh Suzuki AFF,
Malaysia sampai peringkat kumpulan je an an..
*betolkan kalau aku salah
Tapi tahun ni Kita*mewakili Satu Malaysia dapat masuk final!
Yeayy!!
Terel tak terel pemain bola kita nih!
Jangan pandang sebelah mata ea!
Cungkil mata lagi sebelah baru tahu!

Tapi tak mahu cakap besar,
pasai pa..lawan kita sat gi bukan calang calang nye orang tau!
Indonesia beb!Garuda!
Cuak gak!Takot dorang pakai bomoh je nanti.
Sekali sembur habes semua!
Haha.


Yang aku tahu pemain Malaysia mesti berjuang gila vavi nya!
Harapan kitorang kat kaki and otak u'ollss okey!
 Wa caya sama lu lah Malaysia!

Yang pastinya aku akan tengok korang dekat LCD screen sahaja!
Sebab kena kerja wehh!!Bangla pon cuti tengok bola.
Aku lak kena kerja.
sob sob nasib tidak menyebelahi ku untuk berada di stadium!
Jangan isau Team Malaysia!
Doa dan harapan ku mengiringi game korang!

Semoga Berjaya Team Malaysia!


Monday, December 20, 2010

Blog Hanis Zalikha Memang Terbaikk! Arsenal Pon Kalah kot!

Ha cube korang bukak mata beso beso siket!
Hanis Zalikha top 3 carian Yahoo! dah weh!
Arsenal pun kalah no 4 tau!!
Menangis lah kau wahai peminat arsenal!
Baru je aku cek tadi dalam lebih kurang pukul 12.00 am 21/12/2010!
Harituh top 6 carian Google!Now Yahoo pulak!
Memang mantapp!






SEE???
 
Aku tiap buh love love lagi!
Memang aku like gila gila nya!
inibelogsaya  memang best!
Content die memang brilliant.
Dah tuh humble lagi cara penulisan Hanis.
Seronok baca!
Pulak tuh HZ nih memang cantik!
 
Congrtaz to you Beauty with the brain!
Hanis Zalikha!

Sunday, December 19, 2010

BLACKBERRY RM 99??

BLACKBERRY RM 99??



Biar betik...
gosok gosok mata jap.

Betik beb..ade blackberry 99 je

Tapi Limited edition lah!

Siapa yang before nih yang rasa tak mampu nak pakai blackberry ori,
Yelah Blackberry biasanya orang  buat bisness je kot boleh pakai,
Harga mesti seribu lebih keatas punya.

"Tapi sekarang kalau korang mati hidup balik pun berbaloi baloi beb..
Pasal dekat Maxis sekarang ada Blackberry RM 99 je"


Ada Year End Sales.Korang click sini eh kalau nak tahu lebih lanjut pasal sales blackberry nih.

Lepas tuh bukan ada blackberry je,
Henpon nokia pun ada.
X6 16G kot dengan harga RM 699
Original Nokia Okey!!
Rugi aku beli awal awal hari tuh =="

Ada lagi macam macam handphone yang dijual denga harga baik punya!!
Rugi siot kalau korang tak pergi usha!

Pergi je Maxis website okey!

Tapi korang kena cepat cepat lah..
Pasal Sales ni start dari
9 Disember 2010 sampai 9 Januari 2011 je tau!

Hanya certain maxis centre je join sales ni.

Central Region
  • KLCC
Southern Region
  • Danga Bay
  • Taman Molek
 Northern Region
  • Penang i-Center
  • Prai
  • Queensbay Mall
  • Ipoh
  • Alor Setar
 Sarawak
  • Kuching
 Sabah
  • Warisan Square


So kalau korang nak cekidaut apa apa tentang sales nih,
Korang contact je Customer Services or korang boleh berjalan kaki ke Maxis Centre sendiri okey!

Cepat!korek tabung!!

Yukkkkkk!!!!!


Wednesday, December 15, 2010

de'Party 21!

Cehh..title nak de'Party bagai.
Bajet macam parti besar besaran lak macam kat hollywood tuh.
haha^^

Padahal biasa je.
Sambut kat rumah dengan orang tersayang.
Setiap tahun macam ni,tak pernah miss buat.
Kalau tak buat nanti merajuk macam budak budak,
tergolek golek mogok tak mahu makan selama setengah hari.--"

Rasa sangat gembira sebab ketika meraikan lanjutnya usia yang ke 21 ini
Orang orang yang tersayang masih berada di sisi.
Bersyukur padamu YA ALLAH.

Okey lets straight to the checkpoint!

Pagi tuh habeskan masa dengan halim di Mid.
Best sangat sangat!
Terharu halim buat suprise.
Sampai rasa nak marah.
At last sweet je.
Thank you sweetheart.

 aiipp!Suka wat muka camni eh!Biase dia!



Yang bestnya kali ni semua dah berpakat bagi hadiah sama kaler.
Taklah semua bagi hadiah.hehe

Betol tak cakap?
 Dorang ni perli haku hape.

Inilah antara mereka yang datang.
Macam ramai je kan bila sebut antara.
PAdahal dorang nih je datang.haha

Ketika kejadian berlaku.





Paham tak aku sayang kau orang?

Yeay!Tradisi suapan menyuap tersuap saban tahun diadakan!
i loike beri beri much!
Sayang abah dan mama selamanya=)

Seriosly have fun.
Memang majlis biasa sahaja.
Doa selamat dan nyanyian lagu negaraku.eh lagu hepi birthday.
Tapi lagi meriah kalau semua adik beradik berkumpul.
Macam dulu dulu.
Seronok sangat.
Tapi sekarang, ajoi dah belayar, kak ija dah kawen, akak kadang kadang busy.
So memang takde can lah nak kumpul reramai lagi.
Tapi haritu ajoi ade call sehari sebelum birthday,
Masa ni dia ada di perairan Selat Melaka,So dia sempat wish.
Sayu je.
Ajoi siap bagi birthday gift in advance,tiga pasang kasut^^
YEAY!Gembira sesaja.
Kak ija pon sama dia call je cakap nak hadiah apa,
nanti dia balik dia bagi.
Tak kesah sebenarnya hadiah tuh,
Yang penting kasih sayang antara kitorang tak pernah luntur even kitorang 
gaduh macam nak perang dunia keempat.
Ish rasa nak nangis pulek.

Tak mahu sedih sedih.
MAri sambung.

Okey part paling best!Bukak hadiah!
Weehuu!
Lets cekidaut!
Nampak tak bayi berbulu nih?
nilah halim bagi.
comel gila kot!

Dienya kezutan ni memang semart gila.Terkezut makk nokk.
Memang buat aku panas hati sebelum tahu ape dia nak buat masa ni.
time tuh dah nak balik kot,tengah cari parking.
Dahlah kaki melecet gila gila.Penat pusing cari parking.
Dia boleh lak cakap lupa tempat parking.
Rupa rupanya bukan lupa parking,
Dia lupa tempat dia sorokkan hadiah
Haha.Kelakar betol.
Bytheway sayang, i will keep this memory.
I Love You

Here got gift from Syera, Elyn and also my second mother, Mak Raja
Terima kasih semua untuk ini.
Aku hargai sangat sangat.
Ukurannya bukan pada hadiah,
Ia terletak pada hati.
Thanks sangat.I love u all.

Thanks to my bro,abg fitri sudi datang even berada dalam kesulitan.
Tenkiu abang..^^


Ni je tatapan untuk kau orang.
Kalau suka baguss..
Tak suke??
Voley Velahh..
Daa...


Saturday, December 11, 2010

21 Tahun Yang Bermakna!


Hi.

Aku bakal menginjakkan kaki,tangan,kepala serta seluruh anggota badan termasuk gigi palsu
ke umur 21 tahun 13 Disember nih!
Dalam erti kata lain nak bagi tahu yang birthday aku dah dekat!haha.
Nak hadiah voley?
Tolong hantar dekat ghumah ea?T itew bagi alamat tau.

Haha.ngade. macam kanak kanak lagikan mintak hadiah dekat orang!

Okey takmoh cite panjang panjang lagi.

Nih nak listkan apesal 21 tahun ni sangat bermakna bagi gwa!
 

1st and foremost!
Cewahh abah mama bersanding lagi..weewiiit!

Ada mama dengan abah yang best!
Tak pernah abaikan persekolahan aku even aku tak pandai.
Tak pernah tak bagi makan.
Tak pernah miss bagi duit belanja.
Selalu tinggalkan duit lebih kat rumah untuk belanja sekolah petang.
Sebab lepas sekolah pagi mesti duit abes punya. Banyak habis beli sagun.haha.sedap.
Selalu gosokkan baju kalau dah lambat.
Selalu ajar bertanggungjawab kalau dah buat salah.Tapi kadang kadang selalu salahkan adik.haha
Selalu ajar berdikari. Bayokan duit belajar lesen moto dan kereta sampai sekarang dah jadi rempit yang berjaya.HAHAHA.ok tipu je.tak baik merempit.
Selalu bagi duit raya.
Dan macam macam selalu lagi.
Mama Abah selalu di hati:)


2. Ade adik beradik yang best
Even selalu kena buli dengan abang fitri.wuwuwu
Selalu suruh kunci pintu pagar time pukul 12 malam.
Die dekat dalam rumah,then jerit "Ada hantu ada hantu!"
Then aku menjerit bagai nak gila sambil kena gelak dengan adik beradik yang lain.
macam bangang je.
Yang paling bestnye selalu dapat hadiah bila time birthday!yay!
Even bukan hadiah yang mahal, tapi tuh merupakan kasih sayang antara kami adik beradik.
Sayang kamu semua wahai abang abang dan kakak kakak serta adek ku:)




 Kejadian berlaku pada 15.10.2010.
Pertambahan ahli keluarga baharu:)
Tahun depan bertambah ahli lagi.
Insyaallah^^

3. yay dah sampai yang ketiga!Ada Teman baik
Sebelum hadirnya Halim, dorang nilah yang bertakhta kat hati aku!
InsyaAllah selamanya dorang akan ada kat hati ni!
Penuh bermakna ada korang dalam hidup aku.
Syazleen,Syera dan Zyra.
Apa pun yang terjadi, aku tetap sayang korang sampai bilabila!!!

 ILY girls!


4. I do have a lover.
He's only the one for me!
Halim!
I love you so much dear!
Thanx because you make me happy:)

4. Aku dapat jugak pegang skrol diploma even dalam tu takde mende pun.
haha. Diploma dalam pengurusan risiko.
Bersyukur sangat sangat even tak setanding adik beradik aku yang lain.
Lepas ni nak tanam azam sampai berbunga bunga untuk pegang skrol ijazah pula.
InsyaAllah:)
Exclusive nih!
Kat kedai takde.haha
Yeah Cuti cuti sebelum habis study!
Rindu u guys!


5. Aku dapat kerja dengan maxis 7 JUN 2010!




 Nih masa tengah kerja.
Sahaja bergambar begini^_^


Yay!alhamdulillah dapat merasa duit sendiri.
Seronok lah tuh abah!
Kita tak mintak duit dia dah.kadang kadang.^-^

Dan bila dah kerja, terkeluarlah benda ini secara sengaja:)

haa.dasat tak dasat kerja kat maxis je voleh ada ferrari.
kau ada?
haha

Okey fine.Tipu je. Yang mampu milik adalah seperti tertera dibawah.



                                      Yeah!kaler pink lagi!WAJIB!

Kejadian diatas adalah antara yang bermakna pernah terjadi dalam hidup aku.
Aku sangat berharap menginjaknya aku ke umur yang baru akan lebih mematangkan kehidupan aku.
Serta menjadi anak yang solehah serta mampu membahagiakan kedua ibu bapa aku.
Aku juga berharap untuk menjadi orang yang berguna pada nusa dan bangsa!
Hidup Satu Malaysia! eh tetibe.haha

Boleh menang Surat untuk PM nih.haha.

Okey dear,
sampai sini jeh!

How about u guys?

Thursday, December 9, 2010

Cabaran Berkhidmat Untuk Pelanggan

Skema gila doh ayat.lol~

Bukan khidmat pelanggan GRO ye!
Nih Customer Service.

7/12/2010 genap aku kerja selama 6 Bulan sebagai Konsultan di Maxis!Yeay!
Dah setengah tahun dah.
macam macam dah get thru sepanjang kerja dekat sini.
Tahu jelah kerja untuk customer,
Kena marah maki tuh semua dah biasa.


Tapi aku belum pernah nangis bila customer maki macam nak mampos.
Cume kecot perot je,
Dorang kalau marah seakan akan dorang tuh boleh masok thru telefon pastu dia nak hayun aku ngan kayu besbol.--"
huh,sadis sadis
Sampai macam tu sekali rasa.
Nak pas dekat supervisor, dorang tak nak amik,
ayat biasa dorang bagi kat aku,

"U need to manage the customer"
Aduhh.sakit ohh nak dengar customer to maki maki.

Biasalah masalah yang dorang hadapi pasal bil.
Bil tinggi lah, internet tak guna macam mana ada cas untuk internet.
pening gak kepala nak jawab.
Kadang kadang Customer tak sedar yang dorang tertekan button internet, tu yang kena cas.
kadang kadang tuh memang dah guna tapi tak mahu bayar. Komplen je banyak banyak.

Nak buat macam mana,dah aku memang di bayar untuk layan kerenah pelanggan.
Memang gaji dirang bagi agak masyuk, kadang kadang tu ade orang dapat gaji almost 4k 
untuk kerja nih.
Tapi kena tahan maki lah.haha

Ade satu hari tuh pagi pagi customer call marah marah.

"What is the fucking problem with maxis,what is the hell bla bla..shit bla bla bla..dan sebagainya.."

Pagi pagi doh dah kena maki.
Bengang gila,
tapi demi menjaga periuk, aku hanya mampu berserah da mendengar segala cacian yang dilemparkan terhadapku, eh terhadap maxis.

Aku just cakap yes,yes, Sorry for the inconvenience caused,yes and yes.
At last customer cakap sorry sebab maki maki aku.
But yang tak tahan tuh,
Lepas die cakap sorry ada sambungan pulak

"Sorry because of using the vulgar words, BUT u DESERVE it!"

Tak ke macam bangang.
Die cakap U pulak tuh.
Maknanya dia cakap aku deserve dapat kejian dari dia!!

Kuajo betol!
kuajo kuajo.*sambil gelengkan kepala.

Ni laah member kerja aku.okey tipu je.
Curik dekat yahoo image.

Takpelah.
Nak buat guano kan.
Dah ni kerja aku.
By the way,
kalau nak tahu,every month ade 2 intake untuk kerja kat sini.
Pasal ramai yang tak tahan pressure,then quit.
Lagi satu ade jugak yang dapat tawaran kerja lagi baik.
Ada jugak yang lepas graduate just nak cari kerja sebelum dapat kerja yang bersesuaian kerja dekat sini dulu.
Sebab pe tau sebab gaji yang die bagi agak menarik for graduate students!
hihi.

Satu lagi cabaran ialah tak boleh nak reveal customer information.
So aku ni penyimpan mohor  rahsia terbesar di Maxis!
haha.propa je.

Takdelah memang tugas aku simpan info customer,
Ada sekali tu ade husband nak check acc wife sebab tengah syak yang wife die ade scandal.
Tapi aku tak boleh check even itu adalah wife dia!
Die merayu rayu sampai nangis.
Tak tipu doh.
Serius.
Rasa macam nak bagi,
Tapi teringat bos cakap, once aku reveal information customer kepada pihak ketiga,
Kena terminate dari kerja immediately!

Mampos langsong tak boleh cari kerja lain.
Then aku cakap dekat die,
"Mintak maaf sangat Encik,saya memang tak boleh bantu"

At last die pasrah pasal aku tak boleh nak tolong.
Then yang tak voleh tahannya,
Dia bagi aku nombor suruh call dia lepas abes kerja.
Dia suruh aku dengar luahan hati dia.
heeee..TAK MAHUU!

TAPI kalau yang call tuh Fahrin Ahmad nak gak aku call balik.bahahah.

Tulah die kerja sebagai konsultan nih.
Macam macam hal.

Entah entah aku pernah jawab call korang kot?
Mana tau kan.
Kalau agak agak dengar nama shikin tuh, aku lah tuh!
So sila lah bagi rating 5!
hehe^^


K babai.
ni je.
nak sambung kerja lagi!

p/s*Kalau korang nak call service centre even bukan maxis pun, korang cakaplah baik baik k,
sebab yang jawab tu pin manusia jugak,ada hati. So nanti for sure service centre bagi service yang baik punya!kalau yang tak baik tuh korang komplen je!Tapi jangan komplen sal aku!
haha

k kali ni betul betul punya bai.

k bai!

Monday, December 6, 2010

Service Perodua Sangat Menghampakan!

Dah lah lambat!


Cas yang bukan bukan pulak tuh!

Haihh!!Sakit nya hati.

Aku pergi servis kereta Myvi Pink aku semalam sempena dah mencecah 1000 km pertama.

Sebelum ni ada gak dengar ura ura kalau servis kat perodua memang mahal.

Tapi disebabkan dengar cakap agent yang dok jual Myvi nih kat aku, Die kate baik pergi

perodua servis. Tak mahal pun, Dekat luar lagi mahal.

Dia siap cakap kena bayar untuk tukar minyak hitam je. RM 80 pun tak sampai!!

Okeylah..aku pun dengar cakap dia.

Cukup je seribu semalam, aku pergi lah Servis Centre dekat Shah Alam.

Aku sampai dalam pukul 12.30 tengahari.
Letaklah buku servis dekat desk dia.
Dalam 5 min pastuh agent dia panggil.

"SITI NUR ASHIKIN Bt HANIPAH WUP 7***"

Aku pun terkezut dia panggil, sebab die macam jerit kat aku.

Then die suh kua. Dia tanya nak tunggu sini ke nak balik.

Aku tanya die, lama sangat ke.

Die kate lame. Pukul 5 baru siap.

WHAT THE?????

em..takpelah saya balik dulu.
nanti call saya kalau dah siap.

Pukul 5 kot siap.Lama gila bab nak kena tunggu.
Tunggu dari pukul 1 tengahari.
Hari isnin kot. Bukan hari ahad.
Kalau hari ahad tuh takpelah jugak.
TAk beragak betol.

Lagi pun kereta tu baru,
ape je yang nak ditukarnya lagi.
Tukar minyak hitam je dah lah!

Pukul 5.30 aku datang ambil kereta sebab agent tuh dah call.
Memang dah bajet dalam RM 100 lah sebab dalam 3 bulan lepas,
akak aku beli myvi satu,mase die pergi first servis die kena cas dalam
RM 140.
Tu pun sebab die tak bawak coupon servis, agent tu sendiri cakap
kalau bawak coupon servis tak sampai RM 100 pon.
Legalah jugak bila akak aku cakap camtuh.

Then bila nak bayar tuh,
Dia bagi invoice dengan bangganya tunjuk

 RM 177.70!!

WHAT THE???lagi sekali!

Bengang siyot..
Kalaulah kereta aku nih dah 2 tahun pakai ke die servis kereta sampai mahal camni takpe gak,
Nih baru 2 minggu je kot.
Gila!

Tengok kat resit tuh die basuh kereta lah,
print screen lah*aku pun tak tawu bendalah ape ni,
semua benda ni aku tak suruh pon!
Selamba je die cas dengan meriah.

Cuci kereta RM 8 je tau dekat luar,
Dia boleh cas RM 13.
Memang panas hati!

Mentang mentanglah aku perempuan yang lembut*annoy
Die sesuka hati cas aku banyak!

Takpe takpe.
Lepas ni nak g servis kali kedua nak suruh abah yang pergi.
Nak tengok dia ada bran tak nak cas mahal mahal!!

Dear Perodua Servis,

From the servis that u given,

Rating From 5 which is the best and 1 which is the bad servis,

I give u 0.5 !

I think u all should do something to improve your services!

************************************************************************

Sunday, November 21, 2010

rindu rindu

Saya rindu awak sangat sangat..
Saya nak kan awak disisi saya setiap masa..
Saya perlukan awak..
Saya sayangkan awak sangat sangat..

Saya bersyukur sangat awak hadir dalam hidup saya..
Awak hiasi hati saya ni dengan gelak tawa awak..
Usikan awak buat saya tersenyum sendiri..

Saya tahu awak sayangkan saya even awak tak ucapkan dari bibir awak..
Saya tahu awak care dekat saya even awak tengah marah..
Saya tahu yang awak tahu saya sayangkan awak...

Saya tak kisah awak marah saya bila saya boros..
sebab saya tahu awak sayang saya..
Awak tak nak tengok saya susah kan di kemudian hari?

Semua benda saya nak share dekat awak..
semua benda saya nak buat dengan awak..

Tapi sebab batas yang kita ada,
kita perlu beringat..

Saya nak sehidup semati dengan awak.
Saya sayang awak sangat sangat..


I LOVE YOU ABDUL HALIM!!

Sunday, August 22, 2010

Dah Setahun!

22 Ogos 2009-22 Ogos 2010

Dahhhh setahun dah hubungan kitorang..
Dah setahun dah bersayang sayang..
Dah setahun dah kenal diri dia..
Dah setahun dah berborak tiap tiap malam dengan dia.
Dah setahun gak umur  anak anak kucing dia * apa kena mengena??

Tak Kisahlah apa pun.

Yang penting aku dah setahun dengan orang yang aku cinta!

Macam macam dah dalam setahun ni.
Bergaduh.
Bergelak ketawa.
Bermuka ketat.
Berbelanja.
Beratur panjang panjang tengok wayang.
Berak.
Ber "sMs"
Bergayut sampai lebam
Berlajar bersama sama.
Beriadah.
Beruk. eh.salah.
Bersusah senang.

Wahai Encik Abdul Halim Bin Zainal Abidin.
Sesungguhnya gwe sayang bangat ama loe!
Sayang sampai matik!
InsyaAllah..
Jika Allah izinkan..
Kita akan bersama hingga akhir hayat..


Nak kawen ngan abang boleh tak?.teehee gatal.



beratur tengok twiligt!seronok seronok!

Tak suka ada orang ketiga.teehee^^



Teringat time 22 ogos tahun lepas.
Ade orang tuh mintak couple style ganas.
Ade ke dia cakap camni
"Aku nak kau Boleh?"
ingat haku nih anak kucing ke bai main nak nak.
Ingat senang senang je die nak dapat.
Huh. Memang senang pon.
haha Sebab aku pon suka sama dia!



Sayang sayang..
Sama sama lah kita jaga hubungan kita ni k sayang..
Biar kita gaduh sekarang jangan kita gaduh kelak.
Kita sayang awak gila gila

.
Agak agaknye  awak pun sayang kita tak macam kita sayang awak??





Saturday, July 17, 2010

Mencari Cinta Sejati

Susahkan nak dapat cinta sejati?

Saya ingat saya dah jumpa cinta sejati saya.
Tapi rupa rupanya belum lagi.
Bukan senang nak dapat.
Saya tak tahu apakah kriteria yang sesuai untuk mendapatkan cinta yang betul betul sejati.

Bagi saya,
Dia cintakan saya,
Dan saya pun cintakan dia dah cukup memadai.
Rupanya, cinta sahaja didalam perhubungan tidak cukup saama sekali.

Angan angan cinta bahagia saya ialah
bila kekasih saya sangat sayangkan saya..
Dia sangat ambil berat bila saya sakit.
Dia kesiankan saya kalau saya ada masalah.
Dia sanggup berkorban apa sahaja untuk saya.
Dia sanggup melindungi saya.
Dan yang paling penting die jaga hati saya.

Dan saya pula sentiasa nak dia belai saya
dengan penuh kasih sayang.
Saya nak dia bagi sepenuh perhatian pada saya.
Saya nak dia ada kat sisi saya  pada tiap masa yang saya perlukan.

Saya tak mahu sekali kali dia cakap benda yang tak baik pada saya.
Saya tak mahu dia tuduh saya bukan bukan.
Saya tak mahu dia curang dengan orang lain.
Saya tak mahu dia lupa janji manis dia masa dia nak tackle saya dahulu.

Complicated kan permintaan saya ni?
Annoying gila tak bila baca?
Saya pun rasa macam tu skit sikit.

Keterlaluan kan semua ni.
Saya sedar saya siapa,
Tak layak untuk mendapat kebahagiaan macamni.
Yelah saya pun tak perfect,
Macamana pulakkan saya nak dapatkan cinta yang sempurna macam tu.

Saya sangat sayangkan dia.
Terlalu sayang.
Saya tak pernah sayangkan orang sampai macam ni.
Saya belum bersedia lagi untuk kehilangan dia.
Saya cuba untuk menjadi yang terbaik untuk dia.
Saya cuba untuk menurut segala kemahuan dia.
Tak salahkan untuk dia turut segala kemahuan saya sekali sekala.
Saya nak kan dia ambil berat tentang saya.
Saya nak bila saya sakit, dia pujuk saya.
Tapi perkara ni dia dah tak pandang lagi.
Saya selalu terfikir saya ni ada lagi tak dekat hati dia?

Saya terkenang masa mula mula saya bercinta setahun lepas.
Dia sangat ambil berat tentang saya.
Paksa saya makan ubat bila saya sakit.
Pastikan saya makan ubat ikut time.
Sentiasa pastikan saya sihat sepanjang masa.
Bahagianya ketika itu.
Saya dah tak jumpa karakter ni dalam diri dia.


Saya tak mahu apa apa.
Selain diri dia yang sama pada 22 ogos 2009.
Saya hanya nak dia ketika ini.


Jika benar suratanMu Ya Allah,
tertulis yang aku bukanlah untuknya,
Kau tutuplah pintu hatinya untuk diriku,
Dan kau hilangkanlah pandangannya dari melihatku.
Kurniakanlah dia seseorang yang akan mengubati segala kelukaan hatinya.

Amin Ya Rabbala'lamin





Monday, July 5, 2010

Abah Beli Kenderaan Baru!

Korang tau tak.
Last week kan abah bersedih hati..
Pasal kenderaan kegemaraanya di curi oleh pencuri!!!
Haish. Malam jumaat pulak tuh.
Sedang kitorang menikmati malam jumaat yang penuh nikmat tuh,
boleh pulak pencuri tuh curik!!
Haih. Yang peliknya kenderaan tuh hilang dalam pukul 10-11 malam.
Masing masing tak masuk pun bilik lagi.
teeehee>.<

Abah balik je malam tuh,
muka dah sememeh semacam.
Aku baru je kot kua toilet time tuh.
Aku tanya lah abah, nape muka sedemikian rupa.
Abah kate harta die dah hilang.

Aku punyalah berlari keluar tengok ape jenis harta yang hilang tuh.
Kira bijik kereta kat depan rumah,, cukup semuanya.
Tengok motor pun cukup sifat sifatnya.
Tengok kek basikal. Kurang dah satu.
Tengok gate terbongkang luas.
Dah sah lah nih!
Dah sah basikal abah den kena curik!
ish ish.
Dah lah basikal tuh ibarat nadi die.
Basikal ade gear tuh tau.
Die guna basikal tu selalu tuk exercise di pagi hari bersama matahari yang menyinari hari.*cukup cukup
So dah seminggu dah abah patah kaki sebab takde basikal yang sesuai untuk dikayuh.
Basikal ma ade lah. tApi basikal ma takde gear. TAk best.
Tu basikal tuk ma gi umah kawan kawan dia. Gossip gossip.haha

Abah sayang gila ouh basikal tuh.
So untuk ubati hati die yang lara tu kan.
Kan aku baru dapat Gaji pertama an hari tuh.
Bajet nak spent sikit wet lah nak gantikan abah basikal baru.
Tanya abah, basikal abah beli tuh berapa rat,
Die cakap dalam 300.


MAAAaaaakk aih
300 weh. Terpadam niat tersebut.
TApi niat suci seri murni tetap di teruskan.
Dapat bagi half je kat abah.
TAk kisahlah kan. JAnji bagi.
Nanti aku pun nak guna basikal tuh wat pergi kedai beli ais-__-

So hari ni abah dah ada pengganti basikal yang telah dihilangkan oleh pencuri bengong tersebut!
Aku pun bengong sekali pasal tak kunci gate bebetol.
So pencuri yang bijak. Aku bengong. Deserve deserveT_T

Nih nak tunjukkan korang Beskal baru tersebut!
Tengok nih mentang mentang baru beli
DAh parking dalam rumah.
Dasat dasat

Kaler biru pedal die doe.
I'm wondering kenapa abah tak beli basikal kaler pink??
--'

Ade gear ouh.Clutch je takde.teehee>.<
Korang jangan memain.
Azizul Hasni pun boleh celen abah aku tau.

So hopefully dengan adanya basikal baru,
my abah akan terus sihat dan gembira!
Love u abah!
mmuahh mmuahh!

daa korang.

Sunday, July 4, 2010

13 tahun ouh tak jumpa!

Mari rapat rapat!
jamu perapat ada jual disini!
ngeh ngeh.

okey okey.Jangan tekan pangkah dulu ea.
Baca dulu cerita kita.

Weee!!!kita gembira sangat hari ni!^^
Sebab kan..kita dah berjumpa dengan orang yang almost 13 years hilang.
Kira jejak kasihan lah ni.

Orang yang kita maksudkan ni kan..
Safiyyah Sabrina.
a.k.a YAna.
Besh Fren ouh dulu.
Sekarang pun sama.hii>.<

Masa kitorang kechik kechik dahulu..
Kitorang rapat wa  cakap sama luu.. ngam gila beb.
Haha.
Serius rapat gila.
Die jiran saya. Tak silap die ade 8 oghang adik beradik.
Kita balik je sekolah kebangsaan mesti kena pergi rumah die.
Pasal mak dia kena siapkan kita tuk pergi sekolah agama pulak.


Mesti korang nak tanya kan kenapa mak dia pulak siapkan kita.
Kenapa tak mak kita.
Kalau korang tak tanya pun kita nak bagitau jugak!tak kira!
Mak dia jaga kita sebab mak kita keje di siang hari.
hehe. Tu lah pasal mak die jaga kita.>.<


Yana ngan kita tak sama sekolah.
SO kitorang bercanda dan bergurau tatkala kita pulang dari sekolah je lah.
Kitorang suka main masak masak.
Kita suka main kat rumah diaa, pasal rumah dia ramai adik beradik.
Boleh main main banyak benda..
Lepas tuh kan.
Kita suka main basikal kat rumah dia.
Pasal basikal die best. BAsikal kita tak best.haha
Senang kata masa kanak kanak yang paling kita ingat masa dorang jadi jiran kita lah.
Hidup sangat live masa tuh.

Ingat lagi kita ajar die ponteng puasa.
Hehe.Jahat kan??
Die muda dari kita setahun tau.
Tapi die dah rajin puasa.
Kita suka dengki.Pasal kita puasa half day.
Mana boleh bagi die puasa penuh.
Setan kan takde, so kita lah jadi setan nya. HA HA HA.
eeeh jahat gila kan.
Kita hasut die soh mik gula gula atas almari time mak die tengah mandi.
Pastu kita ngan die makan sama sama.
Pastu die pun kena marah dengan mak die pasal kantoi dah tak puasa.
PAstu kita tak kawan ngan die satu hari.hihihi.

Haa..
Ade lagi satu cite nih.
Lepas je sahur kitorang tak tido tau.
TAu tak kitorang buat ape?
hihi.
Kitorang g rumah orang yang ada loceng rumah.
Then ting tong sampai tuan rumah tu bangun.
waawawa.
Masa tu kan rumah sape yang ada loceng tuh dah di kira kaya.
Sebab rumah kitorang takde.haha.
Bila tuan rumah tu dah menjerit kat depan rumah,
mencicit cicit kitorang lari.haha
NAsib baik tengah gelap lagi masa tuh.
So diorang tak perasan.
hahaha.

Abang kita lak kawan ngan abang abang die.
Dorang ni takde keje lain asyik kena keja ngan anjing je.
Haha. Padan Muka diorang.

Huhu.
Tapi kegembiraan tuh tak tahan lama.
Pasal, tahun 1997 je diorang kena pindah ke Melaka kalau tak silap.
Sedih gila bila tengok dorang dah pack pack barang.
Tapi masih cover lagi sebab ego.
Kecik kecik lagi dah pandai ego kan.
haha

Yang paling tak tahannya masa diorang dah naik keta nak pergi dah.
Yana tak pandang kita pun.
Sebab kita tengok dari celah celah langsir.
Memanglah die tak nampak.
Sengal betol.

Lepas tuh barulah merindui die tahap gabannya.
Dan baru baru ni je dapat contact die balik.
Tu pun sebab facebook!
Facebook memang awesome.
Bukan takat yana je kita jumpa, Tapi satu family die ada dalam FB tau!
Love u lah FB.

So hari ni kita jumpa yana dekat PKNS.
Gembira ouh.
Die belanja makan dekat KYROS KEBAB.
Kita dah lah gemok. Makan kebab lagi gemuk.
haha.
Takpelah rezeki kan.
Kitorang borak borak lah.
Tau tau je die dah nak kawin bulan 9 ni lepas raya.
Takleh jadik ni die kawin dulu dari kita.
Haha. Dah jodoh kan.

Nih kita ade amik gambar ngan die tadi.
gembira gembira^^

k lah kawan kawan.
Kita nak tido, sok nak keja.
bai bai.
salam.

Thursday, July 1, 2010

Gaji Pertama!

Assalamualaikum!!!

hai korang korang.
rindu gila dekat belog ni.serius.
hehe.takde mase dah nak update.
ececece.belagak gila kan.
haha.
Bukan taknak update, tapi balik keje je dah penat.
Lagi lagi i bawak moto kan.
Memanglah penat meredah hutan belantara, jalan berlecak,
bukit bakau,paya payau.haha tipu je.

So i tak mahu meraban terlalu jauh.
Jom membaca.

Hari ni kan dah masuk bulan tujuh.
So dah cukup bulan lah kan.
Bukan cukup bulan mengandung ye.
Cukup bulan i keje.teehee^^

Jadi bila dah cukup bulan tuh faham faham je lah kan..
Gaji pun masyuk!eh tak masyuk sangat pun.
Biasa je cukup untuk menampung anak bini kat uma.
bahaha.

korang tau tak!I PUNYA lah excited dapat first month gaji nih.
gembira gila.
Yelah first month gaji kan.
Dah mula dah berangan nak beli iphone 4.
hahaha.
Bukan takat berangan nak beli tuh je,
saat keluarkan duit dari bank  ingat nak je terus pergi NAZA Automobile.
Nak amik alphard satu. Yelah aku kan dah ada gaji.
Nanti dah ada alphard tuh boleh jalan jalan dengan elin syera ngan zyra.
Sebab kete kecik skg tak muat.Masing masing dah gemok.haha

Toinkk!
Amik ko kena ketuk dengan senduk.Padan muka.
Gaji baru seciput ko nak berangan lebih.

Hukhuk.NAk berangan pon tak boley ke?
T_T

OKeylah.HAkikatnya..
Gaji bulan pertama ni banyak dilaburkan untuk hutang piutang.
haha.
Umur baru 21 dah banyak hutang.
Teruk teruk teruk.ish ish.
Bukan hutang along ye kawan kawan.
Tapi hutang kat mama.
Yelah kan, nak start keje hari tuh kan tak banyak duit.
Okey tipu,bukan tak banyak, memang tak ada.
haha. So buatlah loan FAMA a.k.a loan fader mader.
Tu yang hari hari ma tanya gaji masuk bila.
NAk buat perhitungan.wawawa.

Takpelah.Sekarang nih dah besar siket,
So inilah masanya nak belaja berdikari sambil gembira.

Bila dapat gaji pertama ni mulalah buat perhitungan ape semua.
Kira berapa banyak perbelanjaan untuk bulan akan datang.
So the rest of money boleh kita enjoy!
eh eh. Tak bleh enjoy
simpan untuk kawen.sigh*
teehee^^

Tapi i sangat gembira sebab i dah bayar hutang bil telifon yang i tak pernah guna.
Pelikkan tapi benar.
Atleast now i dah tak perlu ingat lagi pasal hal ni sebab semuanya dah setel.
Yay!!!


Walaupon ada hal yang tak best ketika ni,
i masih lagi boleh bergembira dengan bestie i!
Gi makan kfc, g karoake. dan lain lain.
haha.
Yelah dorang dah nak sambung degree mggu depan!
So i akan keseorangan tanpa mereka semua.
*padahal dorang smbung degree dekat shah alam je ponk.
gedik lebih.haha

K lah.nak chiaww dulu.
Sok keje.teehee^^
Tak saba nak upload photo konvo haitu.

bai bai.

Sunday, June 6, 2010

Kenduri Kendara Ayam Dara

Assalamualaikumm!!

Hai kawan kawan.

Kita hari ni pergi kenduri kawin tau!

Tak tau nape excited sangat nak pergi kenduri kawen hari ni.
Maybe sebab nak update belog kot?
haha

So hari ini supposed to pergi 5 kenduri!

Haa..caye tak cakap? 
Abah dah tulis baik punya setiap undangan kat whiteboard.

Sekarang ni kan cuti sekolah.
So ramai lah berlumba lumba kuda untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Jadi hari ni i akan melaporkan setiap undangan yang i pergi.
hihi.Kpochi betul.Macam elin.teehee^^

Okeyh.Macam biasa, sebelum pergi kenduri kita berposing dahulu

Ni masa tunggu abah balik dari kenduri yang pertama.
Abah tinggalkan kitorang pasal kitorg siap lambat.
teehee^^

Okey okey.Cukup kutuk muka bulat kita.

Me and family pergi kenduri yang pertama dekat taman sebelah.
Dekat je pun, kalau jalan kaki penat,
So better naik kereta.*patotlah kau gemuk kinnn--

Ceduk nasi memang siket.
Bajet cover perot taknak buncit.bahah
Diesebabkan kita belum rasmi kerja lagi esok,
So mase nak salam kaut tu macam tersipu sipu lah kan.
Sebab tuan rumah tu takde benda yang nak dikautkan dari tangan kita.
hahaha.MAlu je.
Dah tuh dapat lak tuh cenderahati.
Tak malu tak malu.teehee>.<

Ni buah tangan pertama yang kitorang dapat^^

Tapi kan biasanya kalau tak salam kaut tak dapat cenderahati tau.
Tapi hari ni rezeki pulak..SemuaDapat.
Gembira gembira^^
Ni kan kita nak tunjuk gambar lepas makan kenduri yang pertama.
Dah lebar siket muka kan lepas makan tadi.
(haha padahal dari dulu lebar)
Still oke kan?Tudung pun belum senget benget lagik.

Okey..next kenduri pulak dekat Shah Alam..
Dekat Blue Wave Hotel..tapi depannye lah.
HAha.Apa eh nama tempatnya..
JAp tengok kad tadi..

Ohh ..Bangunan PKPS.

Lepas je parking,
nih nak start upload gambar nih.

Kita jumpa ape tau.

haa nih..ferrore roche.
haha.Ferrari wooh.
Batak an..hha
Memang lah,sampai tue pun takde orang nak bagi.
haha.
Die punya kenduri wa cakap memang terbaek wooh!
Pasal apa, dekat luar bangunan je dah ade dekat 10 orang jadi penyambut tetamu.
Segan makk weh..
Lepas tuh nak naik lift pun ade orang sambut.
Bawak sampai atas.
Then keluar je lift ada orang sambut lagi.
Lalu red carpet lagi.
Yelah green carpet tak da. so lalulah red carpet^^

Sampai dewan je wallaweh..
Merah je semua.
Lepas tuh sederet deret tuh semua ada orang sambut.
Rasa macam Perdana Menteri pulak.
Hahaha.Suka suka>,<

Merah kan merah kan.

Kita suka gila tengok hiasan dia!
Meriah sehh.

Siket kan nih?Tak banyak kan?
So jangan cakap kita lahap ye.

Kuzie Catering bagusss..

Then lepas je dah mentedarah semua..
Kitorang pun nak gerak g kenduri yang
ketiga.

Ni souvenir yang kitorang dapat
  Dapat tempat letak gula.
Suka suka^^

Okey. Nih nak pergi kenduri yang seterusnya.

Malas nak cerita.

Tengok lah gambar.

Tak lalulah nak makan nasi dah.
MAkan rojak je.'
Kongsi tiga orang dengan ma and abah sekali.

Lepas je salam kaut dapat ini.
Comel je kan ade kaler pink.
I loike pink!
^^

Selepas tiga kenduri.
Dah jadi selebet dah.'Tengoklah tudung tuh.
Dah senget benget.
Muka pun dah extravagansa lebar.
haha.
Abah pun dah buat pengumuman untuk pulang.
Sebab tak larat!Yay!
Gembira gembira!

Belum sampai rumah.
Elin si Bestie dah text dah ajak gi tengok muvie.
Weehuu^^
Kalau member ajak keluar memang terus semangat!>.<

Okey.Kita upload siket je eh gambar.


camwhore!camwhore!!

PEnatlah nak taip lagi.
Korang pon for sure penat dah baca.
So kita stop sini dulu eh
NAnti kita cerita lain pulak!
NAk siapkan baju nih!
Sok merupakan hari pertama bekerja!
Doakan segala urusan berjalan dengan lancar ye.

Thanx for your time.>.<


See ya!!
Love,
eikin




Friday, June 4, 2010

Last Week Untuk Bersuka Sakat!

hai kawan kawan!

Rindu rindu dekat belog

Actually i baru je lepas berkabung atas kematian kucing peliharaan i, si Nyet.
Ade video yang i dah buat untuk die.
G tengok kat facebook i eh.
Belum add?
Mengong apa lagi tuh? Pegi SINI add okey
haha.


Okey okey
I nak story nih.
Sebenarnya i dah cukup 1 bulan 4 hari jadi penganggur,
Tolak 3 hari kerja partime minggu lepas, totalnya 1 bulan 1 hari.teehee^^

Jadi bila dah duduk rumah nih memang hari hari dok uma jelah.
Kadang kadang je kua, tu pun jadi supir mama.
Bawak je mama ke destinasi yang nak di tuju.
I nak keluar dengan member pun masing masing busy dan kerja,
So duduk rumah jelah.
Adelah satu hari tu pun dapat pegi karaoke dengan bestie, zyra.
Dapatlah keluarkan bakat yang terpendam.bahah

Sepanjang cuti tak  bergaji ni i ade njugak attend majlis kahwin kakak bestie i,
Syera. Memang happening gila moment nih pasal me and my 3 bestie ada sama.
Meriah gila.
Family pon sport rim, eh sporting gila.

Nih i ade selitkan few gambar time wedding tuh


Gambar quite kabur.Tapi sweetkan i, err i mean sweet kan pengantin nih?
^^

artis artis.bahah

cantik kan kak shasha?
Mahal nih.

HAaa..
Cukuplah ea. Malas nak upload ramai ramai.Nanti bosan pulak.
hehe

Okey. So sepanjang i tanam anggur yang tak mau berbuah tu yang dekat sebulan ni,
i rasa anggur tuh akan berbuah start bulan 6 nih.Teehee^^
Tahu kenapa?

I akan start kerja Isnin nih, 7 June! Yay!

Hehe. Heppy tu tak delah sangat,
Cuma bersyukur dah dapat kerja.
Dapat ringankan beban abah siket and bantu adik yang tengah bersekolah.
ecece..ayat cam best kan.hihi

Jadi hari ni i penuhkan hari i dengan aktiviti yang berfaedah.
Yelah, akak i yang kat kuantan tu pun balik an,
dan adik i pun dah start cuti sekolah.
Eh adek korang pun sama kan cuti?hehe
So kitorang pun nak meronggeng lah hari ni.


Memula sekali g HKL pasal nak melawat besan mama yang sakit buah pinggang.
Tak lama pun melawat, sebab kena rushing amik adik i kat asrama pukul 2.15
Then i ade appoinment kat Boulevard Office pukul 2.30 waktu tempatan
tuk sign agreement kerja isnin nih.
JAdi agak rushing lah.
Lepas je amik adik, terus ke mid valley, pasal Office tuh kat ngan Mid Valley.
Tau jelah kan jalan KL,memang jem cam haram.
Dah tuh parking lak takda.
JAm dekat pukul 3 dah.
So agak lewat lah.


Sampai je Mid, i suh mama, kakak and adik i g shopping dulu ke melantak ke ape ke.
I g office dulu sign contract.



 After sume setel..
Time nilah baru best nak jalan jalan.
Comel je tengok mama jalan ngan kitaorang.
Hehe. Sebab ma tak pernah jalan jauh jauh,lagi lagi g shopping mall,
before nih memanglah ma tak suka,pasal ma tak sihat sangat
Now ma dah sehat kitaorang gembira sangat pasal ma ikut je mana kitaorang pergi.
Dah la Mid tuh hell besar!haha
Chill gila mama!Love u Mom!teehee^^

Then i dengan adik ada bergambar dekat World Cup nye pameran.
Lau nak tanya world cup kat i, memang i tahu Brazil jelah.haha
Lebih lebih pun i tau pasal Ronaldo,Ronaldinho,Roberto Carlos eh betul ke ni?=.=
ha tibai jelah,dorang nih main tuk brazil kan kan?
haa ape ingat aku tak tahu ke.
ape tuh Zidane Zidane main tuk France kan kan?
aku tau lah weh,...

Haa ade lagi..
Tuh tuh si Ronaldo yang main tuk MU dulu tuh,
main tuk Portugal kan.
Haha padahal baru tahu tadi.
hehe

ok ok.
Tanak berlagak pandai lagi dah.
haha--
Nih nak hidangkan korang gambar gambar kat Mid siang tadi.
Silalah jamu ye sampai senak.^^

 Meet my adik!


Also meet my doctor!

Nilah pameran piala dunia nih!Chill gila kan!

BRAzil.haha

Sukahati kau lah dik..haha

Sahaja aku berpose begini.^^

Gambar mama je takde. Sebab mama malas nak bergambar bagai.haha

Okey.Ni je nak story.
Mintak kau orang doakan yang terbaik untuk diri i ni k!

Thanx guys!
Take care okey!


Love,
eikin