click it

Friday, April 30, 2010

Pengalaman DIRAGUT!

haihai.


Korang penah kena ragut?
Aku penah.
Tarikhnya 31.10.2008.
Macam dah lama je kan.Memang bagi korang macam dah lama.
Tapi aku rasa ma cam baru je lagih.
Sebab hari hari aku lalu kawasan ragut tuh.
Sedih seh.Geram pun ada.
Yelah sebelum kena tuh orang ada cakap,
beg jangan letak dalam bakul moto,nanti kena ragut.
Aku ni kan poyo,leh pulak cakap,
"Mana aku penah kena,ilex je aku letak, tak penah lak kena ragut"
Dorang pun cakap
"belum kena memang lah kau cakap camtu,nanti dah kena baru kau tau!"

Aku lak boleh je wat tak reti.
Yelah budak poyo.I repeat"budak poyo"

Then satu hari nih,
Tuhan nak tunjuk lah kan.
Masa nih nak kua g town g beli iron man dengan mama.
Iron kat umah dandan ni lah dia nak buat hal.
Biasanya kua guna kereta,
al kisahnya kereta masuk workshop disebabkan kebengapanku tidak alert terhadap tahaap kepanasan kereta. Tak isi air pun dalam kereta. Yang aku tau isi air dalam mulut jeh!
Abes paip pecah wok.Masuk workshop 3 hari.Padan muka aku kena 1600*abah bayar
So bila kereta takda kat umah,
Terpaksalah menaiki motor yang sememangnya mama tak suka.
Before nak gerak tuh,
aku memang dah rasa berbelah bagi nak bawak handbag ke tak nak
Tapi terlalu ikutkan kata hati nak tayangkan jugak beg aku kaler putih tuh kat bakul
Tapi nasib baik tergerak hati nak letak henpon kat dalam poket seluar jeans.
Then aku pun dengan bangga letak lah beg kat dalam bakul.
Ma dah sound dah,
"kin tak bahaya ke letak dalam bakul"
Dengan poyonya aku cakap
"ah takde pelah ma"
 Ma pandang dengan perasaan yang tak berapa berperasaan.
Then selesai pakaikan helmet mama,
kitorang pun ronggeng lah.
Mama ketika itu sangkut beg dekat bahu tau.
Tapi tetibe je ma letak dekat tengah tengah
antara belakang badan aku dengan perut mama
korang paham tak  cerita aku nih?
So beg tuh takdalah nampak sangat kan.

Okey,dah nak sampai climax dah.
 I mean climax cerita ini oke!
Lepas je lampu hijau dekat satu traffic lite,
aku pun terus lah jalan nak ke destinasi,
memang aku ada perasan sorang mamat naek moto keluar dari simpang.
Then aku wat biasa je lah
Biasalah budak baik mana tau prasangka buruk dekat orang-_-
Sampai je depan Petronas Kg Jawa
Mamat yang naik moto tuh try cucuk belakang*bukan sodomi ye--
Aku ingat die nak potongla,
Aku ke kiri lah bagi dia can potong.Tapi yang peliknya
die pun ikut aku ke kiri.Eh mamat ni kenapa,orang bagi lalu tanak pulak..

Haa inilah saatnya..
Mamat tadikan tanak potong aku kan,
then tetiba die nak potong tau.
Masa nak potong tuh die tetiba himpit aku ketepi,
Then amik beg aku camtu je.

Aku pun
??????
eh,kenapa die amik?
Boleh pulak mengong kat atas moto tuh.
Then baru aku pasan
"Ya Allah aku dah kena ragut"
Macam tak pecaya beb..
Seyes..Sebab kita selalu dengar je kan.

Oke sambung.
Jantan cilaka tuh*tukar panggilan sebab dah tau dia sape
bawak moto terus ke jalan kampung.
Aku pun keja lah.
Mama dah kata 
"Bia kin..jangan keja..bahaya"
Tapi aku tak peduli keja jugak
Bawak moto wave je kot.*bersyukur bersyukur-_-
Mane boleh pergi laju kan.
Then aku pun menjerit
"Peragut peragut"
Ade pulak hamba Allah nih baik hati tolong kejakan peragut tuh.
Dalam masa yang sama aku pun keja gak.
Dalam masa yang sama aku ngan mama cuba hafal no plat die
Memang tak boleh bro..Kepala masa tuh dah taktau dah pk apa.

Tapi aku cuba keja.Hampir gak dapt keja die.Ceh padahal jauh lagi
For sure kalau dah naik dua orang tak leh lari laju kan.Moto berlari??
Then mama masa tuh dah nangis dah suruh aku jangan keja lagi
Then masa tuh baru aku teringat purse yang dalam beg tuh berisi 20 ringgit je weh.
Memang dah nak slow down dah masa tuh
tapi tak sempat pasal jalan berpasir,n masa tuh bawak laju gila.
Then..

BANGGG!!!
Bukan kena tembak ye kawan kawan,
tapi aku terlanggar divider dan tejatuh.
Nak ngelakkan mama dari masuk longkang
aku pun menahan kaki dekat moto tuh n mama terjatuh tak delah terpelanting
tapi jatuh dekat bahagian rumput.
Nasib baik weh  mama tak jatuh longkang.
Risau gilaa..

Lepas tuh  ramai yang datang tolong..
Salah satunya ada cikgu yang penah mengajar aku berhenti dan tolong aku..*bukan berhenti mengajar ye--

Korang tau tak sebenarnya apa yang aku nak sangat dapatkan balik beg tuh??

Hmm..dalam beg tuh ada make up aku.
Complete pulak tuh and baru beli.

Boleh tak aku menagis cakap dekat ckgu tuh
"cikgu..mekap saya dalam beg tuh.."

"eh kamu nih..nyawa lagi penting tau!"

then barulah sedar,yang aku masih punya emak.
Kalau lah aku keja peragut tuh sampai ke hutan,hanya disebabkan mekap dan 20 ringgit
Tak ke mati aku ngan mama kena tikam ke pukul ke tembak ke dengan jantan cilaka tuh??
*Mintak dijauhkan..

Selepas kejadian aku g wat report,
Then sarjan tuh cuba soal siasat,
tanya jantan cilaka tuh pakai baju apa,motor apa,muka macam mana
Aku boleh pulak tak ingat satu apa pun yang jantan cilaka tuh pakai.
Then kes tuh tutup macam tuh jelah
Senang senang je kan Jantan tuh terselamat.
Takpalah.Ni merupakan takdir dan pengajaran dalam hidup.
Lepas je kejadian nih,
Serius bai aku trauma and tak letak lagi dah beg kat bakul.

Takuttt!!!

So pesanan daripada mangsa ragut kepada anda diluar sana
"jangan lah letak beg dalam bakul..sesungguhnya anda sedang diperhatikan"

takut tak?takut tak?--

Kesian kan mangsa ragut nyh?

Guys,
ikutkan cerita aku nih memanglah tak seberapa..
Ada lagi kes sampai bawak maut.
So ladies take care yourself okey!

So take care.
Dah habes cerita!
hepy weekend guys!


Regards,
eikins





Last Day of Practical!

Salam semua..

haihai.
Saya tengah sedih ni.
Teman saya jom luahkan rasa kat sini.

huk(T_T)
Hari nih last dah saya sebagai pelajar praktikal di NORTHPORT.
Sangat sedih woh!
Dah 4 bulan dengan mereka semua.
Biarpun department tersebut dipenuhi oleh mereka yang sudah berumur,
saya tak kekok langsung sesuaikan diri dengan keadaan macam tuh.
Makcik makcik and pakcik pakcik semuanya baik baik melaka belaka.
Sebelum balik tadi saya ingat nak gembel je lah tak nangis
konon konon okey jelah
Tapi berjurai jugak airmata saya nih.
Sedih sangat nak tinggalkan tempattuh.

Dah lah makan pun murah.
Orang orang kat situ pun pemurah lah.
Kalau boleh diorang hari hari nak belanja makan.
baik kan?

Dah puas dah saya nangis tadi.
Sebelum balik saya peluk cium dorang sume.Lelaki terkecuali ye.
Ade pulak tuh yang menghadiahkan saya sehelai Tshirt kaler kegemaran saya.
Terharu gilaa!
Then hari nie dorang berebut nak belanja saya makan*bajet hot
Muirah tol rezeki hari ini.

But before balik saya dah pun menyiapkan semua task yang diberikan.
Dan hantar email pada semua orang kat department Health,Safety and Environment tuh,
say thanx to all.

Yang paling penting saya ada snap pic dengan dorang before pulang

Sebelum bergambar dengan mereka,
saya bergambar dengan diri sendiri dulu.teehee^^

Nilah mak angkat saya!
Cik mila!Die ni best!sporting gilaa!!

Nih cik lela.
Cik lela suka bwk nasi goreng.
Nasi goreng die sedap.
aku tukang melantaknya.ha ha

Bersama S.jibeng.

ada lagi gambar,
tapi saya tak nak masukkan
sebab kamera tuh amik gambar tak cantik.
haha*bajet salahkan camera

To all HSE team,thnx so much!

Regards,
eikin

Thursday, April 29, 2010

Malasnya Lah Nak Cari Duit!!

Ade sape sape kat sini yang nak bagi saya duit secara gratis?
^^

"Kau ingat kau sape nak senang  senang dapat duit haa?Orang kerja siang malam bersengkang mata kau senang je nak mintak duit orang eh???"

ops!..sori bang..gurau je tadi.teehee

Kan dah kena marah..
haih..itulah hakikat saya sekarang..
nak duit tapi malas nak cari.
Even nak masuk Jangan Lupa Lirik yang tawarkan 1 juta tu pun susah tau!dah 2 kali saya cube,sampai final stage.tapi tak call call pun.Nampak macam senang kan.hafal lirik je.
Tapi hakikatnya susah gilaa!

Saya nih sebenarnya macam kena culture shock tau!
Selama nih senang betul saya nak dapat duit..
Even family saya tidaklah mewah..
Saya pergi kolej naik moto..
Seminggu abah bagi RM 100.
Kadang kadang lebih.
Tu pun bukannya saya duduk hostel
Sanggup ulang alik dari puchong ke klang hari hari semata mata nak makan di rumah.
Dapatlah jimat sehari 10 ringgit.
Duit minyak moto pun bukannya banyak pun guna.25 ringgit je seminggu.
setiap minggu saya siap boleh shopping lagi dekat IOI Mall puchong tuh.
Heaven gila doh!

Tapi sekarang,
even praktikal dapat elaun 300.
Tak berbaloi rasanya..
Yelah, saya praktikal di Northport, ala dekat port klang tuh.
Lau tak tau tekan sini eh.
Jalan nak pergi ke sana tuh memang lah macam haram.
Banyak pulak lori ulang alik dari kawasan pelabuhan.
Then for sure lah kan jalan pun lobang lobang.
Sangat merbahaya.
Lagipun situ merupakan area kemalangan.
Disebabkan situasi tersebut membuatkan Ibu saya berasa cuak
terhadap anak gadisnya yang perawan ini,
Dengan titahnya, saya dikehendaki memandu kereta ke ofis!
Bila dah memandu nih..duit minyak pun berjalan lah macam air.
Kalau die bagi saya bawak kete kecik takpe,
ni bawak kereta kia abah saya.Auto pulak tuh.
Memanglah telan minyak banyak.
Seminggu 50 ringgit habes untuk minyak sahaja.Tu pun pakai premium 95 saja.
Sebulan dah 200 ringgit. Elaun 300.tolak 200 tinggal 100 je wehh..
waa:((.Tak dapat nak bershopping dan membazir. 
Cukup cukup untuk kehidupan harian.
Encik boyfren pun dah sound jangan membazir.
Beli yang perlu sahaja.

Okeylah tu kan..pengalaman hidup..
Bagi saya ini merupakan fasa hidup pertama yang saya kena tempuh..
Dah tiba masanya saya merasa kesusahan yang ibu bapa saya telah alami dahulu..

Apa yang perlu adalah perubahan pada attitude diri sendiri!
Saya tak boleh malas malas dah kalau nak duit!

Tak boleh nak berharap pada ma dan abah sahaja.
Usaha tangga kejayaan kan!
Sesungguhnya..Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang merubahnya!*correct me if i wrong.

Renung Renungkan dan Selamat Beramal!*hotfm lagi..teehee


k bai.

Regards,
eikin sengalness


Wednesday, April 28, 2010

Henpon pertama kita

Salam kawan kawan

Selama 20 tahun duduk sebumbung bersama ma dan abah
baru lani lah cek rasa susah(T_T)
Yelah dulu kalau mintak semuanya dapat
even tak dapat tuh hampir hampir jugak lah dapat
macam mintak sebiji henpon yang ada kamera masa form4.
Mintak kat mama dengan sepanjang panjang ayat yang dah ready kat kepala nih.
Strategi mula diatur.

Situasi
ma tengah tengok bersamamu TV3

cuba berdehem untuk dapatkan perhatian..
ehem ehem

Ma masih buat tak dengar.

Cuba berdehem lagi
kali ni kuat siket.
EHEM EHEM.

Ma pandang.
wah ada respon ada respon.
Hati semakin berbunga*_*

Langkah seterusnya.

Picit picit kaki mama..

Ma tengok mukaku sambil mengerutkan alis keningnya.

Tanpa berlengah
Bibir menjalankan tugas nya

Tangan masih memicit
"Ma...nak henpon boleh?yang ada kamera tuh. Boleh la ma..orang janji balik je sekolah kemas rumah"

"ohh..patotlah kau baik semacam je hari nie..mama pun tak pakai henpon kamera kau nak pakai"

Muka sudah berubah.Tangan memperlahankan gerakan.
Melihat perubahan itu, si ibu tukar fikiran

"Yelah..boleh.Nanti esok ikut pegi Klang, pergi pilih sendiri"

What??pilih sendiri??Omaigod..tak penah penah camni.Haha
Tangan pun berhenti memicit dan segera ke bilik beradu untuk berangan.
Yes!dah dapat henpon pilihan.Dalam awan berkepul ada gambat henpon sabun

Korang tau kan henpon sabun yang mane?alah dulu popular gilaa kot.Bukan sabun basuh badan berdaki tuh ye.

Then sampailah keesokkan harinya..
hari yang ditunggu tunggu.
Dengan memakai tudung bawal *masa nih tudung syria tak popular lagi.eh bukan tak popular,memang takda.haha.*
Pakai tshirt kaler pink and seluar jin*pinjam jin punya kejap
Wah excited giler  menuju ke kedai kedai henpon di show centerpoint tersebut
Then mata dah jadi bling bling bile dah terpandang henpon pilihan hati..weee^^

Haku pun tarik lengan baju mama ke kedai tersebut.
Ma..nak yang ini.

Ma pun bersuara
"Berapa taukeh?"

Taukeh pun jawab
"Mana?Sabun kah?"

Aku mengangguk kegirangan.

"750"
"Duit malaysia ke rupiah"

"aiyoo..Malaysia lahh"

Mak berkata sebegitu kerana ketika itu shopping complex tersebut dipenuhi oleh orang indon.

Mak tidak berkenan.Die kata mahal sangat.

Mase tuh frust woh. Then ma suh pilih lain. Hati masa tuh dah tertambat hanya pada kau sabun.
Tak sanggup rasanya nak memiliki henpon selain kau.
Then muka pun memang toya gile..
"Tak pe lah ma..apa apa pun boleh"
ceh pasrah tahap ayam.

Lepas je jual beli selesai.
Kitorang pun balik.
Aku jalan dengan menyeret selipar tersebut sebab rasa masa tuh macam tanak je tinggalkan kedai tuh.
Apakan daya..beg plastik nokia telah menjadi milikku.

At last..aku dapat gak henpon..
tapi tak de kamera.
Colour screen and polyphonic.

Erm..jadilah..daripada tak da kan..
Tapi bunyi polyphonic pun sedap gak an*sedapkan hati.

Tapi itu dulu.
Sekarang dah berjaya memiliki henpon BlackBerry Bold dah.



Ok.Tipu je,Tak mampu lagi pun.
Berangan je lebih.
Wahai BB impian ku sayang, satu hari nanti aku akan miliki kau.
satu hari tau, bukan dua hari.

okess dear,
ni lah pengalaman kita dapat henpon pertama.
Anda pula bagaimana?


.
.

.
.
Regards
eikin merengness





Tuesday, April 27, 2010

Best nya bila dapat meluahkan..


Seronok kan kalau kita dapat meluahkan?
Tak kesahlah luahkan apa pun
pada siapa atau pun pada apa.
paham tak i cakap ape?

Okey macam nie..
Bila kita rasa tertekan,
cara untuk kurangkan stress tersebut
salah satu nya adalah dengan meluahkan.
Betul tak ape yang i cakap nih?
Kalau korang stress then korang share dengan kawan for sure release siket an?
Sharing is caring. kan kan?

Then kalau korang takda kawan 
korang cari lah bende lain,
macam kucing ke..*kucing bende ke?herrmm-_-'
boleh laa.
Then kalau kita bercakap dengan kucing,
Nampaklah macam korang gila siket. 
Yelah korang cakap dengan kucing,bukan kucing tuh tau pun,
entah entah die langsung tak faham.Paling okey pun die jawab meooww je.
Just untuk ambik hati korang yang dah penat penat bebel.*pastikan korang buat masa orang takda k^^
Tapi lepas korang buat macam tuh,mesti rasa lega kan..
Tak kesahlah luah pada apa pun.
Bukan diluah mati emak ditelan mati bapak tau* sumpah i tak suka gila pepatah nih!
Korang leh luah pada bantal busuk ke,tikar ke, kereta ke,almari ke, apa apa je lah.

" hai there.jom sharing with me.
My mom sent me to school.
So i will understand you better ha ha^^"

Dear,
Yang penting bila dapat meluahkan..
rasa seronok sangat.
Same thing goes to me.
I lebih prefer untuk meluahkan pada kawan kawan,boyfriend, mak, buku dan juga belog!
Rasa gembira sangat sangat bila beban dah kurang bila kita meluahkan..
Macam siang tadi i rasa tension sangat bila i tengah rasa tak puas hati pada seseorang.
Nak luahkan pada orang, macam tak sesuai, then i luah kat belog.
Alhamdulillah ade yang bagi feeback suruh i jadi positif!Suke sangat!Thanx yaaww!

Jadi kalau korang tengah rase stress..
cari lah tempat untuk meluahkan..
Jangan disimpan je..
Tak baik untuk kesihatan dan juga minda!
Betul..boleh jadi gila tau kalau simpan sendiri!
Dont try this at home k dear!
Renung renungkan dan selamat beramal*hotfm.teehee.!

baibai^^

Regards,
eikin+ve

Perlu ke aku berpura pura?

wehh..
tolonglah..
serius aku tak suke sorang budak nih..~!!
gedikk gilaa..

Dah lah tuh gedik!
Suke sakitkanh hati aku!
Cara dia cakap memang serius bai baik giler..
lembut selembut lemburnya..
Pandang pertama memang boleh jatuh cinta lah..
kali kedua ngan ketiga pun still boleh jatuh cinta.
Tu baru pandang je..
Tapi bila dah start kenal hati budi dia..
baru lah tau dia nyh macam mana.

Die suke jeles dengan akuu!!eh ke aku yang jeles dengan die?
oh tidak tidak..
Aku sikit pun tak penah kacau kerja die.
Tapi kenapa die suka sebuk sume keje aku??
Belah lah weh..
Aku nih da cukup sabar dah nih..
Baik nye hipokrit aku nih!!!
Teruk an sampai terpaksa hipokrit depan die?
Aku tak tau lah..
perlu ke aku teruskan hipokrit depan die..
Sumpah wehh aku tak pernah kacau hidup die.
Aku tak pernah pun cakap bende yang sakitkan hati die.
Aku diamm je..
Die suka cakap aku gemuk.
Die suka cakap yang die tuh kaya dari aku.

Apa aku kesah kalau kau kaya dari aku??
Aku nih memang miskin!
tapi tak delah kurang ajar cam kau.

Ohh!KAu depan orang lain bukan main polite lagi ann?
Tapi depan aku?
Macam macam kau cari salah.
Macam kau tuh perfect sangat ann!!
Cuba tengok kain kau tuh koyak ke tak,baru tengok kain aku eh!!

Then kau suka babitkan aku kalau kau dah buat salah!
Bukannya kau nak mengaku!!
Kau macam ba alip ba ya wehh!!


okey.
Aku dah setel meluahkan.


regards.
si gemuk yang bengang.

Monday, April 26, 2010

Rindu dia..

Salam semua.
haihai.

Sape kenal abdul halim?
Die dok Taman selasih Gombak.
Kalau kenal cakap kat die eh I tengah rindu die.
I tengah dilanda rindu lagi nih..
huk..
Rindu sangat sangat kat halim.

Abg..i miss u damn much..
Rindu sangat moment moment kita kat kolej dulu..

Teringat time kita study..
Lepas isya' sampailah sahur..
kita study reramai..
Then kita sahur sama sama.
Even time tuh abg tak study pun
tengok chelsea nye game..
Tapi orang tak kesah pun..
janji abg teman orang study..
Then sahur abg suap makan nasi pattaya.
Dapat dua tiga suap je sebab orang dah penat gila vavi
tak lalu makan.

Then esok kita pegi kolej pun sama sama.
Orang suka sangat sangat.
Abg ade beside orang everytime.
Abg orang indu sangat dekat abg..
Even orang cakap abg gemuk ke,
tak sesuai ke dengan orang,
nakal ke ape ke,
orang tak kesah pun..
betul tak tipu*angkat 3 jari
sebab orang pun bukan lawa sangat langsung,
pendek lak tuh kan.
Orang heepy sangat beside abg..
Abg suka buat lawak.
Kadang ade yg tak lawak pun orang tolong gelak.

Abg..rindu giler nih..
susah betul kan kita nak jumpe..
waaa=((
Orang teringat time abg suap orang makan guna tangan sendiri.
Orang rase nak nangis jeh..
Sebab terharu sangat abg sanggup suapkan even orang ade tangan sendiri.

Abg..kite jangan gaduh gaduh lagi eh eh?
Orang tak suka lah kita gaduh gaduh..
Tak best..
Nanti tak boleh nak manje manje.
Free calls 20 hours pun nanti tak habes.
Rugi kan kan?

Abg..orang sayang abang sangat sangat.
Orang harap ni cinta terakhir orang.
Orang hope kite matang k hadapi dugaan yang datang.
Macam macam kita dah lalui kan untuk bersama macam sekarang.
Then orang hope sangat kita mampu bertahan selama lamanya.
amiinn..

Abg..Jangan cari orang lain eh.
Sebab abg takkan jumpe dah gurl macam orang.ngee
Kalau dah tak interesting dengan orang.
Cakap aw.Nanti orang modified.

wohh..rindu!

Sumpah rindu u dear-_-

bai.

Regards,
eikin halim.

Sunday, April 25, 2010

Precious Moment!

Salam Semua..

haihai!sehat ke?
Kalau sehat alhamdulillah..
Lau tak..g jumpa doktor ye..
ape klinik tutup?
Kalau tutup korang gi lah bukak kan..

Okay dear..
I nak setat bercerita nyh..
Ini pasal I dan family..

Kitorang satu family sangat susah nak berkumpul bersama.
Kitorang tak gaduh tau
Tapi masing masing dah ada kerjaya dan family sendiri
yang memerlukan untuk berjauhan dengan keluarga.
Total ahli kumpulan ialah 9 orang campur akak ipar saya seorang.
Memang susah sangat nak bersama,
even time raya pun mesti tak cukup korum satu.
Yelah masing masing dah ada kerjaya.
Sekarang nih..tinggal I, mama dan abah lah kat rumah..
Abang satu orang dah kawin, Abang lagi satu belayar.
Kakak sorang tuh arkitek,tak selalu balik,
Kakak lagi seorang buat housemanship di Hospital Kuantan,
Adik I Sekolah asrama di KL.
So tinggal I dengan mama dan abah lah.
Kalau I pergi ofis, tinggal lah mama dan abah.
sunyi sepi je..

So  last week abang sulung I ade ajak kitaorang satu family makan tengahari.
tak pernah pernah dia ajak kitaorang lunch dekat rumah die.
Memang cantiklah pasal akak I yang kat Kuantan and adek I pun dapat cuti,
jadi boleh meramaikan lagi suasana.
Sangat havoc bila dah kumpul ramai ramai.
Mak mertua dan ayah mertua abang pun join sekali.
Yang sangat terujanya..
akak ipar I masak!
Agak susah nak rasa air tangan die.Then kali ni dia masak lah untuk kitorang semua!!
Boleh tahan lah..
hehe^^

Disebabkan nak dapat saat saat begini agak susah..
jadi I selaku jurugambar yang tak pro langsung
ade mengambil gambar untuk jadi kenangan bersama!
so saje nak upload share dengan U all sume..
 Jom tengok!

Antara lauk pauk yang berjaya dirakamkan.
Ikan Kering bulu ayam!!Perfect!
Biar orang orang tua makan atas meja^^

Desert!!yang ini kta sukaaa!!
manisss!

Lepas makan kita karookee!
yay!

Doctor sedang melepaskan gian.ish ish


Ish ish..ish ish...
takot der..
Dikk..tau kat asrama ko tak boleh wat camni..


Asyik aku je contol mike..
sume dah boring tuh..


Power Puff girrl!
Yang hujung tuh no comment!!


Dah abes makan dah..
nak belah dah nie..

bai!

eh..jap jap
I nak update gambar sket pasal 
ayam berempah yang I masak td!
here's the pic!


Ayam yang dah siap dirempahkan^^


goreng goreng!


Dah siap!
Ade hangus hangus siket.
haha.Takpelah.Sedap gak*coverT_T

k.tujeh.
k baibai.
eh thanks!

Regards,
eikin~

Friday, April 23, 2010

Seksa MUET dah habes!

Salam Semua!!

YAaayYY!!!nak jerit kuat kuat!!!
Leganya hati 1 burden dah diangkat!!
Dah boleh senyum..yes!

ngeee

Paper tadi kira okey lah kan..
Reading at first agak susah la..
mase pulak cukup cukup...
Tapi alhamdulillah..
boleh jawab semua..

nak jerit lagi buley tak?Sebab macam lega sangat.

Tak boleh.Duduk diam diam

okeyy...

Tapii kan...
Listening tadi macam *&@!*#!!
Pronunciation die tak jelasss!!!
Tak best sungguhh!!!
2 soalan I tak dapat jawab.
I tibai je...
huh!!
Takpelah kan!
Janji I dah lega..
bytheway thanks to
sebab dah bagi I tips untuk Muet hari tuh!!
Nanti kite bagi eskrem eh^^

Yang lagi gembiranya..
I dah boleh berblogging tanpa had!!
Yayyyy!!!

Okeh tu jeh nak bagitau.
Mekaceh ea bace.
Take care.

Regards,
eikin baik^^