click it

Thursday, April 29, 2010

Malasnya Lah Nak Cari Duit!!

Ade sape sape kat sini yang nak bagi saya duit secara gratis?
^^

"Kau ingat kau sape nak senang  senang dapat duit haa?Orang kerja siang malam bersengkang mata kau senang je nak mintak duit orang eh???"

ops!..sori bang..gurau je tadi.teehee

Kan dah kena marah..
haih..itulah hakikat saya sekarang..
nak duit tapi malas nak cari.
Even nak masuk Jangan Lupa Lirik yang tawarkan 1 juta tu pun susah tau!dah 2 kali saya cube,sampai final stage.tapi tak call call pun.Nampak macam senang kan.hafal lirik je.
Tapi hakikatnya susah gilaa!

Saya nih sebenarnya macam kena culture shock tau!
Selama nih senang betul saya nak dapat duit..
Even family saya tidaklah mewah..
Saya pergi kolej naik moto..
Seminggu abah bagi RM 100.
Kadang kadang lebih.
Tu pun bukannya saya duduk hostel
Sanggup ulang alik dari puchong ke klang hari hari semata mata nak makan di rumah.
Dapatlah jimat sehari 10 ringgit.
Duit minyak moto pun bukannya banyak pun guna.25 ringgit je seminggu.
setiap minggu saya siap boleh shopping lagi dekat IOI Mall puchong tuh.
Heaven gila doh!

Tapi sekarang,
even praktikal dapat elaun 300.
Tak berbaloi rasanya..
Yelah, saya praktikal di Northport, ala dekat port klang tuh.
Lau tak tau tekan sini eh.
Jalan nak pergi ke sana tuh memang lah macam haram.
Banyak pulak lori ulang alik dari kawasan pelabuhan.
Then for sure lah kan jalan pun lobang lobang.
Sangat merbahaya.
Lagipun situ merupakan area kemalangan.
Disebabkan situasi tersebut membuatkan Ibu saya berasa cuak
terhadap anak gadisnya yang perawan ini,
Dengan titahnya, saya dikehendaki memandu kereta ke ofis!
Bila dah memandu nih..duit minyak pun berjalan lah macam air.
Kalau die bagi saya bawak kete kecik takpe,
ni bawak kereta kia abah saya.Auto pulak tuh.
Memanglah telan minyak banyak.
Seminggu 50 ringgit habes untuk minyak sahaja.Tu pun pakai premium 95 saja.
Sebulan dah 200 ringgit. Elaun 300.tolak 200 tinggal 100 je wehh..
waa:((.Tak dapat nak bershopping dan membazir. 
Cukup cukup untuk kehidupan harian.
Encik boyfren pun dah sound jangan membazir.
Beli yang perlu sahaja.

Okeylah tu kan..pengalaman hidup..
Bagi saya ini merupakan fasa hidup pertama yang saya kena tempuh..
Dah tiba masanya saya merasa kesusahan yang ibu bapa saya telah alami dahulu..

Apa yang perlu adalah perubahan pada attitude diri sendiri!
Saya tak boleh malas malas dah kalau nak duit!

Tak boleh nak berharap pada ma dan abah sahaja.
Usaha tangga kejayaan kan!
Sesungguhnya..Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang merubahnya!*correct me if i wrong.

Renung Renungkan dan Selamat Beramal!*hotfm lagi..teehee


k bai.

Regards,
eikin sengalness


No comments:

Post a Comment