click it

Saturday, April 10, 2010

Mama.. i love you..

Salam semua..

Semalam saya sudah melakukan kesalahan yang besar iaitu membuat ibu saya mengalirkan airmata.
Arghhh!!bodoh gilaa!!
ni sume gara gara aku!!

Ustazah kat sekolah agama dulu pernah cakap,
sekali je kita cakap "ah" dekat ibu kita, itu pun dah di kira sebagai menderhaka.
Kalau dah derhaka..kau tak cium bau syurga!

Then saya pun merenung kembali, tidakk!!
aku dah buat mak aku menangis!!
aku tak nak kena jilat dengan api neraka!!
Ya Allah...

Sayu je hati bila dengar mama menangis teresak esak
lepas solat maghrib.. rasa nak peluk je masa tuh..
tapi ego yang ada dalam hati ni mengatasi segalanya.

Sebenarnya saya dah tinggi kan suara dekat mama.
Saya tak pernah buat macam ni dekat mama before nih.
Even saya ada reason..
tapi reason tu macam angin yang berlalu..
tak da apa nilainya berbanding dengan
jasa mama membesarkan saya..

Malam tadi,
bila kakak saya selami hati mama..
mama ade cakap something yang buat saya lagi bersalah
dan meronta-ronta hati untuk mintak ampun kat mama

ni statement nya
"mama buatkan kau sarapan pagi pagi, itu pun kau tak hargai,
mama nih kau tak payah sayang dah..
kau pergi je sayang orang laen"


aduhh...sentap gila dan mengalir air mata saya dengar mama cakap macam tuh,
terus je saya masuk bilik mama mintak ampun
dengan suara yang terse..kat se..kat.
"ma..sikin
*nama panggilan kita kat uma* mintak ampun ma..
sikin tak sengaja dah buat mama menangis..
ampunkan ma.."

saya cuba untuk menarik tangan mak saya
untuk salam dan cium tangan mama..

tapi..

mama genggam tangan mama kuat,
tanak hulur pun..

tak pandang pun saya..
membatu je die..

deras air mata saya mengalir..

saya turun ke kaki mama..
mintak ampun.. dan
cium keduaa dua belah kaki
mama..
Sebab saya sangat percaya syurga
di bawah telapak kaki ibu.

then..
saya berlalu dengan hati yang sangat sedih,
sambil pusing kebelakang tengok kut kut mama nak panggil saya..
tapi itu hanya harapan..
sob sob :((

.

Then..
sebelum tidur semalam..
saya berdoa mintak Allah ampunkan dosa saya
dan kembalikan ibu saya seperti biasa..

Bangun pagi..
saya cuba bercakap dengan mama..
alhamdulillah..
mama telah pun bagi respon yang baik..

Syukur Ya Allah..

Saya tau bahawa Restu Allah datangnya dari Restu Ibu..
Justeru itu..
saya berusaha untuk tidak akan menyakitkan
hati dan perasaan mama lagi..
takott tak cium bau syurga.


MAMA I LOVE YOU..



thnx for readinx..
Regards,
eikin.


No comments:

Post a Comment