click it

Monday, May 31, 2010

10 tahun Kau Bersama Ku..Akhirnya Kau Pergi Jua..

Sunday, May 30, 2010

Dia Peluk Saya!

Sape peluk eikin?sape sape?


Okey..relax relax..

ehem ehem
Bukan boipren saya ye peluk badan gebas gebus ku ini

Tapi seorang ibu yang telah kehilangan anaknya yang sebaya dengan saya..

Bagi saya cerita ini agak sedih..
So get ready wit ur tissue untuk kesat hingus korang.

Ketika kejadian saya sedang bergayut dengan encik kekasih di atas pokok,eh itu monyet,
i mean berborak dalam phone. Celcom Exec 50 kan ade 20 hours free call,
jadi saya pun berboraklah sampai lebam..

Time nih memang tak perasan pun ada orang datang rumah..
Lepas je habes bergayut,nak ke dapur la nih nak masak pasal dah lapar,
Then saya pun keluar bilik menuju ke dapur,
Tetiba dengar suara macam happening sangat kat luar tuh..
Rasanya abah tak de kat umah, mama je ade,
then saya pun jenguk lah ke ruang tamu untuk melihat kondisi bondaku itu.

Ohh lega,,ingatkan ma cakap sensorang..rupa rupanya ada kawan nya bertandang ke rumah.teehee^^

Di sebabkan ma telah ajar kitorang adek beradik supaya menyalam sesiapa sahaja yang datang kerumah*yang muhrim sahaja ,saya pun tegur lah mak cik tersebut dan menyalam serta menyium tangannya.

*apesal rasa macam skema nih.ngaa~

Haa..
tetiba je makcik tuh macam kaget je lihat saya.
Rasanya saya pakai baju masa tuh--"

em..die tenung saya then cakap

"ehh..shikin dah balik ye..mak cik rindu dengan shikin.."

saya angguk je dengar makcik tuh cakap.


Then tetiba makcik tuh tarik badan saya and cium pipi saya tiga kali.

Saya dizzy kejap. Tapi muka still cover relax.

Then makcik tuh cium dua dua belah tangan saya.

Mama kat sebelah mak cik tuh masa tuh.

Ma bagi isyarat suh biarkan je ape mak cik tuh nak wat kat saya.

Di sebabkan saya ini anak yang menurut perintah, saya turuti..

Then mak cik tuh usap usap pipi saya..


Then terus peluk saya erat..and menangis kat dada saya..

ma masa tuh pun menangis sama..

Saya lagi..memang tak tahan kalau tengok orang menangis..cengeng ouh..

Saya pun balas pelukan mak cik tuh..and cakap dekat dia,

"Mak cik, anak mak cik dah bahagia dekat sana..mak cik sabar lah banyak banyak,Allah lebih sayangkan dia"

Lepas beberapa ketika...

Saya pun lepas kan pelan pelan pelukan mak cik tuh..
and cakap "mak cik saya ke dapur dulu"

Terkelip kelip mata mak cik tuh tengok saya pergi..

Kesian gila kan.

Actually mak cik tuh kehilangan anaknya 5 bulan yang lepas.
Sebaya dengan saya akibat penyakit buah pinggang.
Anaknya sebaya dengan saya..saya pun ada berkawan dengan arwah even tak rapat sangat.
Dah berapa kali dah die datang rumah sebab nak jumpa saya..
Tapi mungkin takda rezeki,,,sebab saya tak ada di rumah..
Cengkung gila muka mak cik tuh..
Terlalu rindu dekat anaknya..
Sampai merana badan..

Saya sangat bersyukur orang yang saya sayangi masih berada di sisi saya..

Hargailah orang yang disisi kita okeyh!
Sebab kita takkan tahu bila dia akan pergi buat selamanya..

Regards,
eikin

Friday, May 21, 2010

Dekat Mekah je ke Pakai Tudung?

AssalamualaikumWarahmatullahiwabarokatuh

hai kawan kawan

I ni bukanlah alim ulama yang pandai.I cuma terasa mahu bersuara tatkala dunia makin goyah ini.

I tertarik bila melihat ada sesetengah artis tuh pakai tudung hanya di mekah.

Bila balik je dari Tanah Suci tuh,
Semua bukak balik.

Kadang kadang i tertanya, dekat Mekah je ke mereka perlu menutup kepala,
bila balik ke tempat asal tak perlu tutup dah?
Padahal hukum memakai tudung tu kan wajib tak kiralah di Mekah atau pun di mana mana.

Mungkin jawapan standard yang diberi
" Belum bersedia lagi"

atau pun

"Tak dapat hidayah lagi"

I berani menulis begini bukan apa kerana terasa pemakaian tudung tuh seolah olah dipermainkan,
dan tak keterlaluan kalau i cakap dalam masa yang mereka turut mempermainkan hukum Allah

Ada pulak tu yang bila dah cakap nak pakai tudung, tetibe menangguh pulak hasrat tersebut.

I terfikir apakah pandangan orang yang bukan Islam terhadap golongan seperti ini.
Sudah tentunya pelbagai persepsi kurang baik akan timbul di minda masing masing.

Mungkin ada orang akan berkata

"Apasal kau nak sibuk hal aku, itu hak aku, kubur masing masing!"

Sebab kubur masing masing tu lah nak ingatkan.
I turut bermuhasabah diri dan sentiasa mengingatkan diri i tentang hal ini.

Niat i bukanlah untuk merendahkan sesiapa,
Ia hanyalah sekadar bingkisan rasa sayang tehadap sesama Muslimah.

Renung renunkan dan selamat beramal!

Salam^^

Thursday, May 20, 2010

Kemain Susah Nak Dapat Kerja

Salam Anak Anak

Susah kan nak dapat kerja.
Betul woo susah.
Teringat kat abah mama yang banyak melaburkan duit terhadap beta ini,
tetiba rasa insaf jap(T_T)
ok insaf lama siket.--"

I bukanlah ada kelulusan toktor,julutela,ahkitek,cikgu, dan yang sama waktu dengannya
yang mudah untuk mendapat pekerjaan di bidang profeisional.
I cuma ada dipeloma dalam risk management sahaja.
Ini pun dah bersukur dapat sambung belajar.Thanx to abah dan PTPTN.
Kolej I pernah berkata bahawa lepas je kua dengan field study I nih
I CONFIRM lagi sekali CONFIRM dapat keje dengan field study I.
Gaji pulak beribu ribu.
Seyes doe aku terpecaya.

I pun ingat malas nak sambung degree pasal I dah mula berhutang dengan pitipitien.
Then lepas je abis praktikal ingat dapat sambung lah dengan tempat
I buat praktikal tuh NORTHPORT *bukan nama sebenar.
Berialah dorang offer i dengan job tuh.
Last last tibe time i nak dekat habes,masing masing membatukan diri macam si tanggang.
Then ade suara berkata lepas 2minggu i abes i akan diserap balik.
Da dekat sebulan dah masih tiada jawapan.
I pun terfikir apakah sebab musabab yang i tak dapat diterima.
Padahal i dah all out nih tunjukkan yang i ni memang semangat ouh buat kerja!*bila bos ade teehee^^
takde rezki takda rezki-_-

I pun taknak buang masa dengan terbongkang dirumah tanpa duit poket yang tetap
i pun pergi cari kerja di mudah.my . Kalau mintak kat jobstreet alamat bertongkat lah baru dapat.tu pun tak sure lagik.
Then i tengok ada job yang ade kena siket dengan kelulusan i.
I pun dengan segan silu send resume thru emel, bkan drive thru ye.
Esoknye die call soh datang mid valley boulevard untuk interbius.
I pun pakailah macam mak datin.Pakai baju kuung, high heels and datang awal 1 jam.
Gila awal kan. Interbius pukul 3 i dah ada kat sana pukul  2 .
Ni konon nak amik hati lah datang awal awal ecece

I bajet die interbius je dalam setengah jam boleh lah balik.
Tapi die soal selidik i macam criminal.
Bapak banyak soalan tanya.
Then ade test pulak tuh.Perut dah menangis dah kelaparan.
Buat test tuh kemain susah nye.
Dekat 2jam baru siap.
tu baru first interbius.Ade lagi yang kedua.
Tangan dah terketaq ketaq dah nie macam parkinson sebab kelaparan..
Lepas je habes terus nak pi caik mekdonald.
Time nak turun eskelator tuh kain lak tersekat kat tepi eskletor tuh.
Beb seyes cuak doh mase tuh. I terus rentap kain kuat kuat.

Masa tuh dah terbayang ouh dah muka i masuk paper tempatan esok hari ataupun muka depan yahoo
"GEMPAR!seorang penganggur terjatuh dari eskelator mid valley akibat kelaparan"
kan naya tuh. ish ish. Mintak jauh.

 nih kalu jatuh..wallahua'lam
*gambar hiasan

Naseb baik dapat tarik kain daripada termasuk dalam eskelator tuh.
Time tuh tanpa berlengah dan elak kempunan cepat cepat masuk mid cari mekdi.
Masuk je keta.terus ngap.
Uih..nikmat nikmat.

Then time balik i dapat panggilan dari agent cari keje yang i pergi tadi.
Die kate i layak untuk pergi second interview.
Gila gembiraa!dengan mulot yang penuh dengan Quarter pounder i ponsetuju hadir esoknya!

Keesokkan harinya..
I pergi ke second interview di Menara Sunway.
Tah macamana i boleh sesat padahal dekat belakang Sunway pyramid jeh.
Then pusing pusing jumpe.
I sampai awal satu jam.gila ah.
Disebabkan awal i posing dulu dalam kereta.teehee^^
tu tu tengok kat tepi tuh file yang ready nak dibawak..
hehe

mata kemain lagi.senjata nih nak main mata dengan manager.
haha
ok ok dah
haha.lepas tuh kena tunggu satu jam.padan muka.
gila lame. Dah lah panas kena tunggu kat luar,
dengan high heel nye.panas ouh tambah lagi dengan rasa nevesnye nak jumpa manager tuh.
abes mekap cair.
haha
Then dalam pukul 4 lebih camtu i dipanggil untuk ditemudugas.

Manager tuh lelaki.
motif bagitahu die lelaki??
saje je.
Die tanya trick soalan ouh.
Berbelit juak lidah ni nak menjawabnya.
Tak senang duduk dibuatnya.
fuihh!lap peluh.
Dalam 15 minit semuanya dah setel.
Die kate dalam senin ataupun selasa die bagi jawapan kalau terpilih untuk position tersebut.
Time nih hari jumaat.^^

Then sabtu ahad memang lah tak senang duduk dok tunggu hari senin.
i call kakak kakak i,abang abang i, kawan kawan soh doakan dapatkan job nih.
Mama ngan abah memanglah tiap masa jumpa dorang i soh doakan.
Sampai dorang cakap"yelah..mama abah doakan.ko tggu jelah"

herm..
sampai je hari isnin i dah cas awal awal bateri henpon i.
and bangun awal pagi.
Pukul 9 kira pagi lagi kan?teehee^^
I alert for every upcoming calls.

Sampai pukul 6 still takda call.
Time nyh dah frust wooh.
KENAPA TAK CALL.
Then ma kate sabo lah.cuba jadi orang tuh bersabo siket--"

ok tunggu sampai selasa.
Same thing happen. I pun dah pikir yang dorang memang tanak i keje kat company dorang.
sedih sedih(T_T)

I pun apply keje lagi.
Hari selasa tuh jugak dorang call soh datang first interview dekat the summit.
Lebih kurang pukul 4.
Dah lah tengah kering gilaa.Ape lagi mama lah mangsanya.
Pow wat duit minyak and toll.teehee
Lepas je first interview i disuruh datang ke 2nd interview pulak esok pagi hari rabu.
actually hari rabu tuh ade lagi satu interview dekat bangsar pukul 2 petang.

Then i pun pergilah kedua dua interview seawal pagi.
Thanx to elyn pasal printkan resume i.nanti aku belanje eh

First interview pagi tuh dah lepas.
Otw ke bangsar for second interview i telah di call oleh agent cari kerja tuh yang i tak dapat keje tuh.
Herm..frust lagi..

Takpalah kan.Bukan rezeki,,
Baru rasa susah sangat nak cari kerja.

Then masa dah sampai ke bangsar tengah cari tempat second interview,
i di call oleh seseorang.
I pun jawablah..

Tau tak dari sapa??

halim??


erm..nopp!

I di call oleh agent yang interview i dekat sunway tuh.
Die kate

"congrats ashikin, u have been chosen for the position that u have applied for"


hoh??tekejut gilaa!!!Dapat keje ooh!!
Rezeki Ya Allah..
lepas je direject satu keje,keje lain datang menyusul..
Rezeki rezeki.
Terus je i call tempat second interview tuh untuk cakap i tanak pergi interview dah
Gila berlagak.haha

I terus call orang tersayang termasuk family dan kawan kawan i.
Semua tumpang gembira!
Yelah ni kan kerja pertama i.
Dan i akan start kerja bulan 6 nanti.
Gaji pulak 2***
cukuplah kan untuk gadis jimat macam i?--"

So pengajaran daripada bebelan ini ialah

*Menghargai kepayahan hidup

*Usaha tangga kejayaan **Logo sekolah i.teehee

haha.ni jelah kot.

Mekasih ye tolong baca.
Korang dapat pahala dah gembirakan hati i dengan baca enrti ini.
^^

babai.




Monday, May 17, 2010

Suka Bercinta?



I memang suka bercinta.
Sebab bila bercinta i akan rasa sentiasa di beri perhatian.
Manusia memang suka di beri perhatian.

Seriusly sangat bahagia masa bercinta.
Memanglah kalau tengah baik semuanya best.
Dia kentot pon korang tak kesah dah.
Cuba kalau gaduh.
Mesti keluar ayat macam ni
"Dah lah kentot busuk,perangai pulak macam haram!"

I tak pernah cakap macam ni ye.Saje je..teehee^^

Itulah cinta. Macam macam ada.
Sometimes ada yang bercinta hanya berdasarkan paras rupa.
Ada jugak yang bercinta kerana materialistik.

Orang selalu cakap cinta itu buta.
Tapi bagi I cinta tu tak buta langsung.
Cuma cinta itu tidak kisah.
Kalau buta..camne korang nak melihat?
Melainkan anda betul betul buta.
Anda bercinta menggunakan naluri perasaaan dan sentuhan.
Haa ni baru boleh cakap cinta itu buta.

Tapi bagi kita yang celik nih, gunakan deria melihat tuh sebaik baiknya untuk melihat keikhlasan
hati si dia terhadap kita.
Jangan gunakan mata tuh untuk tengok liuk body dia pulak.
nanti ke laut jadinya..no no no --

Jadi cinta itu memang tak kesah.
Kadang kandang korang langsung tak kesah tengok dia selekeh,
janji die sayang kat korang.
Kadang tuh korang memang tak kesah langsung tengok die tak keje,
sebab korang rase korang boleh support die janji die stay dengan korang.
Korang tak kesah pulak kalau mak bapak die letak hantaran tinggi,
sebab bagi korang duit boleh cari, cinta die tak dapat di ganti.

Haa..ini lah maksud i tak kesah.Apa pun tak apa..janji tetap bersama
kan kan?

Tapi... kalau dah berkahwin nanti adakah madunya masih tersisa lagi?
atau tak pasal pasal korang akan dapat "madu" yang baru??
Tepuk dada sakit tanya selera--"

Mama pernah cakap,
kalau nak cari pasangan hidup, carilah yang
orang yang dah ada kerja yang tetap dan rasa boleh ,membimbing kita ke jalan akhirat dengan baik.

Memang betul pun apa yang mama cakap tuh,
tapi I lagi suka kalau semua ikut sunnah nabi dalam memilih pasangan.
Nabi Muhammad Saw pernah bersabda*correct me if wrong

Kalau mahu memilih pasangan, haruslah melihat pada
* Paras wajahnya
* Latar Belakang keluarganya
* Harta kekayaanya.
* Ketaqwaannya.

**Tidak mengikut susunan.

InsyaAllah kalau kita ikut sunnah Rasulullah,
nescaya kebahagiaan menjadi milik kita.
Kita berhak memilih yang terbaik.
Sebab yang akan menentukan jalan hidup seterusnya adalah kita.
Yang perlu kita lakukan ialah sentiasa berada pada landasan yang betul.
I juga berharap yang Halim pilihan terbaik i ^-^

Okey,rasanya cukup i berleter hari ni.

Ops kejap.ada satu benda nak tanya,

Kita asyik mengejar cinta manusia,

Cinta pada Allah bagaimana?*keep reminding me.


bai.

Salam



Thursday, May 13, 2010

tag tag tag

1. Bekas kekasih saya adalah :
  lelaki

2. Saya sedang mendengar :
  halim berbicara

3. Mungkin saya patut :
  bersenam

4. Saya suka :
menyanyi.


5. Sahabat-sahabat baik saya :
  cantik

6. Saya tak faham :
  addmath.benci gila

7. Saya kehilangan :
  make up

8. Ramai yang berkata :
  saya dah gemuk

9. Makna nama saya :
cahaya kejayaan.tah ye ke tak

10. Cinta itu adalah :
 halim

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
  kencing dicelah pokok

12. Saya akan cuba :
kuruskan badan

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
lama.


14. Telefon bimbit saya :
tak best

15. Bila saya terjaga dari tidur :
  dah pukul 9-_-

16. Saya paling meluat apabila :
tengok orang sexy tak bertempat

17. Pesta/Parti adalah :
  dosa

18. Haiwan paling comel yang pernah saya temui ialah :
  kucing saya yang bernama nyet

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
18tahun sebab pergi karoke seminggu 3 kali.--'

20. Hari ini :
kain tersekat dekat eskelator.--"

21. Malam ini saya akan :
ready untuk 2nd interview esok

  22. Esok pula saya akan :
pergi 2nd interview

23. Saya betul-betul inginkan :
  halim

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
ada bekas jerawat and nak buat plastik surgery

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
jusco

26. Makanan Barat atau Jepun :
Melayu the best!

27. Bilik yang terang atau gelap :
tengah tengah

28. Makanan segera adalah :
mahal

29. Ayat terakhir yang anda katakan kepada seseorang :
  i will call u back.

30. Siapa yang anda nak tag :
sume readers.

Wednesday, May 12, 2010

Hari emak saya!

Lambat pulak i update pasal hari emak nih.
Bukan pasal apa, bila nak update pasal entri nih,
i kena upload gambar..
kamera si ayah guna..jadi terpaksa tangguhkan niat seri murni eh ni nama minyak
i mean niat suci murni dari terlaksana
Jadi hari ni barulah dapat merealisasikan impian ini.teehee

Cerita bermula begini.
Hari emak kan 9 hb Mei setiap tahun kan. Tapi kadang kadang 10 hb, it depends on weekends.
Jadi hari emak ni terjadi pada tengah tengah bulan.Memang bukan tengah lah,tapi hampir tengah.
Justeru itu terdapat kompilasi kerana i sedang mengalami kegawatan ekonomi yang teramat sangat.
I guess u know what's next kan?

Ye mestila sambutan hari emak ini disambut dengan ala kadar.
Di sebabkan tokeh besar yang selalu jadi pengeluar modal terbesar sedang berada diatas lautan,

dan seorang doktor telah mengalami kerugian dek diterkam oleh New York Skin Care pada awal bulan,
I dan doktor terpaksa lah tong tong *betulke ejaan ini? duit demi menyambut hari emak tersayang.

Then dari pagi 8 Mei tuh i dan kakak telah merancang plan untuk membuat suprise tapi dengan cara yang sederhana.
Bermulalah agenda di jusco bukit tinggi,kelang.

Disebabkan I dah ada jusco voucher RM 50 yang I amik harituh, (padahal bukan aku yang shopping)
and dalam purse masih ada dalam 50 jadi I bercadang untuk membelikan emak hadiah yang berbajetbawah seratus.

Then lepas beli je barang tersebut.
I dan kakak bercadang nak beli kek.
Kitorang pegilah Secret Recipe membeli 1 whole yogurt cheese cake.
Rase die marbeless!!!

Sampai je rumah petang tuh ingat nak bawak kek masuk rumah.
Tapi tengok emak dah tunggu di depan pintu.
waduh waduh..pening kepala embak.
Jadi terpaksalah meninggalkan kek dan hadiah didalam kereta.

Masuk rumah dengan muka selamba.
Padahal dah bajet yang emak mesti dah tau kitorang dah beli something untuk die.haha

Then lepas maghrib emak sedang duduk di ruang makan.
I dan kakak sudah main isyarat mata.
Mission in action!

I pun keluar ke kereta dengan langkah seperti kucing mencurik ikan.Ye kucing i curik ikan i tak sedar pun.
Then bawak kek pelan pelan masuk ke rumah.
Emak sedang asyik tengok berita.
I dan kakak kakak pun tetibe menyanyikan lagu haapy birhday version hari ibu sambil membawa kek bersama
"Selamat Hari Mama...
                                   Selamat Hari Mama...
                                                                     Selamat Hari Mama Ku Sayang..
                 
                                                                                                       Selamat Hari Mama....."


Yeah!Berjaya membuatkan mama agak terharu!

The cake says We Love you Mama!

Yey abah pun join sama sebab abah pun ada syer keatas kek ini!

Biarpun dalam suasana yang sederhana..
kitorang sangat bahagia lihat emak tersenyum

 abah said*teringat masa muda muda dulu

Bersyukur kerana Carlo Rino mengeluarkan produk
untuk customer yang berbajet rendah seperti I.

Mama juga turut menerima dua buah buku tentang jihad seorang muslimah
daripada adik I even die tidak sambut bersama.
Untuk mama yang eikin cinta sampai akhirat.
Terima Kasih kerana selalu jadi yang pertama untuk eikin.
Terima Kasih kerana menjadi teman suka dan duka bersama
Terima Kasih kerana telah membesarkan eikin dengan keringat mama.
Terima Kasih kerana Selalu jadi yang terbaik kepada kami.
Tiada Cinta yang bisa melangakaui kasih kami semua terhadap mama

Ma..we love you...

Love and Care,
eikin


Sunday, May 9, 2010

Yeay!Dia Dah Hilang dari Bayangan!

Alhamdulillah..

Saya bersyukur sangat sangat sebab die dah hilang dari bayangan saya..

Saya dah takde gementar dah kalau terpandang gambar die

Jantung pun tak da nak  berdegup kencang dah bila teringat dekat die

Kalau teringat kenangan dengan die pun saya tak rindu dah

Saya tak perlu nak stalker die diam diam dah sebab saya dah rasa bebas dari pandangan die dan saya rasa tak perlu dah nak amik tau sal dia lagi!yay!

Tak tahu nak describe macam mana saya sangat gembira nih!!

Ni semua sebab halim^^

Halim dah buat saya tak ingat die.

Halim dah bikin saya gembira

Halim dah curik hati saya, die dah kunci hati saya dan telan kunci tuh.

Saya gembira halim di samping saya.
Lately, halim sangat baik. Die dah tak nak gaduh dengan saya.

Tapi saya yang nak gaduh dengan die. Tapi die sangat penyabar.

Dia dah berubah.Dia jadi sangat sweet macam sundae strawbery.
Halim dah ubah bayangan saya kepada halim.Hanya Halim

Bukan Dia lagi!Bukan dan Bukan!

Biar kenangan menjadi satu buku yang saya dah balut dengan surat khabar dan tanam kat kubur cina.

Ia akan terhakis sendiri.

Thanks For the memories!

Selamat Jalan Kamu.

Selamat Datang Halim.

Sayang.I will fight for our love!


Love,
eikin^^



Friday, May 7, 2010

Yeah!! Hari Ini Dapat Naik Koc Wanita!

Salam korang

Hari ni kan..
I naik train Koc wanita..
First experience..bahahaha.
Mesti korang cakap I batak gilaa kan??!
hehe.Tak pe..Cakap lah.. tak marah pun.. sumpah..--'

Actually kan hari ni I nak pergi Ke KL,
ye lah orang dah jadi penganggur first class nih memang lah suka merayapT_T
At first ingat nak lah naik motor je.. senang..tak jem..tak payah risau duit minyak sangat..
Rm5 je pergi balik.. Takat 5 ringgit tu boleh lah paw mama kan..
Bila dah dah siap sedia nye dengan memakai helmet,
tengok kat kunci motor gelombang*wave tersebut cukai jalanraya ataupun lebih dikenali sebagai
Road tax telah pun tamat tempoh..
aiyakk..dah lah dari klang nak gi KL nih.. kalau nak redah je teringat pulak dekat pak misai kalau die wat roblock tengah jalan..Nanti kena saman nak kena bayar lagi..hatoooyyaai..
Then tengok disebelah motor tersebut ada Lagenda..bukan cerita lagenda Hang tuah ye..no no no
Ia adalah motor lagenda.
Sebelum naik lagi I dah terpreasan yang something wrong ada apda motor tesebut.
cek punya cek,bukan cek duit ye.Itu Cheque,ini check, tayar pulak pancit..
haih..rasa nak marah je..disebabkan hari jumaat..I tak jadi marah. Ha apa kena mengena??

Sejurus itu..I mintak tolonglah bonda tersayang untuk menghantar si comel ini ke Stesen KTM Bukit Badak.
I pun tggulah sampai train sampai.
Mula mula memang tak ingat langsung yang train dari port klang ke sentul ada koc for ladies.
Tetibe I terdengar

Ting tong

"perkhidmatan komuter dari pelabuhan klang ke sentul kini mempunyai koc khas untuk wanita.Sila pastikan label berwarna merah jambu di tengah tengah gerabak komuter tersebut"

Ting tong

*ade tambah siket siket teehee

Haa..then baru i realized memang ada koc tuh..
dah tuh tak sabar lah nak naik nih..
I dah ready nak masuk nih..

Okey dah masuk.
Bila I masuk tuh..
Memang nampak ramai perempuan..
Tapi yang peliknya lelaki pun ramai jugak!
I dah pelik dah..betulke ni koc untuk wanita?
Apesal ada mamat lak nih lam koc minah?
musykil musykil..entah entah aku tak yang salah masuk.
I pun recheck lah balik.Ceh macam penyiasat lak..muaahaha
Padahal I tengok je kat cermin train tersebut.
Memang betul doe ini koc wanita.
Sticker kiri kanan koc tuh.
 Nampak tak nampak tak sticker pink kat cermin tuh?
*ni gambar i curik kat NST tak silap.Eh pinjam bukan curik.

Apesal mamat nih boleh ada pulak?
Takkan tak pandai baca kot.
Kalau lah tak paham bahasa melayu pun..
kat situ siap ada bahasa tamil,cina ngan inggeris sekali.
Bengang lak.
Yelah..dah KTMB sediakan khas untuk wanita..
bagi lah wanita hak tuh..
Bukannya takda koc lain.
kalau lah bagi alasan tak perasan,bohonglah tuh..
Pasal daripada pelabuhan kelang ke sentul tuh bukannya dekat.
For sure lah perasan kan. Then bila dah perasan tuh next stesen tuka lah koc.

Kesian ada makcik makcik yang patutnya dapat hak untuk duduk kena berdiri..

Lagipun Koc ini kan memang bertujuan untuk memelihara dan melindungi kaum wanita daripada perkara yang tidak didingini.
Kan bagus kalau kita menyokong usaha murni KTMB tu kan demi kesejahteraan bersama.
Betul tak?

At last..masa i dah sampai ke Kl sentral..ade pak misai*polis datang untuk menyuruh orang lelaki supaya keluar dari koc wanita tersebut.G koc lain. Kan dah kena,malu je depan kaum wanita kan.

So next time tolong lah alert ea tentang perkara perkara macam ni.
Kite kan masyarat Satu Malaysia??
haa celet siket!!

K,bye!


Wednesday, May 5, 2010

Malam Ini

Malam ni

Entah kenapa

Rasa macam kehilangan

Bosanlah

Tak Tahu nak buat apa

Rasa nak tido

Tapi tak boleh

Rasa nak Makan tapi tak lalu

Rasa nak pukul orang

Tapi salah disisi undang undang

Rasa kecewa

Ye sangat kecewa

Rasa kosong

Ye furniture baru belum dibeli

Rasa nak tengok iron man
Tak tahu bila

Rasa Macam nak pengsan

Takot sorang sorang kat rumah

Rasa nak menyanyi

Takot ada orang sahut

Rasa nak shopping

Tak da duit

Rasa nak luahkan perasaan
Takda orang nak dengar

Rasa macam nak putus

Masih sayang

Rasa nak lari kat stadium

takut kena culik

Rasa malas

memang malas

Rasa nak babai

bai.

Monday, May 3, 2010

MUET speaking dah pulakk!!Tolongg!

salam semua.

I nak mintak tolong bloggers yang baik hati budiman lagi kacak bergaya cantik bak mahsuri indah bak pelangi sila tolong I bagi tips untuk Muet speaking pulak!
Next week exam I.

Siapa yang ada pengalaman yang boleh bagi tips berguna untuk I,setapak tangan gajah I tadahkan..*gajah tade tangan.
Tolong eh tolong eh?



Ye I tau korang nak marah pasal last minute baru nak cuak. Sorylah I ter'alpa' tentang Muet nih. Tapi I mintak tolong sesangat!Plis pliss kamu jangan marah..janji dah tak buat lagi!!ini last ini last!Tolong eh?????
Korang kan cantik tak kurang sedikit punlah kecantikan korang tuh kalau korang bagi tips dekat I.
Dapat pahala lagi.Allah sayang taw.I pun sayang jugak>.<

I tunggu nih..I tunggu--'

Regards,
eikin kurengness




Sunday, May 2, 2010

Pasangan Lebih Muda??

Salam
haihai.
Pernah tak couple dengan pasangan lebih muda?
Ataupun kahwin dengan pasangan lebih muda?

Saya takda niat untuk menyinggung perasaan siapa siapa k.
Cuma nak tanyakan pendapat.

Saya pernah lah ada pengalaman yang lebih muda dari saya.
Tapi malangnya, saya hanya mengetahui bahawa die muda daripada saya
setelah kami putus hubungan.
Tidakkah itu menyakitkan?
Apa motif ek die merahsiakan umur die daripada saya?
Ehem..takpalah kan..
Benda dah lepas pun..
memang orang kata tak elok nak dikenang,
tapi kadang kadang terfikir sendiri kenapa nak tipu??
Motif kau apa?
Hanya kau dan Allah yang mengetahui.

Jadi sebenarnya disini,
just nak tanya opinion korang,
adakah pasangan korang yang lebih muda tu(if ada)
lebih matang atau sebaliknya.
Dan macamana korang face pasangan korang yang bawah umur tuh.
Especially untuk perempuan yang pasangannya lelaki muda.

Ini agak sensitif sket ea,
Jangan marah tau.
Adakah korang ambil peduli terhadap pandangan masyarakat tentang anda berpasangan muda?
Macamana korang face benda nih?

Share dengan saya okey.
Thanks a lot.


Regards,
eikin curious