click it

Monday, May 17, 2010

Suka Bercinta?



I memang suka bercinta.
Sebab bila bercinta i akan rasa sentiasa di beri perhatian.
Manusia memang suka di beri perhatian.

Seriusly sangat bahagia masa bercinta.
Memanglah kalau tengah baik semuanya best.
Dia kentot pon korang tak kesah dah.
Cuba kalau gaduh.
Mesti keluar ayat macam ni
"Dah lah kentot busuk,perangai pulak macam haram!"

I tak pernah cakap macam ni ye.Saje je..teehee^^

Itulah cinta. Macam macam ada.
Sometimes ada yang bercinta hanya berdasarkan paras rupa.
Ada jugak yang bercinta kerana materialistik.

Orang selalu cakap cinta itu buta.
Tapi bagi I cinta tu tak buta langsung.
Cuma cinta itu tidak kisah.
Kalau buta..camne korang nak melihat?
Melainkan anda betul betul buta.
Anda bercinta menggunakan naluri perasaaan dan sentuhan.
Haa ni baru boleh cakap cinta itu buta.

Tapi bagi kita yang celik nih, gunakan deria melihat tuh sebaik baiknya untuk melihat keikhlasan
hati si dia terhadap kita.
Jangan gunakan mata tuh untuk tengok liuk body dia pulak.
nanti ke laut jadinya..no no no --

Jadi cinta itu memang tak kesah.
Kadang kandang korang langsung tak kesah tengok dia selekeh,
janji die sayang kat korang.
Kadang tuh korang memang tak kesah langsung tengok die tak keje,
sebab korang rase korang boleh support die janji die stay dengan korang.
Korang tak kesah pulak kalau mak bapak die letak hantaran tinggi,
sebab bagi korang duit boleh cari, cinta die tak dapat di ganti.

Haa..ini lah maksud i tak kesah.Apa pun tak apa..janji tetap bersama
kan kan?

Tapi... kalau dah berkahwin nanti adakah madunya masih tersisa lagi?
atau tak pasal pasal korang akan dapat "madu" yang baru??
Tepuk dada sakit tanya selera--"

Mama pernah cakap,
kalau nak cari pasangan hidup, carilah yang
orang yang dah ada kerja yang tetap dan rasa boleh ,membimbing kita ke jalan akhirat dengan baik.

Memang betul pun apa yang mama cakap tuh,
tapi I lagi suka kalau semua ikut sunnah nabi dalam memilih pasangan.
Nabi Muhammad Saw pernah bersabda*correct me if wrong

Kalau mahu memilih pasangan, haruslah melihat pada
* Paras wajahnya
* Latar Belakang keluarganya
* Harta kekayaanya.
* Ketaqwaannya.

**Tidak mengikut susunan.

InsyaAllah kalau kita ikut sunnah Rasulullah,
nescaya kebahagiaan menjadi milik kita.
Kita berhak memilih yang terbaik.
Sebab yang akan menentukan jalan hidup seterusnya adalah kita.
Yang perlu kita lakukan ialah sentiasa berada pada landasan yang betul.
I juga berharap yang Halim pilihan terbaik i ^-^

Okey,rasanya cukup i berleter hari ni.

Ops kejap.ada satu benda nak tanya,

Kita asyik mengejar cinta manusia,

Cinta pada Allah bagaimana?*keep reminding me.


bai.

Salam



No comments:

Post a Comment