click it

Saturday, July 17, 2010

Mencari Cinta Sejati

Susahkan nak dapat cinta sejati?

Saya ingat saya dah jumpa cinta sejati saya.
Tapi rupa rupanya belum lagi.
Bukan senang nak dapat.
Saya tak tahu apakah kriteria yang sesuai untuk mendapatkan cinta yang betul betul sejati.

Bagi saya,
Dia cintakan saya,
Dan saya pun cintakan dia dah cukup memadai.
Rupanya, cinta sahaja didalam perhubungan tidak cukup saama sekali.

Angan angan cinta bahagia saya ialah
bila kekasih saya sangat sayangkan saya..
Dia sangat ambil berat bila saya sakit.
Dia kesiankan saya kalau saya ada masalah.
Dia sanggup berkorban apa sahaja untuk saya.
Dia sanggup melindungi saya.
Dan yang paling penting die jaga hati saya.

Dan saya pula sentiasa nak dia belai saya
dengan penuh kasih sayang.
Saya nak dia bagi sepenuh perhatian pada saya.
Saya nak dia ada kat sisi saya  pada tiap masa yang saya perlukan.

Saya tak mahu sekali kali dia cakap benda yang tak baik pada saya.
Saya tak mahu dia tuduh saya bukan bukan.
Saya tak mahu dia curang dengan orang lain.
Saya tak mahu dia lupa janji manis dia masa dia nak tackle saya dahulu.

Complicated kan permintaan saya ni?
Annoying gila tak bila baca?
Saya pun rasa macam tu skit sikit.

Keterlaluan kan semua ni.
Saya sedar saya siapa,
Tak layak untuk mendapat kebahagiaan macamni.
Yelah saya pun tak perfect,
Macamana pulakkan saya nak dapatkan cinta yang sempurna macam tu.

Saya sangat sayangkan dia.
Terlalu sayang.
Saya tak pernah sayangkan orang sampai macam ni.
Saya belum bersedia lagi untuk kehilangan dia.
Saya cuba untuk menjadi yang terbaik untuk dia.
Saya cuba untuk menurut segala kemahuan dia.
Tak salahkan untuk dia turut segala kemahuan saya sekali sekala.
Saya nak kan dia ambil berat tentang saya.
Saya nak bila saya sakit, dia pujuk saya.
Tapi perkara ni dia dah tak pandang lagi.
Saya selalu terfikir saya ni ada lagi tak dekat hati dia?

Saya terkenang masa mula mula saya bercinta setahun lepas.
Dia sangat ambil berat tentang saya.
Paksa saya makan ubat bila saya sakit.
Pastikan saya makan ubat ikut time.
Sentiasa pastikan saya sihat sepanjang masa.
Bahagianya ketika itu.
Saya dah tak jumpa karakter ni dalam diri dia.


Saya tak mahu apa apa.
Selain diri dia yang sama pada 22 ogos 2009.
Saya hanya nak dia ketika ini.


Jika benar suratanMu Ya Allah,
tertulis yang aku bukanlah untuknya,
Kau tutuplah pintu hatinya untuk diriku,
Dan kau hilangkanlah pandangannya dari melihatku.
Kurniakanlah dia seseorang yang akan mengubati segala kelukaan hatinya.

Amin Ya Rabbala'lamin





Monday, July 5, 2010

Abah Beli Kenderaan Baru!

Korang tau tak.
Last week kan abah bersedih hati..
Pasal kenderaan kegemaraanya di curi oleh pencuri!!!
Haish. Malam jumaat pulak tuh.
Sedang kitorang menikmati malam jumaat yang penuh nikmat tuh,
boleh pulak pencuri tuh curik!!
Haih. Yang peliknya kenderaan tuh hilang dalam pukul 10-11 malam.
Masing masing tak masuk pun bilik lagi.
teeehee>.<

Abah balik je malam tuh,
muka dah sememeh semacam.
Aku baru je kot kua toilet time tuh.
Aku tanya lah abah, nape muka sedemikian rupa.
Abah kate harta die dah hilang.

Aku punyalah berlari keluar tengok ape jenis harta yang hilang tuh.
Kira bijik kereta kat depan rumah,, cukup semuanya.
Tengok motor pun cukup sifat sifatnya.
Tengok kek basikal. Kurang dah satu.
Tengok gate terbongkang luas.
Dah sah lah nih!
Dah sah basikal abah den kena curik!
ish ish.
Dah lah basikal tuh ibarat nadi die.
Basikal ade gear tuh tau.
Die guna basikal tu selalu tuk exercise di pagi hari bersama matahari yang menyinari hari.*cukup cukup
So dah seminggu dah abah patah kaki sebab takde basikal yang sesuai untuk dikayuh.
Basikal ma ade lah. tApi basikal ma takde gear. TAk best.
Tu basikal tuk ma gi umah kawan kawan dia. Gossip gossip.haha

Abah sayang gila ouh basikal tuh.
So untuk ubati hati die yang lara tu kan.
Kan aku baru dapat Gaji pertama an hari tuh.
Bajet nak spent sikit wet lah nak gantikan abah basikal baru.
Tanya abah, basikal abah beli tuh berapa rat,
Die cakap dalam 300.


MAAAaaaakk aih
300 weh. Terpadam niat tersebut.
TApi niat suci seri murni tetap di teruskan.
Dapat bagi half je kat abah.
TAk kisahlah kan. JAnji bagi.
Nanti aku pun nak guna basikal tuh wat pergi kedai beli ais-__-

So hari ni abah dah ada pengganti basikal yang telah dihilangkan oleh pencuri bengong tersebut!
Aku pun bengong sekali pasal tak kunci gate bebetol.
So pencuri yang bijak. Aku bengong. Deserve deserveT_T

Nih nak tunjukkan korang Beskal baru tersebut!
Tengok nih mentang mentang baru beli
DAh parking dalam rumah.
Dasat dasat

Kaler biru pedal die doe.
I'm wondering kenapa abah tak beli basikal kaler pink??
--'

Ade gear ouh.Clutch je takde.teehee>.<
Korang jangan memain.
Azizul Hasni pun boleh celen abah aku tau.

So hopefully dengan adanya basikal baru,
my abah akan terus sihat dan gembira!
Love u abah!
mmuahh mmuahh!

daa korang.

Sunday, July 4, 2010

13 tahun ouh tak jumpa!

Mari rapat rapat!
jamu perapat ada jual disini!
ngeh ngeh.

okey okey.Jangan tekan pangkah dulu ea.
Baca dulu cerita kita.

Weee!!!kita gembira sangat hari ni!^^
Sebab kan..kita dah berjumpa dengan orang yang almost 13 years hilang.
Kira jejak kasihan lah ni.

Orang yang kita maksudkan ni kan..
Safiyyah Sabrina.
a.k.a YAna.
Besh Fren ouh dulu.
Sekarang pun sama.hii>.<

Masa kitorang kechik kechik dahulu..
Kitorang rapat wa  cakap sama luu.. ngam gila beb.
Haha.
Serius rapat gila.
Die jiran saya. Tak silap die ade 8 oghang adik beradik.
Kita balik je sekolah kebangsaan mesti kena pergi rumah die.
Pasal mak dia kena siapkan kita tuk pergi sekolah agama pulak.


Mesti korang nak tanya kan kenapa mak dia pulak siapkan kita.
Kenapa tak mak kita.
Kalau korang tak tanya pun kita nak bagitau jugak!tak kira!
Mak dia jaga kita sebab mak kita keje di siang hari.
hehe. Tu lah pasal mak die jaga kita.>.<


Yana ngan kita tak sama sekolah.
SO kitorang bercanda dan bergurau tatkala kita pulang dari sekolah je lah.
Kitorang suka main masak masak.
Kita suka main kat rumah diaa, pasal rumah dia ramai adik beradik.
Boleh main main banyak benda..
Lepas tuh kan.
Kita suka main basikal kat rumah dia.
Pasal basikal die best. BAsikal kita tak best.haha
Senang kata masa kanak kanak yang paling kita ingat masa dorang jadi jiran kita lah.
Hidup sangat live masa tuh.

Ingat lagi kita ajar die ponteng puasa.
Hehe.Jahat kan??
Die muda dari kita setahun tau.
Tapi die dah rajin puasa.
Kita suka dengki.Pasal kita puasa half day.
Mana boleh bagi die puasa penuh.
Setan kan takde, so kita lah jadi setan nya. HA HA HA.
eeeh jahat gila kan.
Kita hasut die soh mik gula gula atas almari time mak die tengah mandi.
Pastu kita ngan die makan sama sama.
Pastu die pun kena marah dengan mak die pasal kantoi dah tak puasa.
PAstu kita tak kawan ngan die satu hari.hihihi.

Haa..
Ade lagi satu cite nih.
Lepas je sahur kitorang tak tido tau.
TAu tak kitorang buat ape?
hihi.
Kitorang g rumah orang yang ada loceng rumah.
Then ting tong sampai tuan rumah tu bangun.
waawawa.
Masa tu kan rumah sape yang ada loceng tuh dah di kira kaya.
Sebab rumah kitorang takde.haha.
Bila tuan rumah tu dah menjerit kat depan rumah,
mencicit cicit kitorang lari.haha
NAsib baik tengah gelap lagi masa tuh.
So diorang tak perasan.
hahaha.

Abang kita lak kawan ngan abang abang die.
Dorang ni takde keje lain asyik kena keja ngan anjing je.
Haha. Padan Muka diorang.

Huhu.
Tapi kegembiraan tuh tak tahan lama.
Pasal, tahun 1997 je diorang kena pindah ke Melaka kalau tak silap.
Sedih gila bila tengok dorang dah pack pack barang.
Tapi masih cover lagi sebab ego.
Kecik kecik lagi dah pandai ego kan.
haha

Yang paling tak tahannya masa diorang dah naik keta nak pergi dah.
Yana tak pandang kita pun.
Sebab kita tengok dari celah celah langsir.
Memanglah die tak nampak.
Sengal betol.

Lepas tuh barulah merindui die tahap gabannya.
Dan baru baru ni je dapat contact die balik.
Tu pun sebab facebook!
Facebook memang awesome.
Bukan takat yana je kita jumpa, Tapi satu family die ada dalam FB tau!
Love u lah FB.

So hari ni kita jumpa yana dekat PKNS.
Gembira ouh.
Die belanja makan dekat KYROS KEBAB.
Kita dah lah gemok. Makan kebab lagi gemuk.
haha.
Takpelah rezeki kan.
Kitorang borak borak lah.
Tau tau je die dah nak kawin bulan 9 ni lepas raya.
Takleh jadik ni die kawin dulu dari kita.
Haha. Dah jodoh kan.

Nih kita ade amik gambar ngan die tadi.
gembira gembira^^

k lah kawan kawan.
Kita nak tido, sok nak keja.
bai bai.
salam.

Thursday, July 1, 2010

Gaji Pertama!

Assalamualaikum!!!

hai korang korang.
rindu gila dekat belog ni.serius.
hehe.takde mase dah nak update.
ececece.belagak gila kan.
haha.
Bukan taknak update, tapi balik keje je dah penat.
Lagi lagi i bawak moto kan.
Memanglah penat meredah hutan belantara, jalan berlecak,
bukit bakau,paya payau.haha tipu je.

So i tak mahu meraban terlalu jauh.
Jom membaca.

Hari ni kan dah masuk bulan tujuh.
So dah cukup bulan lah kan.
Bukan cukup bulan mengandung ye.
Cukup bulan i keje.teehee^^

Jadi bila dah cukup bulan tuh faham faham je lah kan..
Gaji pun masyuk!eh tak masyuk sangat pun.
Biasa je cukup untuk menampung anak bini kat uma.
bahaha.

korang tau tak!I PUNYA lah excited dapat first month gaji nih.
gembira gila.
Yelah first month gaji kan.
Dah mula dah berangan nak beli iphone 4.
hahaha.
Bukan takat berangan nak beli tuh je,
saat keluarkan duit dari bank  ingat nak je terus pergi NAZA Automobile.
Nak amik alphard satu. Yelah aku kan dah ada gaji.
Nanti dah ada alphard tuh boleh jalan jalan dengan elin syera ngan zyra.
Sebab kete kecik skg tak muat.Masing masing dah gemok.haha

Toinkk!
Amik ko kena ketuk dengan senduk.Padan muka.
Gaji baru seciput ko nak berangan lebih.

Hukhuk.NAk berangan pon tak boley ke?
T_T

OKeylah.HAkikatnya..
Gaji bulan pertama ni banyak dilaburkan untuk hutang piutang.
haha.
Umur baru 21 dah banyak hutang.
Teruk teruk teruk.ish ish.
Bukan hutang along ye kawan kawan.
Tapi hutang kat mama.
Yelah kan, nak start keje hari tuh kan tak banyak duit.
Okey tipu,bukan tak banyak, memang tak ada.
haha. So buatlah loan FAMA a.k.a loan fader mader.
Tu yang hari hari ma tanya gaji masuk bila.
NAk buat perhitungan.wawawa.

Takpelah.Sekarang nih dah besar siket,
So inilah masanya nak belaja berdikari sambil gembira.

Bila dapat gaji pertama ni mulalah buat perhitungan ape semua.
Kira berapa banyak perbelanjaan untuk bulan akan datang.
So the rest of money boleh kita enjoy!
eh eh. Tak bleh enjoy
simpan untuk kawen.sigh*
teehee^^

Tapi i sangat gembira sebab i dah bayar hutang bil telifon yang i tak pernah guna.
Pelikkan tapi benar.
Atleast now i dah tak perlu ingat lagi pasal hal ni sebab semuanya dah setel.
Yay!!!


Walaupon ada hal yang tak best ketika ni,
i masih lagi boleh bergembira dengan bestie i!
Gi makan kfc, g karoake. dan lain lain.
haha.
Yelah dorang dah nak sambung degree mggu depan!
So i akan keseorangan tanpa mereka semua.
*padahal dorang smbung degree dekat shah alam je ponk.
gedik lebih.haha

K lah.nak chiaww dulu.
Sok keje.teehee^^
Tak saba nak upload photo konvo haitu.

bai bai.