click it

Saturday, July 17, 2010

Mencari Cinta Sejati

Susahkan nak dapat cinta sejati?

Saya ingat saya dah jumpa cinta sejati saya.
Tapi rupa rupanya belum lagi.
Bukan senang nak dapat.
Saya tak tahu apakah kriteria yang sesuai untuk mendapatkan cinta yang betul betul sejati.

Bagi saya,
Dia cintakan saya,
Dan saya pun cintakan dia dah cukup memadai.
Rupanya, cinta sahaja didalam perhubungan tidak cukup saama sekali.

Angan angan cinta bahagia saya ialah
bila kekasih saya sangat sayangkan saya..
Dia sangat ambil berat bila saya sakit.
Dia kesiankan saya kalau saya ada masalah.
Dia sanggup berkorban apa sahaja untuk saya.
Dia sanggup melindungi saya.
Dan yang paling penting die jaga hati saya.

Dan saya pula sentiasa nak dia belai saya
dengan penuh kasih sayang.
Saya nak dia bagi sepenuh perhatian pada saya.
Saya nak dia ada kat sisi saya  pada tiap masa yang saya perlukan.

Saya tak mahu sekali kali dia cakap benda yang tak baik pada saya.
Saya tak mahu dia tuduh saya bukan bukan.
Saya tak mahu dia curang dengan orang lain.
Saya tak mahu dia lupa janji manis dia masa dia nak tackle saya dahulu.

Complicated kan permintaan saya ni?
Annoying gila tak bila baca?
Saya pun rasa macam tu skit sikit.

Keterlaluan kan semua ni.
Saya sedar saya siapa,
Tak layak untuk mendapat kebahagiaan macamni.
Yelah saya pun tak perfect,
Macamana pulakkan saya nak dapatkan cinta yang sempurna macam tu.

Saya sangat sayangkan dia.
Terlalu sayang.
Saya tak pernah sayangkan orang sampai macam ni.
Saya belum bersedia lagi untuk kehilangan dia.
Saya cuba untuk menjadi yang terbaik untuk dia.
Saya cuba untuk menurut segala kemahuan dia.
Tak salahkan untuk dia turut segala kemahuan saya sekali sekala.
Saya nak kan dia ambil berat tentang saya.
Saya nak bila saya sakit, dia pujuk saya.
Tapi perkara ni dia dah tak pandang lagi.
Saya selalu terfikir saya ni ada lagi tak dekat hati dia?

Saya terkenang masa mula mula saya bercinta setahun lepas.
Dia sangat ambil berat tentang saya.
Paksa saya makan ubat bila saya sakit.
Pastikan saya makan ubat ikut time.
Sentiasa pastikan saya sihat sepanjang masa.
Bahagianya ketika itu.
Saya dah tak jumpa karakter ni dalam diri dia.


Saya tak mahu apa apa.
Selain diri dia yang sama pada 22 ogos 2009.
Saya hanya nak dia ketika ini.


Jika benar suratanMu Ya Allah,
tertulis yang aku bukanlah untuknya,
Kau tutuplah pintu hatinya untuk diriku,
Dan kau hilangkanlah pandangannya dari melihatku.
Kurniakanlah dia seseorang yang akan mengubati segala kelukaan hatinya.

Amin Ya Rabbala'lamin





1 comment: