click it

Saturday, December 25, 2010

Semangat Final Piala Suzuki AFF!

Boleh boleh!
Malaysia Boleh!
Boleh Boleh!
Malaysia Boleh!

Haa..
Semangat tak!
Malaysia masuk final ouh Piala Suzuki pukul 8 karang!
Biarpun aku bukan hardfan bola bola nih,
Tapi disebabkan Malaysia masuk final tetibe jeh aku jadi penasaran!
Semangat gila tahu tak!



Bukan senang oh Malaysia nak masuk final.
Before nih Piala Suzuki Swift eh Suzuki AFF,
Malaysia sampai peringkat kumpulan je an an..
*betolkan kalau aku salah
Tapi tahun ni Kita*mewakili Satu Malaysia dapat masuk final!
Yeayy!!
Terel tak terel pemain bola kita nih!
Jangan pandang sebelah mata ea!
Cungkil mata lagi sebelah baru tahu!

Tapi tak mahu cakap besar,
pasai pa..lawan kita sat gi bukan calang calang nye orang tau!
Indonesia beb!Garuda!
Cuak gak!Takot dorang pakai bomoh je nanti.
Sekali sembur habes semua!
Haha.


Yang aku tahu pemain Malaysia mesti berjuang gila vavi nya!
Harapan kitorang kat kaki and otak u'ollss okey!
 Wa caya sama lu lah Malaysia!

Yang pastinya aku akan tengok korang dekat LCD screen sahaja!
Sebab kena kerja wehh!!Bangla pon cuti tengok bola.
Aku lak kena kerja.
sob sob nasib tidak menyebelahi ku untuk berada di stadium!
Jangan isau Team Malaysia!
Doa dan harapan ku mengiringi game korang!

Semoga Berjaya Team Malaysia!


Monday, December 20, 2010

Blog Hanis Zalikha Memang Terbaikk! Arsenal Pon Kalah kot!

Ha cube korang bukak mata beso beso siket!
Hanis Zalikha top 3 carian Yahoo! dah weh!
Arsenal pun kalah no 4 tau!!
Menangis lah kau wahai peminat arsenal!
Baru je aku cek tadi dalam lebih kurang pukul 12.00 am 21/12/2010!
Harituh top 6 carian Google!Now Yahoo pulak!
Memang mantapp!






SEE???
 
Aku tiap buh love love lagi!
Memang aku like gila gila nya!
inibelogsaya  memang best!
Content die memang brilliant.
Dah tuh humble lagi cara penulisan Hanis.
Seronok baca!
Pulak tuh HZ nih memang cantik!
 
Congrtaz to you Beauty with the brain!
Hanis Zalikha!

Sunday, December 19, 2010

BLACKBERRY RM 99??

BLACKBERRY RM 99??



Biar betik...
gosok gosok mata jap.

Betik beb..ade blackberry 99 je

Tapi Limited edition lah!

Siapa yang before nih yang rasa tak mampu nak pakai blackberry ori,
Yelah Blackberry biasanya orang  buat bisness je kot boleh pakai,
Harga mesti seribu lebih keatas punya.

"Tapi sekarang kalau korang mati hidup balik pun berbaloi baloi beb..
Pasal dekat Maxis sekarang ada Blackberry RM 99 je"


Ada Year End Sales.Korang click sini eh kalau nak tahu lebih lanjut pasal sales blackberry nih.

Lepas tuh bukan ada blackberry je,
Henpon nokia pun ada.
X6 16G kot dengan harga RM 699
Original Nokia Okey!!
Rugi aku beli awal awal hari tuh =="

Ada lagi macam macam handphone yang dijual denga harga baik punya!!
Rugi siot kalau korang tak pergi usha!

Pergi je Maxis website okey!

Tapi korang kena cepat cepat lah..
Pasal Sales ni start dari
9 Disember 2010 sampai 9 Januari 2011 je tau!

Hanya certain maxis centre je join sales ni.

Central Region
  • KLCC
Southern Region
  • Danga Bay
  • Taman Molek
 Northern Region
  • Penang i-Center
  • Prai
  • Queensbay Mall
  • Ipoh
  • Alor Setar
 Sarawak
  • Kuching
 Sabah
  • Warisan Square


So kalau korang nak cekidaut apa apa tentang sales nih,
Korang contact je Customer Services or korang boleh berjalan kaki ke Maxis Centre sendiri okey!

Cepat!korek tabung!!

Yukkkkkk!!!!!


Wednesday, December 15, 2010

de'Party 21!

Cehh..title nak de'Party bagai.
Bajet macam parti besar besaran lak macam kat hollywood tuh.
haha^^

Padahal biasa je.
Sambut kat rumah dengan orang tersayang.
Setiap tahun macam ni,tak pernah miss buat.
Kalau tak buat nanti merajuk macam budak budak,
tergolek golek mogok tak mahu makan selama setengah hari.--"

Rasa sangat gembira sebab ketika meraikan lanjutnya usia yang ke 21 ini
Orang orang yang tersayang masih berada di sisi.
Bersyukur padamu YA ALLAH.

Okey lets straight to the checkpoint!

Pagi tuh habeskan masa dengan halim di Mid.
Best sangat sangat!
Terharu halim buat suprise.
Sampai rasa nak marah.
At last sweet je.
Thank you sweetheart.

 aiipp!Suka wat muka camni eh!Biase dia!



Yang bestnya kali ni semua dah berpakat bagi hadiah sama kaler.
Taklah semua bagi hadiah.hehe

Betol tak cakap?
 Dorang ni perli haku hape.

Inilah antara mereka yang datang.
Macam ramai je kan bila sebut antara.
PAdahal dorang nih je datang.haha

Ketika kejadian berlaku.





Paham tak aku sayang kau orang?

Yeay!Tradisi suapan menyuap tersuap saban tahun diadakan!
i loike beri beri much!
Sayang abah dan mama selamanya=)

Seriosly have fun.
Memang majlis biasa sahaja.
Doa selamat dan nyanyian lagu negaraku.eh lagu hepi birthday.
Tapi lagi meriah kalau semua adik beradik berkumpul.
Macam dulu dulu.
Seronok sangat.
Tapi sekarang, ajoi dah belayar, kak ija dah kawen, akak kadang kadang busy.
So memang takde can lah nak kumpul reramai lagi.
Tapi haritu ajoi ade call sehari sebelum birthday,
Masa ni dia ada di perairan Selat Melaka,So dia sempat wish.
Sayu je.
Ajoi siap bagi birthday gift in advance,tiga pasang kasut^^
YEAY!Gembira sesaja.
Kak ija pon sama dia call je cakap nak hadiah apa,
nanti dia balik dia bagi.
Tak kesah sebenarnya hadiah tuh,
Yang penting kasih sayang antara kitorang tak pernah luntur even kitorang 
gaduh macam nak perang dunia keempat.
Ish rasa nak nangis pulek.

Tak mahu sedih sedih.
MAri sambung.

Okey part paling best!Bukak hadiah!
Weehuu!
Lets cekidaut!
Nampak tak bayi berbulu nih?
nilah halim bagi.
comel gila kot!

Dienya kezutan ni memang semart gila.Terkezut makk nokk.
Memang buat aku panas hati sebelum tahu ape dia nak buat masa ni.
time tuh dah nak balik kot,tengah cari parking.
Dahlah kaki melecet gila gila.Penat pusing cari parking.
Dia boleh lak cakap lupa tempat parking.
Rupa rupanya bukan lupa parking,
Dia lupa tempat dia sorokkan hadiah
Haha.Kelakar betol.
Bytheway sayang, i will keep this memory.
I Love You

Here got gift from Syera, Elyn and also my second mother, Mak Raja
Terima kasih semua untuk ini.
Aku hargai sangat sangat.
Ukurannya bukan pada hadiah,
Ia terletak pada hati.
Thanks sangat.I love u all.

Thanks to my bro,abg fitri sudi datang even berada dalam kesulitan.
Tenkiu abang..^^


Ni je tatapan untuk kau orang.
Kalau suka baguss..
Tak suke??
Voley Velahh..
Daa...


Saturday, December 11, 2010

21 Tahun Yang Bermakna!


Hi.

Aku bakal menginjakkan kaki,tangan,kepala serta seluruh anggota badan termasuk gigi palsu
ke umur 21 tahun 13 Disember nih!
Dalam erti kata lain nak bagi tahu yang birthday aku dah dekat!haha.
Nak hadiah voley?
Tolong hantar dekat ghumah ea?T itew bagi alamat tau.

Haha.ngade. macam kanak kanak lagikan mintak hadiah dekat orang!

Okey takmoh cite panjang panjang lagi.

Nih nak listkan apesal 21 tahun ni sangat bermakna bagi gwa!
 

1st and foremost!
Cewahh abah mama bersanding lagi..weewiiit!

Ada mama dengan abah yang best!
Tak pernah abaikan persekolahan aku even aku tak pandai.
Tak pernah tak bagi makan.
Tak pernah miss bagi duit belanja.
Selalu tinggalkan duit lebih kat rumah untuk belanja sekolah petang.
Sebab lepas sekolah pagi mesti duit abes punya. Banyak habis beli sagun.haha.sedap.
Selalu gosokkan baju kalau dah lambat.
Selalu ajar bertanggungjawab kalau dah buat salah.Tapi kadang kadang selalu salahkan adik.haha
Selalu ajar berdikari. Bayokan duit belajar lesen moto dan kereta sampai sekarang dah jadi rempit yang berjaya.HAHAHA.ok tipu je.tak baik merempit.
Selalu bagi duit raya.
Dan macam macam selalu lagi.
Mama Abah selalu di hati:)


2. Ade adik beradik yang best
Even selalu kena buli dengan abang fitri.wuwuwu
Selalu suruh kunci pintu pagar time pukul 12 malam.
Die dekat dalam rumah,then jerit "Ada hantu ada hantu!"
Then aku menjerit bagai nak gila sambil kena gelak dengan adik beradik yang lain.
macam bangang je.
Yang paling bestnye selalu dapat hadiah bila time birthday!yay!
Even bukan hadiah yang mahal, tapi tuh merupakan kasih sayang antara kami adik beradik.
Sayang kamu semua wahai abang abang dan kakak kakak serta adek ku:)




 Kejadian berlaku pada 15.10.2010.
Pertambahan ahli keluarga baharu:)
Tahun depan bertambah ahli lagi.
Insyaallah^^

3. yay dah sampai yang ketiga!Ada Teman baik
Sebelum hadirnya Halim, dorang nilah yang bertakhta kat hati aku!
InsyaAllah selamanya dorang akan ada kat hati ni!
Penuh bermakna ada korang dalam hidup aku.
Syazleen,Syera dan Zyra.
Apa pun yang terjadi, aku tetap sayang korang sampai bilabila!!!

 ILY girls!


4. I do have a lover.
He's only the one for me!
Halim!
I love you so much dear!
Thanx because you make me happy:)

4. Aku dapat jugak pegang skrol diploma even dalam tu takde mende pun.
haha. Diploma dalam pengurusan risiko.
Bersyukur sangat sangat even tak setanding adik beradik aku yang lain.
Lepas ni nak tanam azam sampai berbunga bunga untuk pegang skrol ijazah pula.
InsyaAllah:)
Exclusive nih!
Kat kedai takde.haha
Yeah Cuti cuti sebelum habis study!
Rindu u guys!


5. Aku dapat kerja dengan maxis 7 JUN 2010!




 Nih masa tengah kerja.
Sahaja bergambar begini^_^


Yay!alhamdulillah dapat merasa duit sendiri.
Seronok lah tuh abah!
Kita tak mintak duit dia dah.kadang kadang.^-^

Dan bila dah kerja, terkeluarlah benda ini secara sengaja:)

haa.dasat tak dasat kerja kat maxis je voleh ada ferrari.
kau ada?
haha

Okey fine.Tipu je. Yang mampu milik adalah seperti tertera dibawah.



                                      Yeah!kaler pink lagi!WAJIB!

Kejadian diatas adalah antara yang bermakna pernah terjadi dalam hidup aku.
Aku sangat berharap menginjaknya aku ke umur yang baru akan lebih mematangkan kehidupan aku.
Serta menjadi anak yang solehah serta mampu membahagiakan kedua ibu bapa aku.
Aku juga berharap untuk menjadi orang yang berguna pada nusa dan bangsa!
Hidup Satu Malaysia! eh tetibe.haha

Boleh menang Surat untuk PM nih.haha.

Okey dear,
sampai sini jeh!

How about u guys?

Thursday, December 9, 2010

Cabaran Berkhidmat Untuk Pelanggan

Skema gila doh ayat.lol~

Bukan khidmat pelanggan GRO ye!
Nih Customer Service.

7/12/2010 genap aku kerja selama 6 Bulan sebagai Konsultan di Maxis!Yeay!
Dah setengah tahun dah.
macam macam dah get thru sepanjang kerja dekat sini.
Tahu jelah kerja untuk customer,
Kena marah maki tuh semua dah biasa.


Tapi aku belum pernah nangis bila customer maki macam nak mampos.
Cume kecot perot je,
Dorang kalau marah seakan akan dorang tuh boleh masok thru telefon pastu dia nak hayun aku ngan kayu besbol.--"
huh,sadis sadis
Sampai macam tu sekali rasa.
Nak pas dekat supervisor, dorang tak nak amik,
ayat biasa dorang bagi kat aku,

"U need to manage the customer"
Aduhh.sakit ohh nak dengar customer to maki maki.

Biasalah masalah yang dorang hadapi pasal bil.
Bil tinggi lah, internet tak guna macam mana ada cas untuk internet.
pening gak kepala nak jawab.
Kadang kadang Customer tak sedar yang dorang tertekan button internet, tu yang kena cas.
kadang kadang tuh memang dah guna tapi tak mahu bayar. Komplen je banyak banyak.

Nak buat macam mana,dah aku memang di bayar untuk layan kerenah pelanggan.
Memang gaji dirang bagi agak masyuk, kadang kadang tu ade orang dapat gaji almost 4k 
untuk kerja nih.
Tapi kena tahan maki lah.haha

Ade satu hari tuh pagi pagi customer call marah marah.

"What is the fucking problem with maxis,what is the hell bla bla..shit bla bla bla..dan sebagainya.."

Pagi pagi doh dah kena maki.
Bengang gila,
tapi demi menjaga periuk, aku hanya mampu berserah da mendengar segala cacian yang dilemparkan terhadapku, eh terhadap maxis.

Aku just cakap yes,yes, Sorry for the inconvenience caused,yes and yes.
At last customer cakap sorry sebab maki maki aku.
But yang tak tahan tuh,
Lepas die cakap sorry ada sambungan pulak

"Sorry because of using the vulgar words, BUT u DESERVE it!"

Tak ke macam bangang.
Die cakap U pulak tuh.
Maknanya dia cakap aku deserve dapat kejian dari dia!!

Kuajo betol!
kuajo kuajo.*sambil gelengkan kepala.

Ni laah member kerja aku.okey tipu je.
Curik dekat yahoo image.

Takpelah.
Nak buat guano kan.
Dah ni kerja aku.
By the way,
kalau nak tahu,every month ade 2 intake untuk kerja kat sini.
Pasal ramai yang tak tahan pressure,then quit.
Lagi satu ade jugak yang dapat tawaran kerja lagi baik.
Ada jugak yang lepas graduate just nak cari kerja sebelum dapat kerja yang bersesuaian kerja dekat sini dulu.
Sebab pe tau sebab gaji yang die bagi agak menarik for graduate students!
hihi.

Satu lagi cabaran ialah tak boleh nak reveal customer information.
So aku ni penyimpan mohor  rahsia terbesar di Maxis!
haha.propa je.

Takdelah memang tugas aku simpan info customer,
Ada sekali tu ade husband nak check acc wife sebab tengah syak yang wife die ade scandal.
Tapi aku tak boleh check even itu adalah wife dia!
Die merayu rayu sampai nangis.
Tak tipu doh.
Serius.
Rasa macam nak bagi,
Tapi teringat bos cakap, once aku reveal information customer kepada pihak ketiga,
Kena terminate dari kerja immediately!

Mampos langsong tak boleh cari kerja lain.
Then aku cakap dekat die,
"Mintak maaf sangat Encik,saya memang tak boleh bantu"

At last die pasrah pasal aku tak boleh nak tolong.
Then yang tak voleh tahannya,
Dia bagi aku nombor suruh call dia lepas abes kerja.
Dia suruh aku dengar luahan hati dia.
heeee..TAK MAHUU!

TAPI kalau yang call tuh Fahrin Ahmad nak gak aku call balik.bahahah.

Tulah die kerja sebagai konsultan nih.
Macam macam hal.

Entah entah aku pernah jawab call korang kot?
Mana tau kan.
Kalau agak agak dengar nama shikin tuh, aku lah tuh!
So sila lah bagi rating 5!
hehe^^


K babai.
ni je.
nak sambung kerja lagi!

p/s*Kalau korang nak call service centre even bukan maxis pun, korang cakaplah baik baik k,
sebab yang jawab tu pin manusia jugak,ada hati. So nanti for sure service centre bagi service yang baik punya!kalau yang tak baik tuh korang komplen je!Tapi jangan komplen sal aku!
haha

k kali ni betul betul punya bai.

k bai!

Monday, December 6, 2010

Service Perodua Sangat Menghampakan!

Dah lah lambat!


Cas yang bukan bukan pulak tuh!

Haihh!!Sakit nya hati.

Aku pergi servis kereta Myvi Pink aku semalam sempena dah mencecah 1000 km pertama.

Sebelum ni ada gak dengar ura ura kalau servis kat perodua memang mahal.

Tapi disebabkan dengar cakap agent yang dok jual Myvi nih kat aku, Die kate baik pergi

perodua servis. Tak mahal pun, Dekat luar lagi mahal.

Dia siap cakap kena bayar untuk tukar minyak hitam je. RM 80 pun tak sampai!!

Okeylah..aku pun dengar cakap dia.

Cukup je seribu semalam, aku pergi lah Servis Centre dekat Shah Alam.

Aku sampai dalam pukul 12.30 tengahari.
Letaklah buku servis dekat desk dia.
Dalam 5 min pastuh agent dia panggil.

"SITI NUR ASHIKIN Bt HANIPAH WUP 7***"

Aku pun terkezut dia panggil, sebab die macam jerit kat aku.

Then die suh kua. Dia tanya nak tunggu sini ke nak balik.

Aku tanya die, lama sangat ke.

Die kate lame. Pukul 5 baru siap.

WHAT THE?????

em..takpelah saya balik dulu.
nanti call saya kalau dah siap.

Pukul 5 kot siap.Lama gila bab nak kena tunggu.
Tunggu dari pukul 1 tengahari.
Hari isnin kot. Bukan hari ahad.
Kalau hari ahad tuh takpelah jugak.
TAk beragak betol.

Lagi pun kereta tu baru,
ape je yang nak ditukarnya lagi.
Tukar minyak hitam je dah lah!

Pukul 5.30 aku datang ambil kereta sebab agent tuh dah call.
Memang dah bajet dalam RM 100 lah sebab dalam 3 bulan lepas,
akak aku beli myvi satu,mase die pergi first servis die kena cas dalam
RM 140.
Tu pun sebab die tak bawak coupon servis, agent tu sendiri cakap
kalau bawak coupon servis tak sampai RM 100 pon.
Legalah jugak bila akak aku cakap camtuh.

Then bila nak bayar tuh,
Dia bagi invoice dengan bangganya tunjuk

 RM 177.70!!

WHAT THE???lagi sekali!

Bengang siyot..
Kalaulah kereta aku nih dah 2 tahun pakai ke die servis kereta sampai mahal camni takpe gak,
Nih baru 2 minggu je kot.
Gila!

Tengok kat resit tuh die basuh kereta lah,
print screen lah*aku pun tak tawu bendalah ape ni,
semua benda ni aku tak suruh pon!
Selamba je die cas dengan meriah.

Cuci kereta RM 8 je tau dekat luar,
Dia boleh cas RM 13.
Memang panas hati!

Mentang mentanglah aku perempuan yang lembut*annoy
Die sesuka hati cas aku banyak!

Takpe takpe.
Lepas ni nak g servis kali kedua nak suruh abah yang pergi.
Nak tengok dia ada bran tak nak cas mahal mahal!!

Dear Perodua Servis,

From the servis that u given,

Rating From 5 which is the best and 1 which is the bad servis,

I give u 0.5 !

I think u all should do something to improve your services!

************************************************************************