click it

Thursday, December 9, 2010

Cabaran Berkhidmat Untuk Pelanggan

Skema gila doh ayat.lol~

Bukan khidmat pelanggan GRO ye!
Nih Customer Service.

7/12/2010 genap aku kerja selama 6 Bulan sebagai Konsultan di Maxis!Yeay!
Dah setengah tahun dah.
macam macam dah get thru sepanjang kerja dekat sini.
Tahu jelah kerja untuk customer,
Kena marah maki tuh semua dah biasa.


Tapi aku belum pernah nangis bila customer maki macam nak mampos.
Cume kecot perot je,
Dorang kalau marah seakan akan dorang tuh boleh masok thru telefon pastu dia nak hayun aku ngan kayu besbol.--"
huh,sadis sadis
Sampai macam tu sekali rasa.
Nak pas dekat supervisor, dorang tak nak amik,
ayat biasa dorang bagi kat aku,

"U need to manage the customer"
Aduhh.sakit ohh nak dengar customer to maki maki.

Biasalah masalah yang dorang hadapi pasal bil.
Bil tinggi lah, internet tak guna macam mana ada cas untuk internet.
pening gak kepala nak jawab.
Kadang kadang Customer tak sedar yang dorang tertekan button internet, tu yang kena cas.
kadang kadang tuh memang dah guna tapi tak mahu bayar. Komplen je banyak banyak.

Nak buat macam mana,dah aku memang di bayar untuk layan kerenah pelanggan.
Memang gaji dirang bagi agak masyuk, kadang kadang tu ade orang dapat gaji almost 4k 
untuk kerja nih.
Tapi kena tahan maki lah.haha

Ade satu hari tuh pagi pagi customer call marah marah.

"What is the fucking problem with maxis,what is the hell bla bla..shit bla bla bla..dan sebagainya.."

Pagi pagi doh dah kena maki.
Bengang gila,
tapi demi menjaga periuk, aku hanya mampu berserah da mendengar segala cacian yang dilemparkan terhadapku, eh terhadap maxis.

Aku just cakap yes,yes, Sorry for the inconvenience caused,yes and yes.
At last customer cakap sorry sebab maki maki aku.
But yang tak tahan tuh,
Lepas die cakap sorry ada sambungan pulak

"Sorry because of using the vulgar words, BUT u DESERVE it!"

Tak ke macam bangang.
Die cakap U pulak tuh.
Maknanya dia cakap aku deserve dapat kejian dari dia!!

Kuajo betol!
kuajo kuajo.*sambil gelengkan kepala.

Ni laah member kerja aku.okey tipu je.
Curik dekat yahoo image.

Takpelah.
Nak buat guano kan.
Dah ni kerja aku.
By the way,
kalau nak tahu,every month ade 2 intake untuk kerja kat sini.
Pasal ramai yang tak tahan pressure,then quit.
Lagi satu ade jugak yang dapat tawaran kerja lagi baik.
Ada jugak yang lepas graduate just nak cari kerja sebelum dapat kerja yang bersesuaian kerja dekat sini dulu.
Sebab pe tau sebab gaji yang die bagi agak menarik for graduate students!
hihi.

Satu lagi cabaran ialah tak boleh nak reveal customer information.
So aku ni penyimpan mohor  rahsia terbesar di Maxis!
haha.propa je.

Takdelah memang tugas aku simpan info customer,
Ada sekali tu ade husband nak check acc wife sebab tengah syak yang wife die ade scandal.
Tapi aku tak boleh check even itu adalah wife dia!
Die merayu rayu sampai nangis.
Tak tipu doh.
Serius.
Rasa macam nak bagi,
Tapi teringat bos cakap, once aku reveal information customer kepada pihak ketiga,
Kena terminate dari kerja immediately!

Mampos langsong tak boleh cari kerja lain.
Then aku cakap dekat die,
"Mintak maaf sangat Encik,saya memang tak boleh bantu"

At last die pasrah pasal aku tak boleh nak tolong.
Then yang tak voleh tahannya,
Dia bagi aku nombor suruh call dia lepas abes kerja.
Dia suruh aku dengar luahan hati dia.
heeee..TAK MAHUU!

TAPI kalau yang call tuh Fahrin Ahmad nak gak aku call balik.bahahah.

Tulah die kerja sebagai konsultan nih.
Macam macam hal.

Entah entah aku pernah jawab call korang kot?
Mana tau kan.
Kalau agak agak dengar nama shikin tuh, aku lah tuh!
So sila lah bagi rating 5!
hehe^^


K babai.
ni je.
nak sambung kerja lagi!

p/s*Kalau korang nak call service centre even bukan maxis pun, korang cakaplah baik baik k,
sebab yang jawab tu pin manusia jugak,ada hati. So nanti for sure service centre bagi service yang baik punya!kalau yang tak baik tuh korang komplen je!Tapi jangan komplen sal aku!
haha

k kali ni betul betul punya bai.

k bai!

3 comments:

  1. wah, ssh nyer keja ni..
    klu sy, xsmpai 1 ari msti da behenti..
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. keje sungguh2 mesti dapat ferrari punye..hehehe.epi besday!!

    ReplyDelete