click it

Monday, December 6, 2010

Service Perodua Sangat Menghampakan!

Dah lah lambat!


Cas yang bukan bukan pulak tuh!

Haihh!!Sakit nya hati.

Aku pergi servis kereta Myvi Pink aku semalam sempena dah mencecah 1000 km pertama.

Sebelum ni ada gak dengar ura ura kalau servis kat perodua memang mahal.

Tapi disebabkan dengar cakap agent yang dok jual Myvi nih kat aku, Die kate baik pergi

perodua servis. Tak mahal pun, Dekat luar lagi mahal.

Dia siap cakap kena bayar untuk tukar minyak hitam je. RM 80 pun tak sampai!!

Okeylah..aku pun dengar cakap dia.

Cukup je seribu semalam, aku pergi lah Servis Centre dekat Shah Alam.

Aku sampai dalam pukul 12.30 tengahari.
Letaklah buku servis dekat desk dia.
Dalam 5 min pastuh agent dia panggil.

"SITI NUR ASHIKIN Bt HANIPAH WUP 7***"

Aku pun terkezut dia panggil, sebab die macam jerit kat aku.

Then die suh kua. Dia tanya nak tunggu sini ke nak balik.

Aku tanya die, lama sangat ke.

Die kate lame. Pukul 5 baru siap.

WHAT THE?????

em..takpelah saya balik dulu.
nanti call saya kalau dah siap.

Pukul 5 kot siap.Lama gila bab nak kena tunggu.
Tunggu dari pukul 1 tengahari.
Hari isnin kot. Bukan hari ahad.
Kalau hari ahad tuh takpelah jugak.
TAk beragak betol.

Lagi pun kereta tu baru,
ape je yang nak ditukarnya lagi.
Tukar minyak hitam je dah lah!

Pukul 5.30 aku datang ambil kereta sebab agent tuh dah call.
Memang dah bajet dalam RM 100 lah sebab dalam 3 bulan lepas,
akak aku beli myvi satu,mase die pergi first servis die kena cas dalam
RM 140.
Tu pun sebab die tak bawak coupon servis, agent tu sendiri cakap
kalau bawak coupon servis tak sampai RM 100 pon.
Legalah jugak bila akak aku cakap camtuh.

Then bila nak bayar tuh,
Dia bagi invoice dengan bangganya tunjuk

 RM 177.70!!

WHAT THE???lagi sekali!

Bengang siyot..
Kalaulah kereta aku nih dah 2 tahun pakai ke die servis kereta sampai mahal camni takpe gak,
Nih baru 2 minggu je kot.
Gila!

Tengok kat resit tuh die basuh kereta lah,
print screen lah*aku pun tak tawu bendalah ape ni,
semua benda ni aku tak suruh pon!
Selamba je die cas dengan meriah.

Cuci kereta RM 8 je tau dekat luar,
Dia boleh cas RM 13.
Memang panas hati!

Mentang mentanglah aku perempuan yang lembut*annoy
Die sesuka hati cas aku banyak!

Takpe takpe.
Lepas ni nak g servis kali kedua nak suruh abah yang pergi.
Nak tengok dia ada bran tak nak cas mahal mahal!!

Dear Perodua Servis,

From the servis that u given,

Rating From 5 which is the best and 1 which is the bad servis,

I give u 0.5 !

I think u all should do something to improve your services!

************************************************************************

2 comments:

  1. wa.... yeke?? Sy baru ingat nak p service esok...mahalnye....dia tukar ape je?? wa....mahalla....huhu.... sy pun baru 2 minggu guna kete tu... huhuhu

    ReplyDelete
  2. JANGAN SERVIS KAT DMM SHAH ALAM, MAHAL GILER..sebab dia ambik untung atas barang2, baik p PERODUA servis ori punya

    ReplyDelete