click it

Saturday, December 24, 2011

Kahwin

Betul ke nak kahwin ni susah?

Kenapa nak buat dosa senang?

Kenapa bila nak buat perkara yang halal macam macam halangan?

Kenapa banyak sangat alasan bila bertanya pasal kahwin?

KENAPA??

Saturday, November 26, 2011

Bosan

Sekarang aku baru dapat faham situasi bosan sebenar seperti yang mak aku rasa.
Bila suami tak ada dekat rumah,
Duduk sorang sorang,
Tak ada tempat nak luah perasaan,
Makan sorang sorang

Memang sakit.

Dan itu yang aku rasa sekarang.
Cuma bezanya aku tak ada suami lagi.

Aku cuti tiga hari ni.
Aku bajet bapak aku ada dekat rumah
So bolehlah merayau rayau dengan mak aku sekali pergi PD ke
Naik genting ke,
Balik kampong ke.

Tapi hampehh.
Bapak aku pulak sibuk hujung minggu ni.
Pergi kenduri kawen anak member dia ja. Pakai baju kurung.
What a bored!!

Member pulak sorang pergi seminar,
Sorang pergi penang class trip,
Sorang dok teman mak pergi shopping.

Aku??
Duduk rumah tengok muka mak aku. Mak aku tengok muka.
Dia pon dah bosan agaknya tengok muka aku.

Boyfriend?
Dia sakit.
Haritu sakit telinga.
Kali ni demam.
Orang jarang sakit tapi sekali dah kena memang amik masa lama nak baik.
Kesian dekat dia.
Takkan aku nak mintak dia layan aku je. Bila nak baik demam dia??


Demmmm boring gila cuti hujung tahun gini.

Takkan aku nak online je.

Okey syera aku pun dah paham perasaan kau bila cuti panjang ituhari bila kau duduk rumah terkangkang sorang sorang.
Aku pun terkangkang sorang sorang ni.
Padan muka aku.

K lah. Nak pergi nangis kejap meratapi hari kebosanan dunia.

Bai

Tuesday, November 15, 2011

Penantian berakhir.

Seronok tahu tak bila TMJ reply my tweet.
Rasa nak guling guling lepastu senyum tak berhenti. Boleh tak? Haha

Tahu kenapa gembira sangat?
Sebab dah dua hari asyik tweet dia satu hapa pon dia tak reply.

Sedih mak nok.

Tapi.. Em tadi kan.. Tadi kann * sambil pintal pintal bantal* TMJ reply tweet kita.
Kita sukaa sangat sangaaaaaaaat!

Tahu tak apa dia jawab?

Tengoklah bawah nie

K bai.hikhik

Sunday, November 13, 2011

Pieces of Appreciation


My mom. She love flowers damn much. Please dont cry anymore Ma. We always beside you :')

For My Syera. Its her birthday. 

For my angel's. Their birthday.

For my lover.


I am happy that all of you are there for me.
Thanks my sayangs.

Tuesday, October 25, 2011

Next to you lyrics


Ok this is my favourite song*for the time being lah* Tah kenapa i really like that budak bieber sing this song. Awesome habesss and i curik this lyric from kovideo. Jangan marah okay :)
Okay mari bersiul bersama sama.


Chris brown)

You've got that smile
That only heaven can make
I pray to god everyday
That you keep that smile

(Yeah)

(Justin bieber)

You are my dream (you are my dream)
There's not a thing I wont do
I'll give my life up for you
Cuz you are my dream

(Together)

And baby everything that I have is yours
You will never go cold or hungry
I'll be there when you're insecure
Let you know that your always lovely girl
Cuz you are the only thing that I got right now

Chrous:

One day when the sky is falling
I'll be standing right next to you (right next to you)
Nothing will ever come between us
Cuz I'll be standing right next to you (right next to you)

Verse 2:

(Chris brown)

You have my child
You would make my life complete
Just to have your eyes on a little me
Lyrics provided by http://www.kovideo.net/
Source - http://www.kovideo.net/next-to-you-lyrics-chris-brown-1224285.html

(Justin bieber)

Thatd be mine forever

(Together)

Baby everything that I have is yours
You will never go cold or hungry
I'll be there when you're insecure
Let you know that your always lovely girl
Cuz you are the only thing that I got right now

Chrous:

One day when the sky is falling
I'll be standing right next to you (right next to you)
Nothing will ever come between us
I'll be standing right next to you (right next to you)

Verse 3:

(Chris brown)

Made for one another
Me and you ( and you and you and you)

(Justin bieber)

And I have no fear
And we will make it through

(Chris brown)

One day when the sky is falling
I'll be standing right next to you

Chrous:

One day when the sky is falling
I'll be standing right next to you (right next to you)
Nothing will ever come between us
I'll be standing right next to you (right next to you)

(Justin Bieber)

Stand by my side (side, side)

(Chris Brown)

When the sky, falls, down

(Justin Bieber)

I'll be there, I'll be there

(Chris brown)

You've got that smile
That only heaven can make

(Justin Bieber)

I pray to God everyday

(Together)

To keep you forever

Love to be Loved.

Saya mahu rasa dicintai.
Tak boleh ke?

Kalau boleh kenapa saya tak rasa apa apa sekarang?

hmm

Thursday, September 29, 2011

Its About HOME!

Hari ni aku takkan lupa. Memang terbaik pergi sebab pertama kalinya memakai baju pakai tidur pergi kerja.
Memang style gila! Haha.

Ni gara gara product Maxis terbaru 'HOME'. So management nak kitorang pakai baju dekat "HOME" sempena pelancaran tadi pagi. Konklusinya produk baru ni pasal kelajuan internet tahap gaban nye. Sampai 30mbps. So kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh pergi usha maxis website eh. ^.^

Sambung balik pasal pakai baju tidur tadi.
Macam macam gaya member kerja aku.
Ada yang bawak bantal busuk, teddy bear, pakai kaib pelikat dengan baju pagoda macam macam lagi lah. Comel gila kott.
Lepastuh ada yang pakai baju berkebun lah, memasak lahh,
Manager aku pun sempoi gila join.
Semua tak formal hari ni. Memang best gila. Hahahah.

Lepastuh nak pergi makan menapak dekat Signature KLCC pakai baju kaftan or senang cakap baju kelawar and pakai selipar bulu bulu. Hihihi.
Selamba badak je.

Bytheway nak selitkan sikit gambar pagi tadi. Cheers

Gambar yg pakai baju kurung tuh masa nak balik.
Takkan lah nak pakai baju tidur naik moto kan. Hahahh

Wednesday, September 21, 2011

Diet Hebat

Ye. Ini adalah tajuk yang sangat menyindir.
Bukan kepada anda tapi pada diri sendiri.

Sangat sedih dan tak tahu kenapa aku dah malas gila
nak kawal makan.
Senang cakap buruk lantak. Tapi takdelah sampai pelahap macam yg korang fikirkan.

Seriously aku tak tahu kenapa aku begini.
Rasanya sebab hypertensi kot pasal terlalu sedih.

Realitinya makan memang benda paling best sekarang ni.
Tahu tak aku craving dengan subway sekarang?
Mahal doh bendalah tuh. Rm 17 set sekali dengan cookies dia yang maveles tuh.

Memang tak lah kan aku nak pergi hari hari dok
mengadap brader potong roti tuh mintak jangan kasi potong itu roti jadi separuh, saya nak yang panjang dan saya nak makan sorang boleh? Dia mesti bagi je tapi kang bila aku chao je mulalah dok mengata aku pelahap. Hmm hmm

Tapi beb aku memang makan je minggu ni. Teruk. Dah tak ingat dah nak jaga makan langsung.
Aku selalu kot makan sehari sekali je nak pastikan aku tak gemuk sangat. Ni satu hari dua tiga kali kot dan bertambah. Acane ni. Ce cita.

Ni tadi tenghari sebelun pergi kerja mak aku dah belanja kfc. Sampai tempat kerja ada jamuan raya pulak, aku tibai mihun goreng dengan air sejuk. Lepastu tadi masa meal time aku pergi ajak member aku dissy pergi melantak lasagna pulak.
Dissy makan beger mcd pulak tuh. Abes je makan lasagna aku bedal dia nye kentang pulak. Dan korang harus tahu di saat ini pukul dua suku pagi aku terjumpa lemang atas meja makan. Apa lagi bedal saja lah labu. . Makan dengan serunding rasa dah dekat dekat dengan subway dah. Haha

Almost everyday aku minum coke sekarang ni. Tah nape air tuh rasa macam sedap sangat kat tekak skrg ni.
Padahal selalu nak cuba avoid minum air nih. Tapi sekarang kemain lagi main belasah je hari hari.
Hari tu makan nasi ayam dengan air coke.
Lepas tu pergi watson jap cari sneakers.
Biasanya sneakers tuh untuk orang lapar kan,
tapi ketika tu aku rasa cokelat sangat sedap. So aku makan kejap je habes.

Lagi satu patotnya bulan raya ni buat puasa enam,
tapi aku dan buat sehari je pasal aku fikir tetiba macam tak tahan kalau lapar. Bongok kan. Budak pun pandai tahan lapar. Ni semua pasal tekanan yang aku hadapi
saat ni. So bila aku makan aku happy and lupakan kejap tekanan aku. .

Malas nak timbang. Okay bukan malas tapi takot terima hakikat yang berat aku bukan macam dekat sekolah dulu.

K lah bai nak layan diri jap. Sobs:`(
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, September 10, 2011

Blurr

Semenjak dua menjak ni aku tak tahu dah nak update ape kat blog.
Bukan tak ada access, ade je.
Kemudahan pun banyak, unlimited internet lagi,
tapi tulah kemalasan nak berfikir secara kreatif dan kritis buatkan aku tak terlogin ke blog kecintaan aku ni.

Blurr tahu tak otak aku ni
Dengan kerja shiftnye dan tak ada masa untuk membaca.
Tu pasal aku tak ada idea langsung nak update.
Teringin lah jugak nak buat tutorial pakai shawl ala ala hana tajima tuh, tapi memang tak lah jawabnye kalau malas tu dah dapat pangkat dewa.

Sekarang ni pun tengah blurr gila. Tu pasal dah tanak tulis lagi dah. Bai.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, July 24, 2011

Awak sayangkan saya lagi?

Nak dekat puasa.
Maknanya dah dua tahun aku dengan halim.
Bahagia ke aku ni?
Jujurnya ya bahagia.

Tapi betul ke aku ni benar benar bahagia?
Sambil mengingati perjalanan hubungan kitaorang,
Airmata aku elok je mengalir di pipi..

Aku tak tahu apa yang aku mahu.
Tapi yang pastinya aku sangat menyayangi dia.
Seluruh jiwa aku.
Letih syera dengan syazleen dengar cerita aku bila gaduh.
Tapi dorang sikit pun tak pernah mengeluh.
Girls, i love u damn much babe. Tapi dengan siapa lagi
Aku nak mengadu kalau bukan dengam diaorang kalau aku ada masalah dengan halim?
Kalau cerita dengan mama mesti mama suruh cari lain ke sebab asyik bergaduh.

Aku ni sensitif sanagt. Memang cepat merajuk.
Tapi aku dah cuba kawal sebaik mungkin. Aku taknak halim marah aku bila aku suka merajuk pasal benda benda kecik.

Sedih tak korang kalau bf korang tak ada masa untuk korang then bila kau orang merajuk doa marah balik?
Aku pun sedih sangat. Tapi nak buat macam mana kena telan.. Dah itu jalan yang aku pilih.

Aku cuma nak tahu je dia masih sayangkan aku macam dulu ke tidak ataupun dah berkurang??
Mac macam perkara berlegar legar dekat minda aku ni sebab banyak perkara dah berubah sejak kebelakangan ni.

Aku tahu entri ni memang agak emosi sebab aku tak berhenti lagi menangis daripada tadi. Sobs

Saturday, June 18, 2011

Kerja.

Tak sangka aku dah berjaya habiskan setahun aku dengan Maxis.
Yeay! Nak buat party. Eh kenduri kesyukuran. :)

Memula dulu masa memula kerja, macam tak berapa confident je boleh tahan lama.
Memandangkan ni merupakan first job dan berkaitan dengan Customer service.
Memang tak lah der aku nak tahan lama lama.
Bajet nak cari kerja pejabat, boleh borak borak,
makan makan and menaip.
Tapi lama lama bila dah kerja dengan Maxis ni,
Jatuh cinta pulak..haha. Tipu je, takkanlah sampai nak jatuh cinta kan,
Cuma rasa serasi dengan kerja sekarang.
Dan yang paling penting sekarang dah pun permanent^.^

Seronok sangat sampai nak guling guling.
Penantian yang membuahkan pisang, eh hasil.
Bukan senang nak dapat permanent, nak kena maintain macam macam.

Mama abah pun seronok jugak anak dia sorang nih dah permanent.
Halim dan my bestie empat orang tuh pun kongsi kegembiraan yang sama.

Aku tadah tangan bersyukur sangat, atleast aku dah ada pekerjaan yang tetap.
Tak adalah risau lepas ni nak fikir contract sambung atau tidak.

Apa apa pun,
Mana mana perkara yang kita dah usahakan dengan sehabis baik perlulah di selitkan dengan Tawakkal.
Ini yang aku buat sekarang.
Kerana Allah pandang setiap usaha yang kita lakukan.
Ingat pada Dia, dan Dia akan ingat pada kita jugak.


Happy Sunday Guys^-^

Saturday, June 4, 2011

Kerana Alisha!

Assalamualaikum..

Most kawan kawan aku dekat facebook pelik gambar profile FB aku dah berubah.

Hoh? Dah berubahh???

Yup!
Ini adalah kerana Alisha Mia Zaraa..

Sesungguhnya aku sangat jatuh hati bila Alisha senyum.
Haha
Sumpah comel!!

Comel kan dia??

Sebab tuh lah aku mintak izin mak dia nak copy gambar si Alisha ni jadi gambar profil FB!!
Yeay!!
Over kan. Mak cik mak cik dia, Syera and Hazyra pun tak kepo macam aku.

Jangan marah okay.

And I also believe that Alisha will smile when I visit her.
Entah apa sebab dia nak senyum pun aku tatau.

Haha.

Okay, Have a wonderful weekend you alls!

Saturday, May 28, 2011

Pantang tengok SALES!

Assalamualaikum.


SALES!!!

Kerat lah jari aku ni kalau ada perempuan bila tengok perkataan "SALES" ataupun
 Jualan Murah tak pun " Clearance Stock Sales" diorang tak menyinggah. Paling tak pun korang mesti nak ambil katalog kan kan. Paling busuk lah mata korang mesti meleret tengok ayat "POTONGAN HEBAT'  dan aku tidak terkecuali dalam golongan ni.
hehe




Kadang kadang rasa nak marah pulak dekat deretan kedai yang buat sales bila hujung bulan.
Koyak beb poket. Bak kata halim, nampak sangat nipunya kalau aku masuk shop lot tak keluarkan duit.
Faktanya memang begitu.
Tak tahulah macam mana nak prevent diri dari berbelanja besar.
Gaji bukan banyak mana pun.
Dah tolak expenses semua berapa je tinggal untuk diri sendiri.
Ini pun nak jugak shopping.
*saja guna expenses tak nak guna "hutang" :p

Semalam pergi Jusco.
Bajet nak beli buah je untuk mama. Lepas tu lupa pulak hari sabtu tak boleh guna plastik.
Kena bayar 20 sen. Then tengok ada beg Jusco untuk letak barang RM 3.90.
Sanggup jugak beli sebab nak macam style bila bawak barang.
Mengade gila kan. Padahal bayar 20 sen je kot. Lepas tuh plastik kau buang jugak.


Semalam dekat tepi jalan tengok ada bunting dekat tiang dekat Jalan Kuching sana, ada sales dekat The Mall.
Dekat bunting tu tulis, "Parkson Warehouse Sales"
Terbeliak tengok. Rasa nak pergi je. Nak tengok tengok kejap je. Betul ni nak tengok tengok je. Tak beli apa apa. Janji.^.^


Ya Allah hai..Susahnya nak kawal belanja. Padahal sendiri dah tau tuh Discount yang up to 70% semua tuh dorang dah increase harga dulu. Then actually customer kena bayar harga yang sama sebelum discount.
Sangat menipu kan.

Lagi satu trend shopping sekarang pakai online.
Ni lagi terbaik.
Masuk lah google tuh, Kau orang type je online shopping..
Nahhh. berderet list website.Dengan baju baju nya, gadget, perabot dsb.

Siapa ada pakai kredit kad tu siaplahh. Mesti sangkut punya kat website tuh.
Istilah "Nak Tengok Tengok je tak wujud buat seketika"
Yang tak ada pun boleh jugak beli pakai kad debit, tak pun buat bayaran melalui online banking. Dua tiga hari sampai dah barang.
Senang je kann nak habis kan duit. IShh. Seth Tan Seth Tan ^_^




Best kan berbaring sambil shopping.



Serius nih bila dah membeli even barang yang tak perlu pun rasa puas hati sangat. 
Macam hari tuh gaduh dengan halim, 
sanggup beli lens harga RM 130 untuk 3 kotak even tahu dekat tempat lain boleh dapat harga lagi murah
Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi rasa puas hati sangat. 
Betol lah orang cakap shopping adalah terapi yang baik untuk hilangkan rasa tekanan. 

So lepas ni cuba tak nak gaduh lagi. Kalau tak poket akan koyak tanpa sebarang paksaan.


Ok. Selamat Menikmati Hari Ahad Semuanya!!








Friday, May 6, 2011

Baru Rasa Hidup!

Jap eh nak besihkan siket sawang bawang dekat tepi tepi blog nih..
.
.
.
.
.
.
.
haa..okey..dah bersih dah.
.
.
.
.
Assalamualaikum!

Lama dah tak luangkan masa nak menaip.
Yelah dah jadi pembantu perdana menteri nih memang gini.
Sebuk setiap masa.
Haha. Takde maknanya pembantu PM.

Ini adalah disebabkan kerja semata mata.
Sejak dah pindah ke KL rasa penat lain macam.
Tak sama macam duduk Klang sebelum nih,
Even ulan alik sunway ke klang hari hari pun tak rasa penat sangat,
Mungkin sebab tengok mka mama hari hari. So hati tenang je dekat dengan mama.
Emm sedih lah pulak cerita pasal mama  nih. Rindu sebenarnya T_T sobs sobs.


Actually just nak cerita life duduk asing dengan family nih beza  benar rasanya.
Erti kata lain langsung tak best kot!
Dok kat flat je. Bilik tecik lak tuh. Takde katil.
Toilet tak best. Mesin basuh takde. Peti ais tade. Penghawa dingin takde.
Bil api air kena bayar sendiri dah.
Balik balik tak ada orang masakkan. 
Tibi kecik je. 19 inch. Yang paling tak best Astro tade.  HUWAAAA!!


sobs sobs kesat hingus air mata begenangT_T

Padahal dekat rumah klang biasa je pun.  Cuma frasa Rumahku Syurgaku memang sangat bermakna bagi aku.


Tapi..nilah kehidupan.
kalau tak rasa susah, tak enjoy lah hidup kan and tak rasa dewasa.
Nanti dah tua kang boleh cerita dekat anak cucu aku pasal payah jerih nenek dia masa muda muda.

Ermm..anak cucu ehhh?Ini pun kalau Alim Chelsea nak hantar meminang, kalau tak tak ada lah orang aku nak share cerita semua nih sampai tua. haha

Mesti mana yang apat dengan aku bajet aku selalu dating kan bila dah duduk KL nih.
Kan dekat dengan Halim.
Kalau aku cakap tak dating mesti korang cakap aku borak kan.
Serius beb tak borak.
Memang lagi jarang jumpa. Aku kerja shift, Weekend selalunya kerja.
Halim lak kerja sampai malam. Memang tak dan lah nak jumpa.
Even dekat pun.
Tu pasal asyik gaduh je.
Ada je tak kena. Rindu agaknya =_=

Okaylah.
Tak banyak pun nak cerita dekat entri nih.
Just teringin nak update sebab lama dah tak update belog nih.

Next time bajet nak upload gambar pulak okay!



Okey babai.

Sunday, February 6, 2011

Kerindu rinduan.






Motif title kerindu rinduan??

Ahahaha.
Saje je.
Kali ni nak cerita pasal kawan baik.
Sebenarnya ada jugaklah motif buh title kerindu rinduan ni,
pasal aku dengan kawan baik aku nih memang susahlah nak jumpa even
satu daerah and satu negeri. ^^
Jadi masa cuti CNY nihlah kitorang habiskan masa bersama.
Takdelah habiskan masa sangat,adalah tinggal sikit untuk diri sendiri.hehe

Aku ada 3 orAng kawan baik.
SyeraSyazleen,  dengan Zyra!
 *colour pada nama adalah berdasarkan fav colour dorang.

Kawan since sekolah menengah.
Macam macam kita orang dah going thru.
Bergaduh,masam muka, baik balik, pergi holiday sama sama,
shopping,wayang, karaoke, lepak mc'd  is the most thing that we r do!

Haha. Bukan kita orang tak mahu lepak dekat mamak,
tapi kitorang susah siket nak ada privacy dekat situh.
Tu pasal dok lepak McD.
Kadang kadang tuh beli coke medium je and then share 4 orang then refill balik!
Kat mamak tak voleh refill!hee.
McD yang selalu kita orang tuju dekat Andalas!
Dekat tingkat atas.Pasal dekat situ tak ramai orang,
So boleh gelak macam gila dekat atas tuh tanpa segan silu.
hee^^



Tiga empat hari ni, kitorang ada banyak buat aktiviti bersama termasuklah
Menghabiskan duit di Times Square,
Menjalani sesi menguruskan badan di TAman RAkyat dan Court badminton.^^
Best kan kan?



So aku nak hidangkan siket gambar untuk ratapan umum. Ratapan ke tatapan eh? --"


Tunggu order elyn sampai.
Lambatnya!


Love to sharing thought.
^^




Muka elyn lapar ke muka lapar elyn?
lol


Ni pakai front camera je.
Low quality gila!
Time nih tengah jam pasal jalan kat KL banyak tutup
Untuk Le'Tour d'LAngkawi.
So we enjoy the jam!



Kita orang sweet kan?
dah tahu dah korang nak cakap camtuh.
haha perasan gila!



Hari yang berikutnya Elyn dah kena balik kampung dia kat Kelantan,
and the same time Zyra pulak baru balik dari Kolej dia kat Sg,Buloh,
So Elyn dengan Zyra tak dapatlah jumpa,
and masa tahun baru cina aku lak kena kerja.
So petang balik kerja aku terus jumpa dak Syera and Zyra untuk
aktiviti kuruskan badan.hehe


Gambar keriangan ni aku MMS kat Elyn yang tengah ontheway
balik kelantan. 
Haha gila dia panas hati.
Sorry elyn!
^^



Perlu ke buat hidung kembang gini?
lol



Finally on the last day,that is today,
Aku still lagi kena kerja.
Nak di jadikan cerita,
Henset aku tinggal dekat rumah.
Dua dua sekali, So memang macam cacing kena matahari lah aku,
tak voleh duduk diam bila henset tiada disisi.
Sementelah itu, cehhh nak guna ayat sementelah je..haha.
Time kerja nih aku curik curik tengok facebook,
tetibe je nampak elyn post dekat wall aku cakap dia nak jumpa zyra.
So apelagi,Mintaklah bantuan kecemasan dari dia untuk ambikkan henset kat rumah aku
Then fly pergi tempat kerja aku.
Haha dasat kan main mintak je.
Nasib aku baik, tu pun lepas bodek bodek dia.
haha.
Elyn sanggup amik henset aku kat rumah aku kat klang and hantar dekat office 
aku kat Bandar Sunway.Terharu T_T
Then bila jumpa je elyn time break, ingat dia dengan Zyra je,
tapi Syera pon ade sekali. Seronok sangat bila semua ada!Cukup Corum!hehe


Secara tak sengaja terhasillah gambar ni yang di bantu oleh En Alim Chlesea yang
datang melawat aku tengahari. 

Fantastic Four!
^^

Gembira sangat atlast dapat kumpul empat empat sama sama.

So girls thank you for your time!
Aku hargai sangat sangat!
Selamat berkampus semula korang!
Sayang kau orang!