click it

Saturday, May 28, 2011

Pantang tengok SALES!

Assalamualaikum.


SALES!!!

Kerat lah jari aku ni kalau ada perempuan bila tengok perkataan "SALES" ataupun
 Jualan Murah tak pun " Clearance Stock Sales" diorang tak menyinggah. Paling tak pun korang mesti nak ambil katalog kan kan. Paling busuk lah mata korang mesti meleret tengok ayat "POTONGAN HEBAT'  dan aku tidak terkecuali dalam golongan ni.
hehe




Kadang kadang rasa nak marah pulak dekat deretan kedai yang buat sales bila hujung bulan.
Koyak beb poket. Bak kata halim, nampak sangat nipunya kalau aku masuk shop lot tak keluarkan duit.
Faktanya memang begitu.
Tak tahulah macam mana nak prevent diri dari berbelanja besar.
Gaji bukan banyak mana pun.
Dah tolak expenses semua berapa je tinggal untuk diri sendiri.
Ini pun nak jugak shopping.
*saja guna expenses tak nak guna "hutang" :p

Semalam pergi Jusco.
Bajet nak beli buah je untuk mama. Lepas tu lupa pulak hari sabtu tak boleh guna plastik.
Kena bayar 20 sen. Then tengok ada beg Jusco untuk letak barang RM 3.90.
Sanggup jugak beli sebab nak macam style bila bawak barang.
Mengade gila kan. Padahal bayar 20 sen je kot. Lepas tuh plastik kau buang jugak.


Semalam dekat tepi jalan tengok ada bunting dekat tiang dekat Jalan Kuching sana, ada sales dekat The Mall.
Dekat bunting tu tulis, "Parkson Warehouse Sales"
Terbeliak tengok. Rasa nak pergi je. Nak tengok tengok kejap je. Betul ni nak tengok tengok je. Tak beli apa apa. Janji.^.^


Ya Allah hai..Susahnya nak kawal belanja. Padahal sendiri dah tau tuh Discount yang up to 70% semua tuh dorang dah increase harga dulu. Then actually customer kena bayar harga yang sama sebelum discount.
Sangat menipu kan.

Lagi satu trend shopping sekarang pakai online.
Ni lagi terbaik.
Masuk lah google tuh, Kau orang type je online shopping..
Nahhh. berderet list website.Dengan baju baju nya, gadget, perabot dsb.

Siapa ada pakai kredit kad tu siaplahh. Mesti sangkut punya kat website tuh.
Istilah "Nak Tengok Tengok je tak wujud buat seketika"
Yang tak ada pun boleh jugak beli pakai kad debit, tak pun buat bayaran melalui online banking. Dua tiga hari sampai dah barang.
Senang je kann nak habis kan duit. IShh. Seth Tan Seth Tan ^_^




Best kan berbaring sambil shopping.



Serius nih bila dah membeli even barang yang tak perlu pun rasa puas hati sangat. 
Macam hari tuh gaduh dengan halim, 
sanggup beli lens harga RM 130 untuk 3 kotak even tahu dekat tempat lain boleh dapat harga lagi murah
Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi rasa puas hati sangat. 
Betol lah orang cakap shopping adalah terapi yang baik untuk hilangkan rasa tekanan. 

So lepas ni cuba tak nak gaduh lagi. Kalau tak poket akan koyak tanpa sebarang paksaan.


Ok. Selamat Menikmati Hari Ahad Semuanya!!








Friday, May 6, 2011

Baru Rasa Hidup!

Jap eh nak besihkan siket sawang bawang dekat tepi tepi blog nih..
.
.
.
.
.
.
.
haa..okey..dah bersih dah.
.
.
.
.
Assalamualaikum!

Lama dah tak luangkan masa nak menaip.
Yelah dah jadi pembantu perdana menteri nih memang gini.
Sebuk setiap masa.
Haha. Takde maknanya pembantu PM.

Ini adalah disebabkan kerja semata mata.
Sejak dah pindah ke KL rasa penat lain macam.
Tak sama macam duduk Klang sebelum nih,
Even ulan alik sunway ke klang hari hari pun tak rasa penat sangat,
Mungkin sebab tengok mka mama hari hari. So hati tenang je dekat dengan mama.
Emm sedih lah pulak cerita pasal mama  nih. Rindu sebenarnya T_T sobs sobs.


Actually just nak cerita life duduk asing dengan family nih beza  benar rasanya.
Erti kata lain langsung tak best kot!
Dok kat flat je. Bilik tecik lak tuh. Takde katil.
Toilet tak best. Mesin basuh takde. Peti ais tade. Penghawa dingin takde.
Bil api air kena bayar sendiri dah.
Balik balik tak ada orang masakkan. 
Tibi kecik je. 19 inch. Yang paling tak best Astro tade.  HUWAAAA!!


sobs sobs kesat hingus air mata begenangT_T

Padahal dekat rumah klang biasa je pun.  Cuma frasa Rumahku Syurgaku memang sangat bermakna bagi aku.


Tapi..nilah kehidupan.
kalau tak rasa susah, tak enjoy lah hidup kan and tak rasa dewasa.
Nanti dah tua kang boleh cerita dekat anak cucu aku pasal payah jerih nenek dia masa muda muda.

Ermm..anak cucu ehhh?Ini pun kalau Alim Chelsea nak hantar meminang, kalau tak tak ada lah orang aku nak share cerita semua nih sampai tua. haha

Mesti mana yang apat dengan aku bajet aku selalu dating kan bila dah duduk KL nih.
Kan dekat dengan Halim.
Kalau aku cakap tak dating mesti korang cakap aku borak kan.
Serius beb tak borak.
Memang lagi jarang jumpa. Aku kerja shift, Weekend selalunya kerja.
Halim lak kerja sampai malam. Memang tak dan lah nak jumpa.
Even dekat pun.
Tu pasal asyik gaduh je.
Ada je tak kena. Rindu agaknya =_=

Okaylah.
Tak banyak pun nak cerita dekat entri nih.
Just teringin nak update sebab lama dah tak update belog nih.

Next time bajet nak upload gambar pulak okay!



Okey babai.