click it

Thursday, September 29, 2011

Its About HOME!

Hari ni aku takkan lupa. Memang terbaik pergi sebab pertama kalinya memakai baju pakai tidur pergi kerja.
Memang style gila! Haha.

Ni gara gara product Maxis terbaru 'HOME'. So management nak kitorang pakai baju dekat "HOME" sempena pelancaran tadi pagi. Konklusinya produk baru ni pasal kelajuan internet tahap gaban nye. Sampai 30mbps. So kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh pergi usha maxis website eh. ^.^

Sambung balik pasal pakai baju tidur tadi.
Macam macam gaya member kerja aku.
Ada yang bawak bantal busuk, teddy bear, pakai kaib pelikat dengan baju pagoda macam macam lagi lah. Comel gila kott.
Lepastuh ada yang pakai baju berkebun lah, memasak lahh,
Manager aku pun sempoi gila join.
Semua tak formal hari ni. Memang best gila. Hahahah.

Lepastuh nak pergi makan menapak dekat Signature KLCC pakai baju kaftan or senang cakap baju kelawar and pakai selipar bulu bulu. Hihihi.
Selamba badak je.

Bytheway nak selitkan sikit gambar pagi tadi. Cheers

Gambar yg pakai baju kurung tuh masa nak balik.
Takkan lah nak pakai baju tidur naik moto kan. Hahahh

Wednesday, September 21, 2011

Diet Hebat

Ye. Ini adalah tajuk yang sangat menyindir.
Bukan kepada anda tapi pada diri sendiri.

Sangat sedih dan tak tahu kenapa aku dah malas gila
nak kawal makan.
Senang cakap buruk lantak. Tapi takdelah sampai pelahap macam yg korang fikirkan.

Seriously aku tak tahu kenapa aku begini.
Rasanya sebab hypertensi kot pasal terlalu sedih.

Realitinya makan memang benda paling best sekarang ni.
Tahu tak aku craving dengan subway sekarang?
Mahal doh bendalah tuh. Rm 17 set sekali dengan cookies dia yang maveles tuh.

Memang tak lah kan aku nak pergi hari hari dok
mengadap brader potong roti tuh mintak jangan kasi potong itu roti jadi separuh, saya nak yang panjang dan saya nak makan sorang boleh? Dia mesti bagi je tapi kang bila aku chao je mulalah dok mengata aku pelahap. Hmm hmm

Tapi beb aku memang makan je minggu ni. Teruk. Dah tak ingat dah nak jaga makan langsung.
Aku selalu kot makan sehari sekali je nak pastikan aku tak gemuk sangat. Ni satu hari dua tiga kali kot dan bertambah. Acane ni. Ce cita.

Ni tadi tenghari sebelun pergi kerja mak aku dah belanja kfc. Sampai tempat kerja ada jamuan raya pulak, aku tibai mihun goreng dengan air sejuk. Lepastu tadi masa meal time aku pergi ajak member aku dissy pergi melantak lasagna pulak.
Dissy makan beger mcd pulak tuh. Abes je makan lasagna aku bedal dia nye kentang pulak. Dan korang harus tahu di saat ini pukul dua suku pagi aku terjumpa lemang atas meja makan. Apa lagi bedal saja lah labu. . Makan dengan serunding rasa dah dekat dekat dengan subway dah. Haha

Almost everyday aku minum coke sekarang ni. Tah nape air tuh rasa macam sedap sangat kat tekak skrg ni.
Padahal selalu nak cuba avoid minum air nih. Tapi sekarang kemain lagi main belasah je hari hari.
Hari tu makan nasi ayam dengan air coke.
Lepas tu pergi watson jap cari sneakers.
Biasanya sneakers tuh untuk orang lapar kan,
tapi ketika tu aku rasa cokelat sangat sedap. So aku makan kejap je habes.

Lagi satu patotnya bulan raya ni buat puasa enam,
tapi aku dan buat sehari je pasal aku fikir tetiba macam tak tahan kalau lapar. Bongok kan. Budak pun pandai tahan lapar. Ni semua pasal tekanan yang aku hadapi
saat ni. So bila aku makan aku happy and lupakan kejap tekanan aku. .

Malas nak timbang. Okay bukan malas tapi takot terima hakikat yang berat aku bukan macam dekat sekolah dulu.

K lah bai nak layan diri jap. Sobs:`(
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, September 10, 2011

Blurr

Semenjak dua menjak ni aku tak tahu dah nak update ape kat blog.
Bukan tak ada access, ade je.
Kemudahan pun banyak, unlimited internet lagi,
tapi tulah kemalasan nak berfikir secara kreatif dan kritis buatkan aku tak terlogin ke blog kecintaan aku ni.

Blurr tahu tak otak aku ni
Dengan kerja shiftnye dan tak ada masa untuk membaca.
Tu pasal aku tak ada idea langsung nak update.
Teringin lah jugak nak buat tutorial pakai shawl ala ala hana tajima tuh, tapi memang tak lah jawabnye kalau malas tu dah dapat pangkat dewa.

Sekarang ni pun tengah blurr gila. Tu pasal dah tanak tulis lagi dah. Bai.
Published with Blogger-droid v1.7.4