click it

Wednesday, September 21, 2011

Diet Hebat

Ye. Ini adalah tajuk yang sangat menyindir.
Bukan kepada anda tapi pada diri sendiri.

Sangat sedih dan tak tahu kenapa aku dah malas gila
nak kawal makan.
Senang cakap buruk lantak. Tapi takdelah sampai pelahap macam yg korang fikirkan.

Seriously aku tak tahu kenapa aku begini.
Rasanya sebab hypertensi kot pasal terlalu sedih.

Realitinya makan memang benda paling best sekarang ni.
Tahu tak aku craving dengan subway sekarang?
Mahal doh bendalah tuh. Rm 17 set sekali dengan cookies dia yang maveles tuh.

Memang tak lah kan aku nak pergi hari hari dok
mengadap brader potong roti tuh mintak jangan kasi potong itu roti jadi separuh, saya nak yang panjang dan saya nak makan sorang boleh? Dia mesti bagi je tapi kang bila aku chao je mulalah dok mengata aku pelahap. Hmm hmm

Tapi beb aku memang makan je minggu ni. Teruk. Dah tak ingat dah nak jaga makan langsung.
Aku selalu kot makan sehari sekali je nak pastikan aku tak gemuk sangat. Ni satu hari dua tiga kali kot dan bertambah. Acane ni. Ce cita.

Ni tadi tenghari sebelun pergi kerja mak aku dah belanja kfc. Sampai tempat kerja ada jamuan raya pulak, aku tibai mihun goreng dengan air sejuk. Lepastu tadi masa meal time aku pergi ajak member aku dissy pergi melantak lasagna pulak.
Dissy makan beger mcd pulak tuh. Abes je makan lasagna aku bedal dia nye kentang pulak. Dan korang harus tahu di saat ini pukul dua suku pagi aku terjumpa lemang atas meja makan. Apa lagi bedal saja lah labu. . Makan dengan serunding rasa dah dekat dekat dengan subway dah. Haha

Almost everyday aku minum coke sekarang ni. Tah nape air tuh rasa macam sedap sangat kat tekak skrg ni.
Padahal selalu nak cuba avoid minum air nih. Tapi sekarang kemain lagi main belasah je hari hari.
Hari tu makan nasi ayam dengan air coke.
Lepas tu pergi watson jap cari sneakers.
Biasanya sneakers tuh untuk orang lapar kan,
tapi ketika tu aku rasa cokelat sangat sedap. So aku makan kejap je habes.

Lagi satu patotnya bulan raya ni buat puasa enam,
tapi aku dan buat sehari je pasal aku fikir tetiba macam tak tahan kalau lapar. Bongok kan. Budak pun pandai tahan lapar. Ni semua pasal tekanan yang aku hadapi
saat ni. So bila aku makan aku happy and lupakan kejap tekanan aku. .

Malas nak timbang. Okay bukan malas tapi takot terima hakikat yang berat aku bukan macam dekat sekolah dulu.

K lah bai nak layan diri jap. Sobs:`(
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment:

  1. Hahaha awatnya title "diet hebat"? btw tak ambil food supplement ker? try herbalife InsyaAllah okay, tapi $$$ hehe

    ReplyDelete