click it

Saturday, November 10, 2012

Trick of Art Museum,i-City

Assalamualaikum!

Kau orang pernah tengok kan kat tibi or kat surat khabar pasal trick of art museum atau lebih dikenali dengan Muzium Helah, muzium tipu pun boleh or muzium muslihat. Haha.
Muzium ni diorang buat dekat I-city Shah alam tau.
Ala tempat yang femes emes tuh,
Ada banyak lelampu liplap liplap,
Pastu ada tempat salji, ada roda pusing pusing tu, and tak lama lagi diorang nak rasmikan water theme park pulak.
Pehh awesome tak shah alam . Ngehngeh.

Sebenarnya, bukan aku yang beriya sangat nak pergi.
Aku punya bestfren lah tu , Elyn beriya sangat nak pergi i-City.
Memula taktahu dia nak ajak pi muzium tu,
Suspen jugak, sebab dia cakap dia nak bawak pergi satu tempat special.
Wahh, rasa macam nak di lamar pun ada. Hekhek.
Yelah nak bawak gi tempat special bagai.
At last, tahu jugak dia nak bawak gi mana.

First2 masuk, memang sangat lah ohsemmm!!
Diorangnya lukisan sumpah kreatiff habess.
Jadi macam 3D tau!
Tapi tak banyak sangat lukisan yang ada, pasal pekerja diorang cakap belum fully ready lagi.
Dia kata ada lagi 4 or 5 theme yang belum siap lagii.
Kalau lah yang first theme ni pun dah ohsem, apatah lagi 4 or 5 theme tukan.
I'm seriously excited!

Ada picture yang aku upload sat gi, dia namakan as escaping critism.
Ada dua gamba budak nak terjun tingkap.
So tingkap yang ketiga dia biarkan kosong.
So korang leh masuk kat tingkap tu and buat free style korang.
Tapi dia ada guide kalau korang nak ikutlah. Hihi

Lepastu ada lukisan yang nampak macam korang tengah buaikan budak,
Lukisan naik titi dekat tengah tengah curam.
Lukisan turun tangga.
Lukisan keluar lubang. Ha lukisan ni nampak tak real sangat sebabnya aku ni gemuk lubang tu kecik, so memang tak nampak real. So yang salah nya aku bukan lukisan tu. hahaha. Dasar demok.

Ada lagi , lukisan tolak pintu and yang paling menarik bagi aku dekat depan cermin.
Cermin tu xda cermin. Haha faham tak?
Dianya painting memang nampak macam ada cermin.
So at both side nampak sama.
So korang boleh tengok gambar aku dengan bestfriend aku dekat depan cermin tuh.
Nampak sama sebab dua dua demok.
Kihkihkih.

Oh lupa nak bitau. Fees dia buat masa ni free jew.
Cuma kena bayar parking rm2 on weekend if korang parking dekat dalam. Hihi

K korang tengoklah gambar gambar ni semua! Daa


Saturday, October 20, 2012

Weird Expression

Assalamualaikum.

Aku ni patut kena buat assignment.
Tapi otak aku ni tetiba jadi tepu pulak.
Tambah lagi baru je tengok Piala Malaysia and seperti biasa
Kelate Mene lagi.huhu
Banyak komen aku tengok kat Fb and twitter pasal kemenangan kelantan ni.
Kata referee makan suap lah.
Memang lah dia makan suap takkan sodok pulak kan.okay tak kelaka kan. tahu dah. haha
Ada yang kata takut Shah Alam kena bakar lah kalau diorang kalah.
Hihi yang ni aku tak berani nak komen sangat sebab diorang punya semangat memang agak 
Over siket. 
Tapi tak pelah, aku redha yang Selangor tak dapat masuk final. Eh tetibe kan --"

Walaubagaimanapun."kemain over kan tatabahasa aku" aku puji permainan diorang tadi.
Memang mantap.
At last mata 3 untuk Kelantan dan 2 mata untuk ATM.
Congratulations to both of the team!

So dengan tak ada kena mengenanya aku nak upload gambar ni.
Hahha. k gud nite peeps!


Wednesday, August 15, 2012

Impian Tercapai Bertemu Dato Lee Chong Wei

Assalamualaikum.

Aku rasa dah lama gila tak update blog ni. Haha. Sengal gila. Sibuk kerja dan penat sebab sekarang dah berulang alik dari klcc to klang. --'

Okay beralih kepada tajuk yang asal.
Aku dapat jumpa Dato Lee Chong wei n Pandelela Rinong wehh.
Seriously unexpected. Nak tahu tak macam mana aku dapat jumpa diorang tadi?
Meh aku nak cerita
Firstly masa aku tengah kerja dapat email blast from Maxis Mail Express. Masa tu aku macam wat dek je pasal aku tengah buat kerja.
Then aku tergerak hati nak baca email tu balik, tetiba nampak gambar lee chong wei dengan Pandalela.
Aku punyalah excited, content email tu suruh buat slogan kenapa nak jumpa Dua dua hero Malaya tuh.
Aku ni memang lah reti sangat kan buat slogan slogan ni, selalu elyn je buatkan. Ni dah memang tak senpat langsung nak call elyn sebab masa aku tengok balik email tu dah pukul 10.55 am and last submission must before 11 am. Ko Gila nak fikir lagi.
Aku pun apa lagi main tibai jelah reka slogan. Tepat 11 am aku sent dengan penuh harapan dapatlah terpilih sevab dah memang impuan aku nak jumpa secara dekat dengan LCW.
Lagi pun pernah berangan nak gantikan tempat Wong mei Choo. Lepastu tersedar pulak sebab tengok kaki katik and tak hebat main badminton. So secara tak langsung awal awal dah kena reject. Wuwuwu
Then dalam sejam lepas tu dapat email "Congratulations!

You are one of the winners to our "Meet Our Olympics Stars" contest.

Please be at Level 24 at 12.30pm and check your name in the GROUP LIST."

Aku apa lagi meloncat gembira. Hewhew and terus pergi dapatkan permission my supervisor even dapat halangan pada mulanya. Lepas buat muka cam kucing mintak penyepak my supervisor allow me untuk jumpa lee chong wei and pandelela.
Pehh gembira tak terkata aku amik fon ready nak snap picture dengan diorang sebanyak yang bolehh.
Tunggu punya tunggu pukul 1.40 pn Lee chong wei & pandalela masuk hall. Kitorang punya bersorak. Then tetiba nampak Azizul Hasni the rocket man dengan beregu negara Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong . Wahh hemsemnya dorang ni tengok dekat dekat hewhew.
Masa dorang semua dah masuk hall then Azizul Hasni duduk depan aku. Adoii lagi mahu pengsann. Wehh the rocketman depan mata ku oii. Haha batak gila kan. Sebab aku minat gak kat dia. Dia selalu harumkan nama Malaysia kan kan. Dia pon sempat bagi pose yang agak menarik tadi bila aku mintak dia bergambar. Ngee :D

Tapi Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong tu macam agak muram maybe dorang macam malu kot sebab majlis tadi nak meraikan LCW dengan Pandalela debab bagi pingat dekat Malaysia masa Olimpik minggu lepas. Tapi naseb baik dorang nak senyum jugak sebab aku cam paksa suruh dorang senyum. Muehehe

LCW dapat 50k doh from maxis and Pandelela dapat 30k. Masyuk tak masyuk? Macam ni aku pon nak jadi atlet Malaysia lah. Tapi aku tak tahu nak main apa? Kayuh basikal 100 meter dah cungap takleh dah nak masuk sukan basikal, main badmintin kaki katik, berenang kang aku tenggelam pulak dah satu hal nak selamatkan aku. Hahaha satu apa pon tak boleh. So baik lupakan. Wuwuwu

Okay kat bawah ni aku bagi gambar unofficial yang aku amik dari tepon aku. Nanti lau dah ada yang official dimana aku diapit Kanan oleh LCW and Pandalela disebelah kiriku aku akan buat update baru okay. Kbai

Wednesday, February 1, 2012

Susah

Susah sangat der bila telefon tangan tiada. Telefon tangan macam skema sangat kan. Okey tuka kepada henpon.
Jom start balik.

Susah sangat der bila henpon tak ada.
Henpon aku ni dah macam nyawa dah.
Macam jelah, bukan betul betul nyawa sebab aku still boleh hidup bila henpon tak ada. Cuma macam tak lengkap je kehidupan seharian.

Kau orang pun sama kan.
Henpon tak ada mesti menggelupor semacam.
Pada aku henpon bukan sekadar untuk call and sma sahaja.
Lebih dari tuhh sebenarnya.
Check email, updating blog, main online game, diary, translator bahasa, online banking,dan banyak lagi.
Semua ni aku boleh buat dan ni sangat menyenangkan hidup aku.

If kau orang pakai smart phone macam blackberry iphone android fon kalau tak ada internet baik pakai 3310 je.
Kau orang tak feel pakai smart fon tersebut.

So bila semua manfaat tu hilang secara tetiba aku rasa kosong sangat.
Macam selalu kalau aku tengah kerja customer ada problem dengan iphone aku boleh gak refer dengan fon aku advice customer few setting yang sepatutnya,
So bila tak ada aku rasa janggal lah,
Cek dekat beg cari fon yang ada nokia n sony ericson je terlupa yang fon aku tak ada. Sebab dah biasa sangat berkepit dengan fon.

Ceritanya haritu fon halim masuk air, so lepas je hantar kedai sedut air tu semua aku terus hantar fon tu dekat maxis sebab still under warranty.
So maxis claimed fon tu tak boleh onn then boleh lah dapat replacement unit.
Dalam masa yang sama jugak aku nye button tu ada problem,
Bila picit je button dia tak gerak apa apa pun,
So bagi lah sekali fon aku buat replacement.

Then few days dapat balik dua dua fon.
Happy gila sebab memang totally dapat yang baru.
Dah lah fon aku tuh dah berkeladak dah.
Haha orang rajin bersihkan fon kan,
Lepastu macam ada kuning kuning lagi sebab aku kan suka masak,
Sambil masak reply message,
Tangan tak fully clean lagi,
Memanglah nampak kuning kuning kunyit tuh. Haha
Lepastu ada scratch lagi sebab selalu jatuh.
So bila dapat baru memang puas hati sebab everything perfect. Weehee

Sekarang hidup aku dah ceria balik dahh. Semua benda dah boleh buat.
Thank you maxis cause replace me a new phone:))


Saturday, January 21, 2012

Jadi Bodoh Semata Kejar Cinta

Agak panjang title aku.

Sebenarnya tengah sedih.
Taknak kacau member tengah tidur.
Jadi terluah dekat blog.
There's no such thing 'TER'
Melainkan i'm with full intention to write tonight.

Memanglah aku rasa aku bodoh sangat.
Bodoh pasal diperbodohkan orang lain.

Ye aku ni senang sangat percaya cakap orang.
Mana taknya orang tipu aku hidup hidup depan mata for 2 years pun aku still lagi tak boleh detect.
Kawan baik aku pun cakap aku bodoh bila buat keputusan tentang cinta.
Oh Allah, kenapalah kau bagi hati aku batu sangat sampai cakap orang sekeliling pun aku tak dengar just because of one love.

Banyak nye dugaan.
Bukan senang nak maintain kan sesuatu hubungan tuh.
Kalau dulu memula yeee semua sweet nak mampos.
Sekarang salah sikit kalau boleh nak pukul if law dekat malaysia ni cakap pukul anak dara orang tak salah.#not serious.
I meant garang sangat lah.
No If i'm doing wrong just tell me nicely, i can change for you.
That is what we practise before kan sayang.
Now what happen? Difficult for you to keep more patient and talk nicely to me.
Asyik sembur je pun tak elok kan.
Kata nak kahwin?

Sedih bila dilayan macam ni.
Teringat kawan baik pernah cakap ni baru 2 tahun belum lagi 4 5 tahun.
Most probably kau akan jadi mak turut dan sweet sweet talk tu dah kurang or its more worst bila tak ada langsung. Damn
So bad. She said based on her experienced. Takut kan macam ni.
Belum kawen lagi. Sobs sobs T_T

Dekat hidung aku ni dah ada cangkuk.
Tinggal buh tali je. Perfect dah.
Boleh jadi geng lembu kena cucuk hidung #mintakjauh

Gud nite korang.

Sunday, January 15, 2012

Value Of Friendship

Assalamualaikum.

Sila jawab. Cepat. Pahala untuk anda.

Value for friendship?
No value, because its infinity.

Aku tak boleh nak bayar untuk kau orang berkawan dengan aku.
Aku boleh belanja cekedis je.
Tapi tak tahulah kalau kau orang nak kawan dengan aku sebab aku nak belanja cekedis. #berhentimengarot.

Seriously nak cari kawan menangis memang susah.
Cuba kau cari kawan dikala gumbira,
Berderet deret berator.

Bukan cakap kosong. Ada isi. Macam sardin yang belum dibuka. Penuh isinya.
Kalau tak percaya, kau orang cuba pergi pinjam duit dekat kawan yang kau orang dok suka suka tu gelak sampai golek golek depan Klcc,
Mesti dia cakap tak ada. Poket tengah kosong. Aku nak makan pun tak ada.
Lepastu dia blah.
Tapi cuba kalau kau tanya kawan yang ada dekat sisi kau bila menangis, susah duka lara semua lah yang sedih sedih.
If dia tak ada semua yang kau mintak pun atleast dia ada bagi kau sikit.
But lepastu kau janganlah pulak tak bayar balik kang ada yang kena beduk.

Inilah namanya Sahabat in real.
Kalau bukan pasal duit pun lah,
Pasal perkara perkara lain,
Bila ada sahabat yang sejati mesti mereka akan tolong, kalau tak tolong secara fizikal pun.
Dorang akan tolong secara mental.
Bagi semangat tak berbelah bahagi tolak campur dan sebagainya.
Contohnya kalau member korang bersedih tak dapat couple dengan zizan raja lawak, kau orang haruslah bagi dia mental support pujuk dia supaya dia tak down sangat. Cakap sabarlah mungkin kau belum secantik juliana evans. Nanti dia akan sedar dan berhenti dari memuja zizan tersebut. #guraujeni.

Bestfriend or BFF *teringat lagu Chomel. Yekk.lol
Aku ada sahabat. Ramai. Tapi yang terlalu rapat ada tiga.
Terlalu rapat. Taktahu nak cakap macam mana.
Semua benda nak share.
Sampai family kitaorang pun dah kenal.
Nak tidur umah diorang pun tak adahal.
Bila aku tidur rumah sorang sorang pasal bapak aku balik kampung mesti syera elin or zyra akan teman.
Takpun aku akan pergi biasanya rumah syera. Dekat pun.

Kitaorang suka merayau kalau cuti.
Tapi bukanlah merayau pergi club ke, jalan memalam macam kutu rayau tu.
Jalan siang siang karaoke movie lepak mcd andalas gossippps. Ehe

Yang aku paling sayang friendship ni kitaorang selalu support each other.
Teringat haritu aku gaduh besar sangat dengan boyfriend.
Aku call elyn dan lepastu elyn terus datang bawak aku keluar jalan jalan.
Memang down gila.
Syera pun sama kalau aku call even dia tengah sibuk pun dia still akan ada masa entertain me.
Zyra kadang kadang busy tapi dia adalah kawan yang sangat straight forward. Senang kalau tanya dia apa apa dia akan jawab semuanya straight dari hati dia.
Kau orang might sakit hati kalau dengar jawapan dari mulut dia tapi itulah kejujuran yang dia ada. Never fake.

Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang sahabat baik.
Kunci terbaik untuk hubungan yang lama adalah memaafkan.
Ada je kadang kadang tu sentap dengan diaorang ni. Tapi sekejap je pasal aku realize diorang ni bukan bf aku nak merajuk lelama. Aha.
Tak adalah, seriously bila memaafkan perkara tu akan jadi mudah dan kau orang akan lebih menghargai dan menyayangi sesuatu perhubungan tu.

So, wake up dan hargai sahabat sekitar anda.

My girls, i love u all damn much.
Lets pray for the harmony and hope can see you all at Jannah. Insyaallah.

P/s: lekas habes exam aku tak sabar nak pergi tioman. Haha

Thursday, January 12, 2012

For Him.

Yup.
Halim birthday again :)
I'm feel so happy get this oppurtunity celebrate birthday,man that i love.
Thanks Allah for giving this.

I will always try to make him happy on his birthday.
His smile like my breath.

So that i've plan something for his big day.
Not so big event, just a small birthday party with his beloved family and friends.

To make this successful,
For sure i ask a favour from halim close friend. Seriously i dont have their contact number like halim do have my closest friend number.
So that i requested via message from fb.
Pedot and ayoi.
Thankful that they are very sporting and supportive.

I already ask my sister to bake a cake for me.
Design?
For sure chelsea jersy. Aha
The funniest part the cake design not like that i want,
But it becomes a beby tee cake.
So cute that cake.lol
See the picture below then u noe and ask " eh where the chelsea? "

On 3rd of January . Yeah this Is the day.
I'm driving from kuantan on that afternoon after visiting my sisters,
On all the way, I'm  wondering whether tonight plan will succesfull or nop :!
Keep disturbing pedot and Ayoi telling them please make this to be HAPPEN!!
I dont care! *pentingkan diri.
Untung when pedot said
" member punya pasal, aku akan buat apa sahaja" weehuu
Yeah pedot is halim's friend since in the kindergarden. They are so close. Jeleous tengok mereka berdua selalu. #okbuangtebiat

Then petang gerak to KL with Zyra.
Susah tahu pujuk dia nih. Have to promise the moon and stars since Zyra like Puteri Gunung Ledang. Haha.


Then starts too typo halim saying that im off to petaling street because zyra is a shopaholic.
Halim said, "ok syg, drive elok elok,
Abang nak pergi main badminton around 9pm Pedot ajak"
And me said, okay dear, carefull okay.
Padahal  this is a part of the plan. *gelak besar

Around 9.30 after pedot pick up halim, Ayoi directly to Halim's house to give a hand to setup everything.
Me and zyra followed after that.
He so cool.

Halim family is the sporting family that i ever met before.
Actually her sister, along also being part in this cerita. I'm ask Along to delete all the message and recent calls history from her phone.
Ya lorr.. Precaution step. Hihi*__*

Then pedot call.
" kin kitorang main pukul 11. Nanti lepas habes pukul 12 terus balik hantar halim".
Me said: ok dot. No problem. Kitorang tengah setting baik punya"

Then pedot ask me to infrom ayoi to buy a tepong. Haha. Biasalah budak budak nakal.
Nak lumur halim dengnan tepung.
Gasak lah kau orang.

Its almost 12 pm.
Me, zyra, ayoi and halim's family done do all the settings.
Ballon, masquerade mask, whistle everythings done.
Just Waiting for him back from badminton.
Naim, halim's friend suddenly come from Shah Alam just because of this.
uhhuh. Its really touched me seeing their friendship.
I miss my girls already :(


Then 12.15 halim called me.
Mybe he thinks that i forgot his birthday. I just cancel the calls. hihik.
He wouldnt noe on that time i'm holding his birthday cake.

Everyone standing behind the sliding door.

Once halim slide the door,
We all " SUPRISE!!!!" and sing a birthday song.
He was shocked when he look at us.

Me thanks to pedot ayoi zyra and halim family and friends for make this happen. Not just that happen. But HAPPENING.

How the nights end?
I left all the pinggan mangkuk dekat dapur. Teruk punya bakal menantu kan. Haha
And zyra drive my car since i'm so damn tired.

Oh ya. Before we going back,
His friend waiting outside for the judgement night. Well boys kan.
Once halim going out for send me back all his friend pouring the flour all over his head and face.
I'm just standing pretend that i dont know anything. Lols.

What ever it is, everything going smoothly.
I loike yalll.
Cant wait for the next year.
Start thinking from now.

Enjoy the pictures:)

Daa


The MAN of the night :) Happy birthday sayang :)
Ini baju beby. Tah mana chelsea nye. lol
Pedot. The guy who help me alot. One more is ayoi. But i dont have his pict. Sorry yoi :p

My cool girl. Thanks Sayang :')

Saturday, January 7, 2012

Lemak lah.

Assalamualaikum(Tegas)

Dah tak tahan dah ni sebenarnya.
Geram sesangat. Tak tahu nak buat macam mana.

Geram dekat siapa tahu?
Dekat diri sendiri.Dah makin demok.
Stress punya pasal.
Tengok coklat je.
Zasss. Ambik tanpa berperasaan.
Then pergi Auntie Anne beli yang combo hotdog dengan cheese tuh sekali dengan lemonade.
Kononnya lemonade tuh boleh kikis lemak dari cheese dekat hotdog tadi.
Memang taklah der.

Sejak kerja dekat KLCC ni,
kerja aku mnegunyah.
Dahlah makan dekat sini mahal mahal.
Kalau ada murah pun,
tu haa nasi kandar kat Signature Level 2,, ayam+ sayur RM 4.80 je
Tapi nasi kandar lah. Mamak kasi kuah campur. haa jangan lupa pappadom.
Memang nalla.
Murah pulak tuh kan.
Tapiiii tengoklah at last nanti. Berkepuk kepuk lemak naik.
Uang si halim pulak tadde kerja lain suruh aku makan nasik je.
kang kalau tak makan boleh jadik gaduh pulak.

Aku nak excercise. Tapi malas.
Halim ada jugak ajak main badminton.
Tapi jarang boleh pergi.
Dengan syera pun ada, tapi kadang kadang je.
Susahnya lahh kalau orang dah malas ni kan.

I miss my old figure.
Time memula masuk kolej.
COmey je. ahaks.