click it

Wednesday, August 15, 2012

Impian Tercapai Bertemu Dato Lee Chong Wei

Assalamualaikum.

Aku rasa dah lama gila tak update blog ni. Haha. Sengal gila. Sibuk kerja dan penat sebab sekarang dah berulang alik dari klcc to klang. --'

Okay beralih kepada tajuk yang asal.
Aku dapat jumpa Dato Lee Chong wei n Pandelela Rinong wehh.
Seriously unexpected. Nak tahu tak macam mana aku dapat jumpa diorang tadi?
Meh aku nak cerita
Firstly masa aku tengah kerja dapat email blast from Maxis Mail Express. Masa tu aku macam wat dek je pasal aku tengah buat kerja.
Then aku tergerak hati nak baca email tu balik, tetiba nampak gambar lee chong wei dengan Pandalela.
Aku punyalah excited, content email tu suruh buat slogan kenapa nak jumpa Dua dua hero Malaya tuh.
Aku ni memang lah reti sangat kan buat slogan slogan ni, selalu elyn je buatkan. Ni dah memang tak senpat langsung nak call elyn sebab masa aku tengok balik email tu dah pukul 10.55 am and last submission must before 11 am. Ko Gila nak fikir lagi.
Aku pun apa lagi main tibai jelah reka slogan. Tepat 11 am aku sent dengan penuh harapan dapatlah terpilih sevab dah memang impuan aku nak jumpa secara dekat dengan LCW.
Lagi pun pernah berangan nak gantikan tempat Wong mei Choo. Lepastu tersedar pulak sebab tengok kaki katik and tak hebat main badminton. So secara tak langsung awal awal dah kena reject. Wuwuwu
Then dalam sejam lepas tu dapat email "Congratulations!

You are one of the winners to our "Meet Our Olympics Stars" contest.

Please be at Level 24 at 12.30pm and check your name in the GROUP LIST."

Aku apa lagi meloncat gembira. Hewhew and terus pergi dapatkan permission my supervisor even dapat halangan pada mulanya. Lepas buat muka cam kucing mintak penyepak my supervisor allow me untuk jumpa lee chong wei and pandelela.
Pehh gembira tak terkata aku amik fon ready nak snap picture dengan diorang sebanyak yang bolehh.
Tunggu punya tunggu pukul 1.40 pn Lee chong wei & pandalela masuk hall. Kitorang punya bersorak. Then tetiba nampak Azizul Hasni the rocket man dengan beregu negara Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong . Wahh hemsemnya dorang ni tengok dekat dekat hewhew.
Masa dorang semua dah masuk hall then Azizul Hasni duduk depan aku. Adoii lagi mahu pengsann. Wehh the rocketman depan mata ku oii. Haha batak gila kan. Sebab aku minat gak kat dia. Dia selalu harumkan nama Malaysia kan kan. Dia pon sempat bagi pose yang agak menarik tadi bila aku mintak dia bergambar. Ngee :D

Tapi Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong tu macam agak muram maybe dorang macam malu kot sebab majlis tadi nak meraikan LCW dengan Pandalela debab bagi pingat dekat Malaysia masa Olimpik minggu lepas. Tapi naseb baik dorang nak senyum jugak sebab aku cam paksa suruh dorang senyum. Muehehe

LCW dapat 50k doh from maxis and Pandelela dapat 30k. Masyuk tak masyuk? Macam ni aku pon nak jadi atlet Malaysia lah. Tapi aku tak tahu nak main apa? Kayuh basikal 100 meter dah cungap takleh dah nak masuk sukan basikal, main badmintin kaki katik, berenang kang aku tenggelam pulak dah satu hal nak selamatkan aku. Hahaha satu apa pon tak boleh. So baik lupakan. Wuwuwu

Okay kat bawah ni aku bagi gambar unofficial yang aku amik dari tepon aku. Nanti lau dah ada yang official dimana aku diapit Kanan oleh LCW and Pandalela disebelah kiriku aku akan buat update baru okay. Kbai

No comments:

Post a Comment